Nilai
l
Dulu-dulu saya ada tulis tentang kamu.
Selalu.
Dalam senyum dan airmata.
Saya baca selalu-selalu.
Saya baca berulang-ulang.
Bila tutup mata, saya mahu kamu ada.
Mahu kamu senyum dan genggam erat tangan bersama.
Tolong jangan halang,
tolong jangan sesiapa hancurkan hubungan ini
Sesiapapun jangan:
Samada orang lain, saya atau kamu sendiri.
Kita usahakanlah, ya.
Mahu kita damai dan berkasih sayang.
Seperti dahulu, bahkan lebih lagi.
Kita dari darah yang sama.
Dulu saya pernah hilang kamu.
Tolong jangan dihilangkan lagi,
jangan pula menghilang.
Kalaupun saya tampak buat-buat sibuk pada waktu tertentu,
sayang itu masih ada.
Bukan mahu mengunci bicara,
tapi suatu masa,
terasa diri tiada erti.
Terasa putus asa dan kecewa.
Maaf kalau saya gagal fahami kamu.
Saya tidak harap kamu faham saya,
tapi cukuplah kamu dapat senyum pada saya,
dan saya senyum pada kamu.
Saya pun salah.
Banyak.
Tapi kalau kamu salah,
saya kesal sebab gagal berusaha mengelakkan salahnya.
Saya pun tak sempurna.
Tapi saya mahu kamu lebih baik.
Mahu kamu sama-sama dengan saya menuju ke arah kebaikan.
Kita sama-sama baiki diri.
Kalau saya salah, bantulah saya.
Betulkan kesalahan saya.
Saya sangat perlukan kamu.
Saya sangat syukur kamu masih di samping saya.
Terima kasih.
Tuhan sangat Adil.
Susahkah kita,
senangkah kita,
kita bersama-samalah.
Itu suatu harapan dan rayuan.
Kita sama-sama doa, ya.
Mohon maaf atas segala silap dan salah.
Mohon maaf pada Tuhan.
Kita syukur pada Tuhan.
Terima kasih kerana masih mendakap saya,
sehingga saya merasa kasih sayang seorang kamu.
Rindu kita yang dulu.
Kalau kamu menangis lagi,
biar jemari saya yang seka.
Maafkan saya tidak mampu menjadi pendamping yang baik untuk kamu,
yang benar-benar mendamaikan kamu.
Maaf.
Tolonglah jangan pergi lagi.
Tapi,
percayalah kita ditakdirkan bertemu,
pasti Tuhan punya perancangan terbaik untuk kita.
Kita hiduplah kerana ketentuan Tuhan ini.
Kita semua dihitung.
Setiap denyutan nadi kita dipersoal.
Maafkan saya, terima kasih.
Saya sayang kamu.
Terima kasih Tuhan...
kerana hadirkan kamu dalam peluang saya masih bernyawa.
11 Safar 1431
SEMALAM saya duduk di dalam api, tapi baharu tadi saya duduk di dalam peti. Tidak mahu sejuk-sejuk sangat. Ada pelita yang menerangi; tidak seperti api yang membakar, panas dan melecurkan. Ada gerimis hangat-hangat dari kolam mata yang meluhurkan budi dan kasih. Cuaca hari ini jadi sebuah cinta yang subur. Tolong jangan pergi lagi. Cukuplah apa yang sudah berlalu.
Cerita Kehidupan adalah cerita hati.
Cerita hati saya.
Tika hati mahu menyatakan yang tersirat di dalam, bahasa bukan pemudahcara yang asli. Tapi biarlah catatan ini jadi penanda cerita. Supaya saya tahu saya pernah merasai sesuatu yang begini. Ya, begini.
Maaf kerana mungkin bahasa saya sukar untuk dimengerti. Saya menulis dengan bahasa yang 'kelabu'. Ada masanya ayat-ayat saya terbias dengan cara begini.