SERI:
Showing posts with label TerimaKasih. Show all posts
Showing posts with label TerimaKasih. Show all posts
Sekali Lagi
Kehilangan demi kehilangan
kata orang
'yang patah akan tumbuh
yang hilang berganti-ganti.'
berganti-ganti, aku yang menambah sendiri.
Terima kasih Allah.
Salams.
Yus, selamat hari lahir teman. Semenjak saya bercuti dari Julie Julia, banyak yang saya ketinggalan. Saya sebenarnya ingin berehat dalam erti kata sebenar mahu menghargai peluang bersama Ramadhan kali ini. Mungkin juga ini Ramadhan terakhir bagi saya. Siapa tahu kan? Seeloknya biarlah sekali ini masa kesempatan tersebut dimanfaatkan dengan terisi. Sejujurnya teman, Ramadhan kali ini dilimpahkan Dia dengan kasih sayang dan kesyukuran kepada saya. Biarpun selautan silap dan kekurangan, tetap diberikan peluang sekali lagi. Allah Maha Pemurah dan Pemaaf kan teman. InsyaAllah saya akan kongsikannya. Buat sementara ini, biarlah rahsia dahulu. Bimbang disalah erti takut pula menjadi fitnah.
Oh ya, sebelum saya fly nanti saya akan mengirimkan sesuatu buat kamu. Sekadar sahaja. Harap kamu menerimanya sebelum Syawal ya. Tika itu saya mungkin bercuti panjang, walaupun tidaklah berapa panjang. Memadai untuk berehat dan sebagai 'token' kepada diri sendiri. Penatnya saya selama beberapa bulan ini. Bertungkus lumus mencapai target diri sendiri tanpa mahu meminta-minta kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi dalam situasi kita memerlukan dan diperlukan. Ada perkara yang kita perlu jadikan kos lepas. Semalam saya buka juga Julie Julia tersebut semata-mata bertanyakan kepada kak Izz tentang kamera Panasonic dan Nikon. Saya berniat menggantikan yang hilang. Bukanlah segera, tetapi mungkin juga dalam masa terdekat disebabkan keperluan yang mewajibkan saya memilikinya. Sebelah malamnya saya cek sekejap, ada beberapa mesej di inbox saya tak klik pun. Benar-benar nekad nak berehat.
Ada yang gagal menjejak saya? Ok klik di sini kalau ketemu. Saya pengabai tegar sebenarnya kepada sesiapa yang nak menambah masuk saya sebagai kawan. Sejujurnya ada ramai yang saya tak terima sebab saya hanya akan menerima yang benar-benar saya kenal.
Ini facebook kembar saya. Nak add, cari sampai jumpa. Apabila kembali aktif saya tambah masuk anda ya. Tapi awas, saya tidak menerima 'stalker',no longer means what it used to mean--the
pathological ANONYMOUS follower .
Berbalik kepada teman saya, Yus. Selamat hari lahir sekali lagi Yus. Setiap tindakan besar selalunya dimulakan dengan tindakan kecil yang penuh makna. Tidak semua orang mampu menerima setiap tindakan yang kita lakukan. Malah perbuatan baik yang kita lakukan juga belum tentu dapat diterima oleh seorang yang lain. Sama-sama yakin, tidak mustahil seorang yang memandang enteng kepada usaha kita akan tabik dengan komitmen yang kita miliki. Cepat atau lambat, Tuhan pasti membukan ruang.
Selamat Hari Lahir sahabat. Juga Selamat Hari Lahir Adik KitKat dan emak.
SERI:
Sedangkan batu permata memerlukan masa bertahun-tahun lamanya di bawah tekanan yang amat kuat untuk menjadi batu permata yang bagus dan mahal. Begitu juga manusia. Sama-sama belajar dari kesilapan. Past is past.
Saat.
Cantik kan? Perempuan cantik hidung mancung. Daun.
[gambarpinjamWorldwideCollection]
Saat
ada beberapa bulan lagi
ruang untuk aku bernafas
memikirkan kembali
keputusan yang dipilih
nekad?
Aku harap jawapannya YA.
Saat
baru beberapa minit yang lepas
aku tekan ' Aku Di Sini'
Automatik, hati jadi 'tak tahu nak cakap apa.'
terimbau kembali
ahhh, siapa aku untuk menghukum manusia
katanya dia telah berkahwin.
Mungkinlah benar.
AB: Ahmad Bakhtiar namanya diberi
atau Ahmad Albab juga tiada ku kisah.
Janji, kalau betul dah berkahwin
buatlah cara macam dah kahwin.
Tak perlu mencari 'suami orang lagi'.
Nonsense!
Tak cukup rindu pada suami sendiri?
Kau tahu?
jika ditakdirkan selepas ini
seorang suami 'aku' TIDAK mengizinkan
aku ber'blog', aku akan HENTI.
Tapi aku percaya,
'beliau' sangat sporting.
[ahh, entri ni sure lah 'beliau' tak sporting.]
'Beliau' tahu aku minat menulis.
Saat
baru penghujung malam
aku baca status Arina
"Jangan berubah, hati."
Lalu aku tinggalkan jejak ku
"Hati, jangan berubah."
Hati aku ni, hati manusia. Tahu?
Bukan hati lelaki sahaja nak kena dibaja
salah tu.
Hati perempuan kah, hati lelaki kah
dua-dua kena baja dan siram.
Baja dengan tutur kata yang 'saling menjaga'
kalau dah sengaja tak nak jaga, menjauhlah maknanya.
Siram dengan air ketenangan.
Kaktus, tak boleh siram setiap hari. Ok tak ada kaitan.
Lelaki, kalau dah rasa diri tu kaya [bab tu selalu perempuan pandang, siapa tak setuju?]
bernikahlah dua, tiga.
Seronok? sekejap je kan. Macam atas angin terawang-awang.
Lepas tu, bil rumah sana, bil rumah sini, anak sana anak sini, abang sana, abang sini
Lama-lama jadi botak diusia 50-an. Dah tak hensem
Dapat isteri muda dah mula cari lain
sebab apa? sebab kasih sayang BERSEBAB.
Sebab abang dah kurang wang, kasih pun melayang.
Sebab adik manis dah hilang manis, senyum manja pun jadi sinis.
Sebab kereta BMW dah tukar Kancil, semua benda nampak kecil.
Sebab sukakan sifat lemahlembut, bila kasar sikit mulalah mengungkit di mulut.
Eh, kau suka dia sebab apa ni? [soalan umum]
Saat
aku berbelah bahagi sebenarnya
nak menulis 'Saat' ni atau sesuatu untuk 'sahabat'
Aku tangguh next entri.
Penat seharian ke Shah Alam destinasi.
Last sekali singgah UM. Dating! Meeting ok meeting
Meeting-berjumpa dengan orang
[ni ayat bergurau saja, nanti u baca secara marathon ya]
UM ada buat pertandingan debat alam sekitar sehingga 3 July.
Alangkah jeles.
Ada orang kata dulu debat tu tak bagus
Oh no, siapa kata tak bagus?
TAPI aku nak ingatkan
Jangan suka-suka guna anta anti akhi untuk kepentingan nafsu
aku dah pun menulis tentang ni.
Nanti matlamat tak halal kan cara
Nak buat baik, dalam masa sama jangan pesong niat.
Berubahlah.
Berubah ni mengajak, tak nak terpulanglah.
Dan berubah juga bukan sekadar menulis dan memberi komen
macam nampak baik
tujuan untuk apa?
nak dapatkan 'peminat maya' yang ramai?
Tak apa
sendiri punya badan, sendiri juga punya hati
sendiri juga yang tahu, sendiri juga yang menanggung
PAST IS PAST betul tak?
Jangan ulang lagi
Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.
Saat
alangkah.
esok ada misi penting lagi.
Penting sokmo deh.
Jangan kecik hati kalau kau baca ni.
"Aku tak marah, tapi nasihat." P.Ramlee kata.
Pinjam kembar punya. Mekasih. Sama-sama katanya.
SERI:
[1]Suka kata-kata Hilal, "Kadangkala dari kepayahan itu terbitnya kekuatan."
[2]Memohon maaf secara terbuka kepada yang pernah disakiti secara sengaja atau tidak sengaja. Hidup dengan takdir masing-masing. Tenang kan sekarang? Aku sangat bersyukur. Daripada 'peristiwa-peristiwa' aku memperbaiki banyak peristiwa baru dalam diri aku. Tidak perlu ramai yang setia, cukuplah seorang, dan memadai bersandar kesetiaan kini hanya Allah perantaranya. Walau pelbagai peristiwa 'kelabu', tetap Dia kurniakan banyak perkara untuk aku. Terima kasih Pencipta dan Pencinta. Kesilapan itu tidak sekali-kali aku ulang lagi. Terima kasih hadirkan 'Pesona' untuk aku.
[3]Penat yang berbaloi berulang ke Bangi. Bangi oh Bangi, ada beberapa bulan untuk pergi. Chaiiiyokkkk.
Hati Berbisik
Apa yang dicintai menjadi malam yang mesra, dan didengarnya bisik ke jalan yang benar, dan di atas kebenaran ini ia mematangkan.
Hidup....
Tak dicari bisik datang, ketika menimba air telaga
Dibaca bicaranya. Syahdu sekali.
Terbisik khabar entah dari mana munculnya.
Di situ nanti keikhlasan dicari.
Lebih dikesan lopak dan tunggul,
lebih dinilai kisah dan rasa
tapi tak lama diri menanti
dalam arus damainya semula
hindari selisih, harus.
Rasa....
Begitu cepat senda dipersenda
sehari malam lelap, dan pagi celiknya seperti berjawab
Usah. Dalam sedar dalam berjaga.
Usah difikir-fikir yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa sekali lagi.
Mustahil. Usah diatur dengan sengaja permainan emosi dalam diri.
Terlalu difikir akan maknanya setia.
Sangsi tak mudah terhenti, memang ia raja.
Hati....
Semakin dirapati pintu hati, dari luar dari dalam
diibuka ia sendiri-sendiri tahu akan rahsia
satu anugerah berkembang antara bahagia dan hemah
lantas apa lagi yang kau bimbangkan?
Temui rasa itu cari jauh ke dasar hati
usah dibiarkan mesra yang resah melingkar
Bukankah anugerah itu wajar dipelihara ikhlas?
Hati, luas kawasan telah disukat
arah dan letak kitalah lah perancang.
Aku....
Dikata seperti mengingat, diingat seperti menghadir.
Biar bersama matang menelusuri gurun hidup yang luas.
Memang cemburu masih berlanjut sukar dibendung
tapi terima hakikat hidup
"pohon rendang berakar kukuh tak terpunggah walau di mana ia."
Bercakap kepada diri, usah merujuk sangsi apalagi merajuk.
Dan telinga ini selalu mendengar, bisiknya sentiasa diterka, teman mengerti katanya.
Kamu....
Berburu kasih sama memburu kisah
yang lepas itu lepaskan sahaja
Fikir..
"Mana mungkin menjadi istimewa
setelah aku sendiri yang memutuskan menjadi biasa-biasa sahaja?"
Kerana aku berhidup dengan prinsip;
"khabar sentiasa ditapis, akar benar diteliti, perancang berkira, gerak berpeta, pintar tersembunyi, sahabat tetap sahabat."
Senyum....
Bersabar itu perlu biarpun terbatas, kita manusia biasa.
Keikhlasan itu azimat bak ubat penyembuh kesakitan.
Usah dibiar keraguan bersembunyi
kelak bimbang pahala sepicing menjadi dosa
Bersedialah yang luar biasa
Kerana hidup kita tidak pernah berhenti dari
mengenal yang lama, mengesan yang baru.
Usah wujudkan keretakan dalam barisan kasih sayang
Bertabahlah.
Seri.
6 Mei 2012
Dan aku...
"Sangat jarang yang bernama mantan, boleh berhidup secara baik dengan mantan hatta sebagai apapun jua. Tapi aku menghargai jika 'persahabatan' adalah anugerah Dia yang paling mahal. Tidak timbul isu membaja kasih sayang. Nonsense!. Sebaiknya besahabatlah dengan sahabat kepada dia secara baik. Susah? Semua nya kerja hati. Tidak perlu makan hati secara overdose, tak sihat.
Susah juga nak minta borang nikah ya. Silap sendiri juga main redah tanpa menelefon terlebih dahulu. Sudahnya buat senaman percuma menghitung anak tangga ke TV AL HIJRAH di sana. Alih-alih katanya saya kena ambil di sana dan di sini. Siapa yang nak nikah tu? Biarlah rahsia dulu ya.. Ehem, tak lupa saya memohon doanya. Bersungguh ni.
SERI:
Punya sahabat cepat mengerti, tangis dan pilu disembunyikan. Aku lebih suka bersendiri jika kamu terus mengenangi. Daripada timbul pelbagai peristiwa dan masalah, lebih baik berundur dari diri kurang selesa menerimanya. Aku serius.
Hanakage.
Hanakage.
O Allah, seandainya aku tahu kehilangan dari awal itu adalah rencanaMu, yang aku fikir untuk melemahkan rupanya menguatkan seperti yang aku fikir sekarang. Paling tidak membuatkan hati ini tenang bahawa "kehilangan sekarang atau nanti adalah sama sahaja." Al Fatihah datuk yang amat dikasihi, setelah bertahun kamu meninggalkan aku sebelum sempat melaksanakan janji untuk makan besar bersama.
Salams.
I have to
I have to
STRONGER than before.
Can you see happiness in my eyes. I like that. I like to be happy and chirpy like the birds in the morning. Im happy to meet 'em. Bless indeed for having friends to share my worries and frustration on everyday life. I found a train comfy enough for me to continue my life journey. Its on the lane, a different track. Tho there were times when I wish the old train didn't leave me stranded but I have to give in to FATE.Im still happy with the way it turn out. Im happy to lose thaht sadnes in my eyes.
Sometimes...
Im pushing myself to the limit.
Kadang-kadang, banyak-banyak kali terjadi..
Taip-taip, berhenti. Taip-taip lagi, dipendam dalam draf.
Dan selalu...
Taip-taip. Langsung dipadam.
Kali ini. Sekali ini biar betul-betul menjadi.
Dulu. Dah tahu kan ini cerita dahulu. Semasa di UTM saya belajar bahasa Jepun. Hanakage. Lagu kenangan. Banyak kenangan yang terpatri indah dalam kotak besi hati saya ni. Siapa sangka secepat itu kenangan berlari pantas meninggalkan kita. Masih teringat seorang belajar yang meninggal akibat terjatuh dari tingkat 3 bangunan tempat kuliah (persediaan ke Jepun-orang-orang yang akan berguru di Jepun.) Al fatihah.
Tiba-tiba.
Manis kenangan di sini.
Saling merindu. Zaman kampus, terasa macam berada di zaman kegemilangan. Gemilang mungkin disebabkan manusia ni ada pengalaman yaang berbeza-beza. Kau lain, aku lain, awak lain. saya lain. Kelainan ini kalau disatukan akan terciptalah sebuah kisah berkisah. Bukankah itu mahal nilainya? Pengalaman yang membuatkan manusia dan manusia lain menjadi unik.
Kenapa yang berlalu sering kita kenang-kenang ya? Kenapa lah agaknya? Masing-masing ada jawapan. Menipu seandainya seseorang itu kata,"tak guna dikenang yang lepas-lepas, tak bawa makna pun." Oh tidak. Tersangat lah bluehipo kata-kata tersebut kepada saya. Kenapa kita belajar sejarah? Kenapa sejarah menjadi subjek asas yang wajib skor time SPM? Selebihnya saya suka gantungkan ayat saya, kerana saya tahu kamu semua ada jawapannya.
Life is choice. Saya akui. Siapa dan bagaimana kita ketika ini adalah ditentukan oleh hasil pilihan kita pada masa lalu. Manusia bersifat terbatas dan berubah. Tapi, kuasa tertinggi yang saya, awak, kau, aku ada dalam segala keterbatasan adalah memilih dan membuat keputusan. Sebab itu, keputusan diri kita, tidak ada sesiapa pun yang boleh memaksa, walaupun keputusan dalam hubungan."
Begitu juga kisah yang terjadi antara kau dan aku. Kau telah datang dari belahan planet bumi yang jauh. Meskipun tidak sejauh pencarian Adam kepada Hawa yang akhirnya bertemu di padang Arafah. Kisah mereka kisah terulung. Kisah kita, telah lama berlalu. Yang aku yakin dan pasti, perkara yang berlaku bukanlah de ja vu. Ini jawapan aku, "sejarah bukan untuk dikenang tetapi untuk dipelajari dan dijadikan teladan. Orang yang lupa sejarah, tidak belajar daripada sejarah diri dan orang lain dan akan dikutuk apabila mengulangi kesilapan lalu."
Alhamdulillah. Dia berikan masa 'itu' dan sedarkan saya, tentang 'sesuatu'. Sesuatu yang perlu dilepaskan, dan sesuatu yang perlu diterima kembali.
Terima kasih Allah.
Menghadiahkan bulan Mu Rejab, kerana saya, kita semua, tidak mampu mengelak dosa.
SERI:
1)I am no position to understand everyone so as for now, I shall let it be.
2)Nak jenguk fb pulak.
2)Nak jenguk fb pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)





