If Tomorrow Never Comes

|


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216 )








Merah

.

Lampu trafik untuk berhenti

Simpang itu mungkin bukan jalan yang betul

Ada yang tidak kena di penghujungnya.

Relakanlah sahaja

Akur bahawa semua yang baik itu

Bukan yang terbaik untuk diri kita.


Kuning


.

Lampu amaran

Cuba cari ada pelajaran rasanya untuk dipelajari

Terus mencari

Hadapi sahaja dengan senyuman

Biarkan semua yang terjadi

Biarkan sahaja terjadi

Belajar hadapi dengan jiwa yang tenang.




Hijau


.

Terus mencari

Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan

Tetaplah sudah

Tiada yang bisa merubah

Tiada yang bisa berubah

Relakan sahaja

kerana

Kau menyerah untuk menang.







Memang benar. Ada sesetengah perkara dalam kehidupan ini tidak memerlukan kata-kata untuk menjelaskan tetapi melalui perbuatan sudah memadai untuk menceritakan. Saya ada banyak kekurangan untuk menyampaikan apa yang saya rasa samada melalui kata-kata atau perbuatan sekalipun. Kerana bagi saya, sesuatu itu perlu saya simpan tanpa diusik tanpa penjelasan tetapi hanya didiamkan dan dirasai.



Ketika kita meletakkan seseorang pada satu tahap yang kita hormati, dan hak kita sebagai orang yang patut dihormati juga telah dinafi, adakah seseorang akan terasa? Jika jawapan seseorang itu tidak, adakah bermakna saya ini terlalu sensitif? Sensitif barangkali. Hanya kepada mereka yang benar-benar mengenali dan ikhlas memahami saya.





Pesan seseorang itu, "hiduplah seperti benih yang baik, dilempar ke laut menjadilah pulau. Sambung lelaki itu lagi, "jadilah seperti pokok, dilempari manusia dengan batu, tetapi dibalas pula dengan buah yang ranum." Tapi saya tetap saya, selesa sederhana apa adanya.




Saya: masih tersenyum seperti ini.... >;)