Alasan Yang Dicipta...

|

Seandainya kamu menyampaikan keburukan saudara kamu, jika itu benar maka bererti kamu telah membuka aib saudara kamu. Dan jika itu salah, maka kamu telah melakukan fitnah.



~Nama saya Orked. Saya comel kan..kan..kan..hehehe. Nama-nama yang ada dalam cerita di bawah ini hanya nama rekaan saya tau.~


Sekadar cerita.
Tepat jam 9.00 am:


"Orked, apa awak nak cakap dengan bos nanti, Iza risaulah...." ujar sahabat yang juga rakan sekerja saya.

Beberapa bulan yang lalu, kami terlewat untuk menghantar laporan berkenaan kem untuk penggal percutian yang lepas dan diarahkan untuk berjumpa dengan bos kami yang cukup garang tersebut. Ya, Tuan Haji Sanusi cukup tegas orangnya. Risau juga rasa dalam hati. Tapi melihatkan Iza yang terlalu risau memikirkan alasan yang hendak dijawab nanti, membuatkan saya rasa sedikit kelakar.

"Iza, rilekslah weh. Bos just nak jumpa kita je, bukan nak makan kita pun," Kata saya sambil tersenyum.

"Apalah agaknya yang bos akan hentam kita nanti ye Orked? Mesti dia mengamuk sakan sampai saya tak lalu makan nanti kan? Apa kita nak jawab kalau dia tanya itu tanya ini nanti?". Kata Iza penuh kebimbangan.

Terdiam saya memikirkan kata-kata Iza tadi. Dalam hati saya mengiyakan. Kalau lah saya ini kena warning, terjejaslah reputasi kerja saya yang selama ini saya pertahankan. Huhuhu...parah juga.


Kepala saya ligat berfikir......


"Mencari alasan atau berdoa diberikan kekuatan?" spontan ayat itu terlafaz dari mulut saya.


"Eh, apa yang awak cakap ni Orked?" tanya Iza.


Mencari alasan atau berdoa diberikan kekuatan? Satu persoalan bermain dibenak fikiran saya. Ya, sepanjang hidup saya, entah berapa banyak alasan telah saya berikan apabila saya melakukan kesalahan. Tapi berapa banyak saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan kesalahan saya itu?

"Kita terlalu sibuk memikirkan apa yang bos akan katakan kepada kita. Apakah alasan yang kita hendak berikan nanti. Tapi tak ada dalam sesaat pun, kita diamkan diri berdoa diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang bos akan ucapkan nanti kan?" tanya saya kepada Iza.


Diam seribu bahasa.....


"Dengan memikirkan satu jawapan, kita dapat hidup dalam kesenangan. Tapi dengan membina satu alasan, hidup sentiasa terbayang dengan masalah yang dihadapi..."

"Dengan satu jawapan, kita mampu menyelesaikan seribu masalah, tetapi hanya dengan satu alasan, kita boleh menimbulkan pelbagai masalah."


Dua kata-kata terbit di fikiran saya. Ya, membina alasan tandanya seperti kita sedang melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah yang kita hadapi. Sedangkan mencari jawapan, bermakna kita adalah seorang yang cekal dan tabah berhadapan dengan setiap kesulitan dan kesalahan yang kita lakukan.


"Iza, awak jangan fikirkan sangat apa yang bos akan cakap nanti. Sebab itu akan menyebabkan semangat kita lemah nak berjumpa dengan dia. Elakkan daripada memikirkan aalasan, sebab saya takut nanti akan berlaku penipuan..." kata saya memujuk Iza.

Think positive ok. Buruk sangka hanya akan membantutkan usaha dan semangat kita. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kerana dengan kekuatan kita akan bertemu dengan jawapan...






Saya: Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. If we really want something..usahalah seribu daya. If we really don't want...usaha dengan seribu dalih. Saya mahu teruskan kehidupan saya kini.