Kurnia...
"When two people love each other, nothing is more imperative and delightful than giving." - Guy de Maupassant.
Ada banyak kegembiraan yang boleh kita kecapi dalam kehidupan
Sama ada ia bersifat jangka panjang mahupun jangka pendek
Ia tetap memberi impak besar dalam kehidupan
Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang yang rapat dengan kita.
Walaupun dalam kehidupan terlalu banyak perkara yang tidak dijangka,
Tetapi apabila difikirkan kembali
Semuanya punyai hikmah dan manfaat untuk kita
Mana ada kurniaan Dia yang sia-sia?
Sama ada kebaikan itu dapat dilihat atau tidak,
Ia tetap sebuah kurnia yang bernilai dari Dia.
Jangan biarkan anugerah itu hilang begitu sahaja
Hargailah ia
Bukan sekadar menghargai
Tetapi jadilah pelengkap kepada kurnia
Moga gembira terus dirasai.
Orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita,
Tidak menginginkan dirinya dipuja dan dipuji.
Tapi cukuplah sekadar menghargai dan menghormati dirinya seada yang mungkin.
Berilah dia peluang untuk menasihati kita, menegur kita.
Hargailah insan yang sentiasa di sisi kita,
Sebab tidak mustahil dia akan pergi tinggalkan kita bila-bila masa sahaja.
Pergi takkan kembali lagi.
Seseorang yang berusaha untuk memahami diri seseorang lebih berhak dihargai,
Daripada kita yang langsung tidak cuba memahami.
Bukan senang untuk orang menghargai diri kita,
maka cubalah untuk menghargai diri orang yang sentiasa menghargai kita,
persis menghargai mutiara di dasar lautan.
Ada orang kata, apabila bercinta semua masalah boleh hilang sebab hati senang. Tetapi yang nyatanya ialah...cinta memberi dorongan dan kekuatan untuk menghadapi masalah. Kita akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi masalah bersama yang dicintai.
Cinta bukan untuk menghancurkan diri, tetapi memberi motivasi kepada setiap individu yang memberi dan menerima cinta. Merancang masa depan dengan teliti, bersungguh dalam mencari rezeki, serta positif dalam apa jua yang dilakukan.
Terima kasih kepada 'sekeping hati yang berlari bersama saya.' Catatan ini ialah catatan dedikasi yang sangat bermakna walaupun dia tidak tahu kewujudan 'cerita kehidupan' saya ini.. Kata-kata yang dilafaz, bukan hanya retorik semata..tetap dipegang erat bersama langkah padu membina masa depan. Gembira sebuah kurnia. Alhamdulillah.
-----------------------------------------------
Noktah.