Apabila Si Baju Melayu Bertemu Si Baju Kurung...

|


Men Are From Mars, Women Are From Venus:

Kata John Gray si penulis buku ini~ Lelaki datang dari Tanah Mars, perempuan datang dari Tanah Venus. Tetapi mereka boleh disatukan di atas tanah yang bernama Earth.



----------------------------------


Kata Si Baju Melayu:
~Kalau tiada Adam maka tiadalah Hawa.

Kata Si Baju Kurung sekerasnya mempertahankan:
~Kalau tiada Hawa, tiadalah juga Adam yang berkata-kata tadi.

Bidalan lain pula mengatakan:
~Siapakah yang wujud terlebih dahulu antara ayam dan telur?

Jawab Si Baju Kurung:
Kalau tidak ada ayam bagaimana pula boleh adanya telur? Bukankah ayam yang menetaskan telurnya?

Si Baju Melayu mempertahankan hujah:
~Habis tu, ayam tadi berasal dari mana? Takkan ayam dilahirkan oleh itik pula? Mesti dari telur ayam juga.


---------------------------------




Siapa hendak menjawab persoalan ini?

Jawapan yang semestinya mencetuskan pergaduhan antara Parti Ayam dan Parti Telur. Masing-masing cuba mempertahankan hak mereka yang 'dahulu'. Peperangan ini tidak akan ada kesudahannya jika tidak dinoktahkan dengan titik persamaan yakni;

"Si Baju Kurung dan Si Baju Melayu saling memerlukan. Aku mengerti kamu, kamu mengerti aku. Aku perlu kamu, kamu perlu aku."

Mengapa perlu bertengkar soal siapa dahulu?

Jawapan yang dicari bukanlah siapa mendahului tetapi, mencari kekurangan yang boleh ditampung agar cukup kesempurnaannya. Tuhan menjadikan Si Baju Kurung dengan kelemahanannya sendiri, sebaliknya juga si Baju Melayu.

Jika Si Baju Kurung dan Si Baju Melayu diibaratkan seperti susunan abjad A, B, C, D sehingga Z, maka akan ada huruf-huruf yang mempunyai persamaan antara Si Baju Kurung dan Si Baju Melayu.

Masih samar?

Begini, dalam susunan abjad A sehingga Z, kedua kaum ini telah menemui ada huruf-huruf yang tidak cukup untuk melengkapi susunan A sehingga Z itu. Misalnya Si Baju Melayu mendapati tiada huruf H, S, N, M, K, L pada dirinya tetapi ada pada Si Baju Kurung. Begitu juga dengan Si Kurung yang telah menjumpai banyak hurug yang tiada tetapi ada padaa Si Baju Melayu. Jadi pada siapa mahu meminta yang tidak lengkap itu? Untuk melengkapi harus menemui titik persamaan. Jawapannya terletak pada Si Kurung Dan Si Melayu itu.






Saya:
Terfikir mahu jadi baju kurung Pesak Gantung kah atau Baju Kurung Kedah kah atau Baju Kurung bersulam manik kerawang kah atau baju kurung dikacuk dengan kebaya lalu jadilah Kebarung pula? Atau mahu jadi Kurung Biasa sahaja...