Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Bungaku Bakawali

|

Kredit: Gambar Mr.Google semata-mata. 

Sungguhlah, saya sangat jatuh hati. 




Kata orang: [1]

Mengikut cerita tok moyang dahulu kala. Pada suatu hari...jeng jeng jeng...Bakawali ni bunga berpenunggu. Diceritakan lagi bahawa ianya hanya akan berkembang mekar dengan haruman tepat jam 12 malam. Malam Jumaat yang penuh barakah juga pilihannya. Mengikut hikayatnya, semasa bunga tersebut hendak berkembang mekar, peganglah bunga tersebut dan bercakaplah lebih kurang begini 'oh Bakawali, kau jangan berkembang ya.' 'Baiklah, aku menguncup aje.' kata Bakawali. Berani tak? Sesungunya dialog tersebut adalah ciptaan saya semata-mata. Sambung lagi, dekatkan kudup bunga itu ke telinga nanti akan ada bisikan kedengaran. Bisikan tangisan minta dilepaskan. Erk, apakah?Macam misteri pula.

Ada aku kisah?

Kata saintifik: [2]

Bunga Bakawali juga dikenali sebagai Epiphyllum Anguliger. Selamat juga bukan Angelina Jolie. Juga ada nickname lain seperti kita cipta nama-nama untuk akaun mukabuku tu juga. Ric Rac Castus, wah kategori bunga kegemaran saya. Ada satu lagi nama ni, Moon Cactus. Hurmmmm sangat membeli jiwa. Ada satu lagi yang sangat special edition ni, Queen Of The Night. Alangkah bukan kepalang lagi nama diberi. Oh ya, kata sumber-sumber lagi, pokok Buah Naga juga ahli keturunan Bakawali ni.



Kata Orang Cina: [3]

Bakawali ni 'pokok rezeki' apabila berbunga. Amalan kebiasaan mereka menanamnya di tempat berniaga. Kasi Ongggggg sikit. Ditambah dengan riben merah terikat indah pada setiap dahannya pula. Mengikut kepercayaan mereka lagi, sekiranya Bakawali ini mati atau layu bermakna si pemiliknya akan mendapat musibah. Pantang masyarakat Cina, perempuan yang 'datang bulan' tidak boleh mendekati bunga Bakawali ni. Aduhai. Bunga punya pasal sahaja timbul pelbagai versi cerita. Seni namanya.

Kata Orang Brunei: [4]

Maaf ye Bruneians. Saya terbaca petua. Ditulis bahawa orang Brunei menjadikan bunga Bakawali sebagai ubat selusuh. Apa itu selusuh? Mr. Google ada jawapannya. 

Kata Elly Mazlin: [5]

Bakawali diibaratkan sebagai seorang perempuan yang sangat setia dengan cintanya. Wah wah wah kalah sudah carta Dandelion. Dek kerana Bakawali saya terjebak dengan lagu Bunga Bakawali. Dengar sekadar nak tahu kenapa penulis lirik menjadikan bunga ini bunga istimewa. 



Rasanya cukuplah lima yang di atas. Semakin dibaca semakin jatuh cinta. Ya, saya mengisytiharkan bahawa saya ingin memiliki Bakawali. Di mana ya nak dapat pokok bunga ni? Saya dengan semangat waja mahu menanamnya. Kalau boleh saya nak yang dah siap ditanam dalam pasu. Mengikut apa yang saya baca, bukan semua 'tangan' serasi menjadi pemiliknya. Complicated juga. Apapun saya optimis yang saya boleh menjaganya. Suka dan cinta. Suka dan sayang. Tapi kan alangkah tak best nya jika ianya perlu ditaman di atas tanah kerana kawasan kediaman saya semuanya bersimen di depan dan di belakang rumah. 

Kesimpulannya, bagi saya setiap ciptaan Dia itu unik sifatnya. Sedangkan manusia pun berlainan sifatnya. Setiap kelebihan dan kekurangan, kita sendiri yang kena rajin mencarinya. Saya sangat teruja dengan Bakawali. Banyak yang saya ingin tahu tentangnya. Tambahan pula Bakawali kan cantik. 


Anyone? Nak bunga Bakawali. Muktamad.







SERI:

[1]Disebabkan memakan Kimchi- jeruk sayur dalam drama Korea lah tu, saya mengalami alahan. Sakit perut. Tak sesuailah agaknya dengan diri saya. Lagi pun lebih sedap Kerabu Mangga. Terlupa seketika bahawa saya ialah orang Melayu. 

[2]Baru 'ada hati' nak menulis, tetapi masih 'tiada hati' dengan mukabuku. Ada sebab saya berdiam kerana saya mahu menyiapkan apa yang patut saya sudahi sebelum dateline. Maaf ya guru.

Semoga.

|
Alhamdulillah. Sembah syukur kepada Dia.


Amatlah besar harapan diri
menjadi perancang segala tragedi kehidupan
diatur indah begini dan begitu untuk terjadi
sehingga rasa-rasa kedengaran jelas oleh kudrat diri
kian sesaat kian sehari kian sebulan
kita selalu lupa bahawa Dia juga merancang
pada apa yang kita rancangkan
pada jalan cerita yang amat luas
pada segala kejadian itu mesti kejadian
kita masih hidup dan masih sanggup tegak
ditunjukkan di hadapannya
jika maksud terhalang di sini
pada fasa lain tidak akan terhalang
bersangka baik kepada Dia
walau diri merasa sangat lelah
pada perancangan yang hanya tinggal rangka
lebih baik merancang daripada tiada
daripada kekalahan didatangkan kemenangan pada jalan lain
kerana apa jua yang berlaku pasti itulah yang terbaik
dalam tidak sedar Dia beri sesuatu yang tidak disangka-sangka
baru kita sedar bahawa doa kita telah termakbul
sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang

"Pengharapan bukanlah lagi batu jatuh ke lubuk." kata buya Hamka
telah mengalir pengharapan yang baru dalam diri
telah cukup menjadi lukisan kata-kata hati
tidak perlu lagi perkataan-perkataan lemak manis
biarkan sahaja 'alam' itu kadang bisu
kadang-kadang berkata-kata
kadang-kadang muram 
kadang-kadang berupa gembira
semuanya bergantung kepada teropong hati yang melihatnya
"melihat tanpa merasa."



SEMBILAN PULUH HARI lamanya saya kembali mencari letak duduknya keputusan saya. Bukan mudah dirasa. Saya akui perkara paling sukar ialah perkara jiwa dan hati yang kadangkala menyokong kita, selalu menentang kita. REHAT. Dalam erti kata berdiam diri menghayati kesibukkan waktu yang terisi. Sentiasa. Kata orang, persediaan yang rapi wajar dipenuhi. Tidak kira dalam keadaan apa pun diri. Semuanya belum terlambat. Nasi kalau menjadi bubur sekalipun masih enak dimakan, jangan sampai bubur menjadi basi. Ke tong sampah sahaja selayaknya. Mahu apa sahaja dalam hidup bukan sekadar berkata-kata sahaja. Bukan sekadar bermanis-manis sahaja. Pengalaman mendewasakan, lebih mematangkan prinsip diri. Tidak rugi merasa 'jatuh'. 'Jatuh' adalah permulaan untuk bangun semula kerana dalam hidup terlalu banyak KEBETULAN yang disuratkan. Banyak. Terlalu.


Nan Dicinta semoga menjadi Cinta Hati. Mohon doanya kawan-kawan.







SERI:

[1]Misz: mohon maaf janji belum bisa dikotakan. Kamu maklum kan maksud ayat ini. Semoga kamu berdua baik-baik ya.

[2]Cimon, saya baru baca. Kalau saya singgah nanti saya 'tambahmasukkamu' ok. Terima kasih ya.

[3]Banyak yang belum saya sudahi dengan sempurna. Saya berkejar-kejar dengan masa. Prioriti, menjadi pilihan diri. Email, fb peribadi juga jarang-jarang lagi ku jengah. Sekarang menjadi bermusim. Bila dirasa free (minda yang free) baru 'bersungguh di sana dan di sini. 

[4]Oh ya, sesiapa yang terbaca entri ini, jom menyumbang! Saya mengajak ni. Saya akan buat entri khas untuk ini. RM10 pun dikira sumbangan. Saya pernah merasa berada di tempat adik-adik ini. Apabila menerima panggilan telefon, terfikir juga kenapa mereka memilih untuk menelefon saya. Saya tidak teragak-agak meminta wakil yang diamanahkan untuk meng'email'kan kertas cadangan ke email saya. Berminat? emailkan ke ceritakehidupan10@gmail.com. Saya akan berikan details dan no telefon saya. [hanya untuk tujuan yang berkenaan.]

SMART telah wujud semenjak saya menuntut di UTM lagi. Semoga perancangan adik-adik ini dimudahkan.

Aku, Nip dan Aiskrim.

|
 [1]Strawberry segar dari Cameron. Entah berapa kali ke sana. Kali ni buah tangan daripada adik. Di satukan bersama aiskrim, letak kekacang. Walaaa.
 [2]Banana Split. Kurang gemar pisang. Makan yang di tengah-tengah sahaja. Jangan tak tahu, masa belajar subjek major Psikologi Kognitif dahulu ada disebut tentang penyakit 'Banana Split'. Nanti kita cerita ya, nak kena cari balik ilmu penuh tentang tu. OK? Pisang Jugets pulak apakah? 
 [3]Siapa TIDAK suka?
[ 4]Aiskrim potong. Si kuning tu perisa durian. Wah, I dah berjaya makan durian. Fezi, ko tentu kurang percaya dan nak siasat tentang durian tu kan. Iklan tak komersial.
[5]Air Kantong aka Aiskrim Malaysia. Gambar pinjam. Google. Kenangan aku dan Nip. 

Salams

2.15 am /21 Jun 2012

Masuk hari ke lima sudah. Mata asyik tak boleh tidur awal seperti kebiasaannya. Akibat akur kepada arahan doktor dan tidak mampu bertahan dengan rasa sakit aku gagahkan juga tekak ku menelan dua biji dadah yang dipanggil Tridin-P dan Betamethasone. Akibatnya selepas Mahgrib sahaja aku terus collapse. Enam jam tidur dengan nyenyak. Hanya ditemani kipas berpusing angka satu. Tetap dinginnya seolah-olah menggigit kulit sehingga ke tulang terdalam. Kalau dulu boleh lah nak bermanja time kurang sihat ni. Sekarang, jangan berangan lah. Semuanya kena sendiri. Tension dirasa. Turun ke tingkat bawah, buka peti ais  sambil mata buat-buat tidak nampak akan susunan botol ubat yang WAJIB aku telan selain dari dua dadah yang aku sebutkan tadi. Kuasa magik. Magik lah sangat kau. Aku tukarkan ubat-ubat tadi dengan makan aiskrim sehingga aku rasa muak. Kawan-kawan, I suka makan aiskrim u know. Tidak kira ianya datang daripada darjat yang berbeza. Tapi aku kurang menggemari Baskin Robbins. Manis yang terlampau. Lidah aku lah, lidah anda pula mungkin sungguh sedap sehingga minta ditambah lagi dua skop (betul ke ejaan ni cikgu?) aiskrim design lain pulak. Nak tahu hasil kajian aku yang diberi tajuk "Aiskrim, Sakit dan Emosi. Relevankah dengan memakai topeng ketika cuaca berjerebu.". Ada ke tajuk ni? Testimonial nya, " setelah beberapa hari mengamalkan petua yang dicetuskan oleh prof. S, telah terbukti dengan memakan aiskrim pada waktu kurang sihat boleh memulihkan emosi tetapi sila jangan amalkan kerana sangat mudarat kepada tekak anda." Jangan tiru aksi ini di rumah ya. 

Boleh tahan juga aktiviti pagi esok. 

Sedar tak sedar sudah duapuluhsatuharibuanenam. Aku baru menerima es-em-es yang membuatkan aku terdiam. Lama. Betul kah? Benar kah? "Kak, kawan baik mu kak Nip meninggal dunia pukul 3.00 petang tadi." Baru seminggu lepas kami ber-chitchat . Dan baru 2 hari lepas aku try menghubungi Nip. Tak berjawab. Try lagi, sunyi dan sepi. Seingat aku pertemuan last kami 2 tahun yang lepas setelah sahabat baik aku ini ditugaskan sebagai ustazah di Sarawak. Orang Sarawak, berbakti di Sarawak juga. Gara-gara terlalu lama memendam rindu dan saling bertukar-tukar cerita sedih dan gembira, aku jadi susah hendak berhenti bersembang dengannya walaupun hanya di maya. Seingat aku, Nip ada memberi hint tentang kesihatannya sejak kebelakangan ini. Aku kira hanya demam biasa sambil memberikan kata semangat kepadanya. (Sedangkan aku juga sama kurang sihat sepertinya ketika dia bercerita. Aku putuskan untuk diamkan sahaja keadaan diri aku.) Tidak mahu menambah beban fikirannya, putus ku.

Banyak yang kami ceritakan sehinggalah bab makan aiskrim. Ya, kami serasi. Makan aiskrim setiap kali pulang dari sekolah, turun sesi kokurikulum atau menghadiri kelas tarian. (Aku minat menari, dulu. Masih boleh menari lagi sekarang. Tarian jemari di papan kekunci) Nip suka aiskrim perisa milo. "Saya mahu yang beku sekali makcik." Ayat Nip yang sangat biasa aku dengar. Aku pula suka aiskrim asam boi. Macam dalam gambar last sekali tu. Kalau di tempat kami ianya dipanggil Air Kantong. Mungkin juga letaknya dalam kantung lalu diberi nama Air Kantong. Harganya 10 sen sebatang. Murah kan? Waktu rehat juga aku dan Nip selalu menghabiskan nasi lemak pakcik Leman 2 bungkus seorang dilengkapi dengan Air Kantong kegemaran kami.

Aduhh. Hilang fokus aku. Hilang juga fokus nak update kerja yang wajib aku selesaikan siangnya nanti. Kamu semua tentu memahami apa aku rasa kan sekarang?

Sahabat baik aku terlantar di hospital selama 4 hari. Menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang 20 Jun 2012. Sedangkan aku sebagai sahabatnya lena ketika Nip memerlukan huluran 'hadiah' daripada aku. Nip meninggal akibat barah payudara. Sel kanser telah mengjangkiti paru-paru Nip. "Nip, seorang lagi kesayangan aku dibawa pergi. Aku tahu sangat bermakna sekali kata-kata kau yang last hari tu kan? Aku je tak sedar. Aku rasa kau tengah chitchat dengan aku je sekarang Nip. Aku on akaun chitchat aku sekarang. Mana kau, Nip? Dulu kau orang pertama selalu jengah setiap entri aku kan Nip semenjak SeorangSeri diwujudkan. Apakah?

Nip, baru aku tahu kenapa muka kau kelihatan pucat time kita chitchat. Paling aku sedih sekali Nip, kau selalu mengusik aku. " Wah, gramatis sungguh ayat-ayat yang aku tulis. Bila nak jadi penulis ni?" Walhal ayat yang aku tulis  cuma ayat picisan. Kau buat aku jatuh jantung. Aku dengan rendah diri mengakui aku belum layak atau tidak layak menjadi penulis. 

Sekali lagi pada jalan seperti ini, aku pujuk hati aku untuk melepaskan kau dengan redha walaupun aku rasa kehilangan. Kita menjadi rapat semula semenjak bulan April tahun ini. Hanya boleh dikira dengan jari kan masa indah tu. Tautan hati yang menguatkan aku saat aku perlukan telinga untuk aku meluah rasa. Kau tahu betapa besar beban yang aku pikul. Besar kisah yang aku galas. Seorang diri dengan Dia. Damailah Nip. Bahagian mu di sini dah pun selesai. Kau mendahului aku yang kempunan hendak bertemu Nip dan kawan-kawan sekolah kita pada 25 Ogos nanti dalam program reunion. Beria-ia kau memujuk aku sehinggakan penginapan aku ditaja oleh kau. Aku mungkin menarik diri dari menyertainya. Aku tak mampu. Biarlah aku pujuk dulu hati aku. Hati aku suam-suam sekarang. Kelak bimbang Haziman perasan aku menangis. Tidak rela yang lama bertaut kembali, risau ada yang merana pula.

Nip,
Terima kasih atas doa mu Nip. InsyaAllah Nip, dia adalah pilihan aku. Aku harap peluang sekali ini adalah penamat kisah yang bertahun aku harungi. Dia masih jauh dari sini. Menghabiskan 'ilmu' yang ditekuni nya. Semoga dia berjaya. Benar kata mu Nip, isi entri aku bergantung kepada persepsi orang yang membacanya. Jika ianya dibaca dengan nada perasan, dah tentu si pembaca akan merasa aku menulis yang berkaitan dengan dirinya. Sedangkan sekelumit pun tidak. Sebalinya jika ianya dibaca dengan nada sinis dan marah, lalu semestinya aku dikatakan sedang bermain dengan emosi. Biarlah Nip. Aku sedikitpun tak kisah. Yang datang nak membaca, bacalah. Yang datang sekadar membaca melalui 'PembacaGoogle' juga baca saja. Tak usah sembunyi-sembunyi.

Aku noktahkan di sini Nip. Aku mahu 'hadiah' kan sesuatu untuk kau. Selamat berehat sahabat. Aku tidak akan pernah melupakan kau. Aku semat kukuh-kukuh ayat kau tulis pada buku biografi aku dulu

Sahabat sejati tidak akan pernah berubah, sekalipun keadaan berubah-ubah.

Selamat tinggal sahabat yang aku cintai. Kau tinggalkan aku dengan kenangan "Aku, Nip dan Aiskrim." InsyaAllah Nip, akan ku jadikan ia sebuah cerpen. Cerpen tentang persahabatan.  Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Al-Fatihah.





SERI:

1) Al Fatihah lagi dan lagi

In The Silence.

|

The Engagement~
semoga kisah panjang yang dilimpahi hujan airmata ini dinoktahkan dengan BAHAGIA. Amin.
Me: Can I forgive myself for what I have done? YES, I do.
 The truth, an amazing story behind the picture. Thanks for sharing the beauty of life with me.



Salams.

Alhamdulillah. How are u dear friends? Im getting a bit too excited. Imagine the perfect holiday. The sun, the moon, the stars, the beach wahhh blissful romance. Im such a dreamer, right? And u? Hence I busy myself with stuff, class to attend and a bit  (big actually) of work there and here. Ahhh, well anyway I plan a holiday. Let me correct that; "I plan a perfect holiday. What is perfect? Hurmmm anyway, what was I going to say? I know, u know. I attempt to make my dream come true. You know the feeling of thinking too much and doing harder-harder-harder and harder to make things happen. You know what is the meaning of mental masturbation? Yeah, that's Seri  

For those of you who think you know me, maybe you might believe Im into fairytales. Since I was child, I would write all my plans, my dreams, my hopes and beliefs, my imagination to find out in months or the next year page by page I would tear, story by story, poem by poem (selalu cincai boncai), year after year in my special ~Pesona~(The Diary). In my heart there was tiny fear if what it doesnt work..for fear that one day perhaps it too will end up in the least desired place. Oh no. When I mentioned this to him, he said;
"You have to write, you have to keep on believing. You never know what could come up, maybe something you didnt even plan and when you look next step, you'll see how far you've gone. After all these years, you cannot give up now.'
Thanks to him. Sometimes the mind and the heart gets busy with life for sure we want to do many things. I dont want to be a dreamer who just sits and dreams will stay just dreamer. BUT a dreamer who makes his dreams come true. I try to find time to write sometimes even a line or two. I always reminded my ayat azimat since 1997. Its true, I learn so much about myself from my writing. In 6 months or 2, 3 years when we read what we write, we'll either laugh or cry and see how we've actually lived my lives and how can I make it better and better day by day. Its amazing.

I just close my eyes. 

Now is the time I tell the reason it makes me smile. I read a book once; Where The Heart Is by Billie Letts. My question is...where is the heart? Where is your heart? My answer is..its everywhere. Everywhere and everywhere I want it to be. In this world filled with much challengers. Our heart is compass in life. It took sometimes to find really locate where it is and how to use of it. I did it. I realized it was more than just an organ pumping blood. 1, 2, 3....Tarik nafas dalam kiraan 8. Hembus. Nyah yang tak patut jauh-jauh.
When times are good or bad, I take a moment, close my eyes, in deep in silence, I listen. Listen hard to that sound, its a voice that I hear. Finally, I can vaguely make out the words. That its somewhat a calling, giving me directions, not necessarily right or wrong BUT leads me to the path. A path where I want to be. Alhamdulillah.
Lets read and think these phrases; people makes mistakes, u and I makes mistakes. Sometimes we get hurt, sometimes we hurt people. Unless we've had permanent BRAIN damage, its usually hard to forget. SO, u are?

[1]
"I cannot forget what u did to me."

[2]
"I will never forgive u."

[3]"
"Will u forgive me for that I have done?"

[4]
"I cannot forgive myself for what I have done."(bahaya sungguh.)


[5]
"Can I forgive myself for what I have done?"

Its may not be the EASIEST to do, right? BUT we've learned, forgiving in its own. Nobody is PERFECT.

Pen off. Babai.




SERI:


[1]No need to feel alone in this big world. I will go on. I wont stop. Remember to pause for a while, everything is  alright. 

[2]Misz  dearie: there's much more that I am willing to share with u. Nanti on sahaja muka dan buku ok.

[3]Soalan hari ini dah tentu nya, Siapakah yang bertunang tu? 




Mimpi Gigi

|
Status FB kembar saya hari ini. Hai Julie Julia, pinjam eh. Ok, pinjamlah katanya.


Salam Jumaat semua.

Puas saya godek-godek tentang mimpi. Sejak sekian lama saya terfikirkan akan persoalan mimpi yang satu ni.  Betul kah? Benarkah? Ataupun hanya satu kebetulan? Sudahnya saya konklusikan sendirinya. Tiada suatu pun yang datang dari Dia itu sia-sia sifatnya. Terfikir tak? Saya yang terfikir sendiri.

Mimpi. Kebiasaannya orang akan kata

[1]
"Kau ni kuat sangat bermimpi. Mimpi itu, mimpi ini bla bla bla...tu ler taknak basuh kaki sebelum tido, main redah je bawa kekotoran kat kaki tu lena..."

[2]
"Mimpi tu hanya mainan tido jelah cik Kiah (ni situasi Kiah yang mimpi..). Permainan ciptaan syaitan secara kasarnya. Ni mesti kau terlalu memikirkan benda tu..."

[3]
"Kalau selalu mimpi ular, dah nak sampai lah tu jejaka masuk meminang. " Alahai ni zaman sekolah dahulu kala selalu lah mimpi. Multiwarna, multisaiz lagi si ular tu. Kalau warna hitam tu biasalah dengar. Kalau ular warna pink? Mesti kah warna pink juga muka calon tersebut? Kelakar lah. Mimpi time SPM  nak berjodoh apanya sekolah lagi. Datang meminang pun sure bapak korang sambut dengan bukulima sekali sedas kan. Paling tak setuju dengan " Ku pinang mu dengan Bismillah sahaja....mana mas kawen nya bang? Oh tidak.

[4]
"Kalau mimpi buruk hampir setiap malam, haruslah cek diri kita. Takut-takut ada gangguan sihir. Ini semua kerja jin yang bersekongkol dengan manusia bertindak mengikut nafsu." Yang ni saya akui. Mungkinlah kerana pengalaman beberapa orang terdekat dan pergi berubat di sana sini. (Kalau ada kesempatan, saya akan tulis tentang ini.)

Rasanya cukuplah empat contoh tu. Saya percaya tentu ada banyak lagi kisah mimpi ni. Semua orang alami. Tapi secara seriusnya, saya seorang yang jarang mendapat mimpi dalam lena saya. Tapi saya selalu mencipta impian dalam jaga saya. Nak itu yang begini, nak ini yang begitu. Manusia, biasalah kan. 

Berbalik kepada mimpi gigi tersebut saya tertarik dengan info yang saya google ni. Mungkin orang ni juga memikirkan apa yang saya fikir kot.

Pinjam eh. Ni saya dah crop sendiri.

Dah baca? Dah kaji jugak tak? Dahulu semasa saya kuliah di IPT yang berada tak jauh dari Bangi nun, saya pernah mengajukan soalan tentang mimpi gigi ni kepada seorang pensysrah saya yang kami panggil ustaz. Saya bersetuju dengan jawapannya yang saya simpulkan, "ya beginilah, betullah.".

Mimpi tu ciptaan Allah. Dihadirkan mimpi dalam lena kita, baik dan buruk. Kita tak akan mimpi kalau Dia tidak izinkan kita bermimpi. Tiada satu hal pun yang dia ciptakan termasuk mimpi itu sia-sia. Mimpi, untuk kita memikirkan kenapa harus 'aku' yang dapat mimpi tersebut? Kenapa bukan 'kau'? Pernah terfikir tak, berapa ramai dalam masa yang sama orang lain mimpi seperti kita mimpi? Mimpi bukan hanya mainan tidur. Mimpi untuk kita muhasabah kembali diri kita. Bukankah tiada yang sia-sia? Mimpi buruk, untuk peringatan. Mimpi baik, untuk mempertingkatkan iman dan usaha. Jangan mimpi di siang hari, sudah ya.

Itu ayat penyudah ustaz saya. Eh, kenapa pulak apa pepatah ni, "jangan mimpi di siang hari.". Siapa boleh jawab ya? Selalu dengar ayat tersebut dalam bahasa sinis berunsur sindiran kepada yang sangat suka berangan-angan. Contoh, mimpi nak menjadi Cinderella yang bernasib malang, tak punya apa-apa dapat kahwin dengan anak raja. Wahhhh, itu cuma kisah dongeng tu. Tanpa ilmu zaman sekarang, jangan harap orang nak pandang dah. Kuasa ilmu kamu dapat harta yang lebih dengan syarat gunakan yang bernama bijak dan rajin. Harta, tak semestinya duit sahaja, kawan juga harta kan? Tinggal nak cari yang berkualiti sahaja.

Rajin.

Ya. Kena rajin untuk mendapat sesuatu.  Saya rasa ini entri yang saya terus taip dan publish je. Sekadar nak berkongsi apa yang saya fikirkan sejak dahulu. Mimpi dan tafsirnya. Kebanyakkan nya, memang terjadi sungguh. Ikhlas, saya pernah mimpi bertemu Rasulullah. Pada masa tersebut, saya sedang menjalani Latihan Industri di sebuah pusat perlindungan wanita teraniaya. (tak perlu tulislah ya apa nama tempat tu..).Saya resah  sendirian memikirkan apa yang saya mimpikan. Tiga hari berlalu, saya beranikan untuk berjumpa seorang tokoh yang ternama. (peluang terbentang di depan mata untuk jumpa dengan orang-orang hebat semasa saya praktikal di situ..saya sempat kendalikan slot yang ditayangkan di Astro, dulu.) Oh rupanya...ohh saya akui. Menitis airmata saya. Bersungguh-sungguh saya menangis. Tak dipaksa pun. Betul-betul terasa dipilih. 

Alhamdulillah. Hari ini, saya menjadi saya. Inilah jalan yang ditakdirkan untuk saya. Kita dengan orang lain, tak sama. Kita berjaya dalam bidang begitu, dia berjaya dalam bidang begini. Kelainan untuk saling melengkapi.

Ok lah. Dah melingkar ke tempat lain pula cerita mimpi saya ni. Mohon maaf ya, kalau isu ni nampak macam 'takde faedah dibaca'. Tak mengapa. Saya tulis, saya sendiri baca. Di sini bukankah 'cerita kehidupan'? 


Babai.



SERI:

1)Semoga bapa dan pak ngah cepat sembuh. Mereka dilanggar sebenarnya. Urusan claim insurans semua diuruskan oleh kawan bapa, seorang polis yang dihormati. Semoga dipermudahkan segala. Hari ni buat kenduri doa selamat. Walau bapa ku berkeadaan sakit, beliau tetap menceriakan orang lain dengan gurauannya. Kami optimis yang bapa cepat sembuh. Doktor kata, dalam 2 minggu dia dah boleh pulih dah, asalkan rajin buat terapi selepas tu.

2)Psttt, kalau mimpi kena patuk ular cemana nih? Hehehehe siapa mimpi tu?

3)Tak habis-habis nak typo's' si aku ni. Pejam mata sahaja ya.