Harapan.
Sukarkah membuat orang lain bahagia?
Sukar apabila hati sendiri tidak bahagia.
Sukar apabila kita tidak ikhlas memberikan orang lain bahagia.
Keikhlasan hati itu penting.
~i'm still waiting...and so are you.~
Hidup ini penuh dengan harapan.
Harapan untuk kau.
Harapan untuk aku.
Harapan untuk kita menjadikan kehidupan ini sesuatu yang terbaik.
Harapan untuk berjaya dalam apa jua perkara.
Harapan untuk dicintai.
Harapan untuk menjadi pencinta yang terbaik.
Harapan untuk disayangi
Harapan orang lain kepada kita.
Harapan kita terhadap orang lain.
Dan pelbagai jenis harapan lagi.
Harapan.
Harapan.
Harapan.
Harapan kadangkala menjadikan manusia meminta balasan atas apa yang dilakukan.
Kata seorang si aku;
'Aku sudah melakukan yang terbaik untuknya, jadi aku harap dia boleh menghargai apa yang aku telah lakukan. Aku harap perkara yang tidak baik dapat dijauhkan daripada aku. Aku harap ibu dan ayah faham dengan apa yang aku lakukan. Aku harap orang lain akan mengerti tindakan aku ini. Aku harap seisi alam boleh memahami aku.'
Lalu kerana itu seorang aku terus mengharap.
Mengharap yang entah apa-apa lagi
harapan hati yang kadangkala terlalu payah untuk dipenuhi.
Setiap hari kita memberi harapan pada orang.
Setiap hari juga orang mengharapkan sesuatu daripada kita.
Tetapi kadangkala kita menjadi nanar
apabila harapan dan pengharapan itu tidak menjadi.
Lalu kita mula bertanya pada diri;
'Di manakah salahnya? Mengapa semua perkara ini tidak berjalan seperti yang aku rancang? Mengapa terlalu payah menjalani hidup ini? Mengapa semua yang telah disusun elok menjadi kucar-kacir akhirnya?'
Persoalan terus menjadi tanya.
Sehingga sampai ke satu tahap kita tidak mahu berfikir lagi.
Kita mahu diam dan tidak mahu bersuara.
Kita mahu sendiri dan tidak mahu diganggu.
Kita mahu kutip segala harapan tadi dan cuba mencantumkannya kembali.
Berjayakah kita?
Menipu diri namanya jika berkata;
'Aku ingin melupakan sahaja harapan itu. Aku mahu biarkan sahaja harapan yang kini menjadi masalah itu. Lalu aku lalui jua hari esok dan lusa dengan harapan yang tiada akhirnya.'
Harapan dalam hidup menjadikan aku manusia yang kuat setiap hari.
Betapalah harapan itu pada setiap makhluk-NYA yang percaya.
Percaya bahawa Dia punya sebab apabila berlakunya sesuatu.
Percaya pada takdirnya.
Percaya bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa,
kerana ada ketikanya kita perlu menangis untuk menilai erti airmata.
Ada ketikanya aku tewas dengan harapan-harapan kosong yang diberikan.
Aku sedih.
Aku menangis.
Namun manusia yang memberi harapan-harapan kosong itu tadi terus ketawa tanpa memikirkan apa yang aku rasa.
Kata dia;
'Jangan lakukan begitu pada orang yang kita suka. Kerana kita tidak akan tahu betapa besarnya harapan mereka yang telah kita permainkan itu. Cukuplah. Cukuplah airmata menjadi saksi bisu yang aku pernah diperlakukan begitu.'
Harapan boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk.
Harapan menyebabkan kita sentiasa mahu hidup untuk satu hari lagi.
Harapan menjadikan kita manusia hebat di tengah ketandusan hati.
Harapan selalu membuatkan kita percaya saat separuh dari hati telah mengatakan yang hidup ini telah berakhir.
Betapalah.
Betapalah harapan itu sering menjadikan kita percaya akan setiap sesuatu.
Dan percayalah juga bila aku katakan yang harapan akan tinggal harapan
jika tiada doa dan usaha
seiring dengan harapan yang menggunung itu.
Tanya diri;
'Mengapa perlu berusaha? Mengapa perlu berharap? Mengapa perlu memberi harapan dan mengapa ada harapan?'
Kerana Dia mahu kita berusaha.
Jangan berharap sahaja tanpa berusaha.
Berharap cuma yang molek-molek.
Memikirkan yang baik-baik dan indah.
Tapi kita masih kaku.
Lalu, jangan salahkan keadaan
jika harapan hanya tinggal harapan.
Bukan salah keadaan dan waktu.
Dan sekiranya kita telah berusaha sehingga ke tahap paling tinggi
tetapi masih tidak berdaya menjadikan harapan itu kenyataan...senyum sahajalah.
Dia lebih tahu yang terbaik buat kita.
Senyumlah walaupun sekali.
Senyumlah walaupun hati luka berdarah.
Senyumlah.
Senyumlah.
Senyumlah untuk mengajar hati supaya redha dengan rezeki itu bukan di tangan
kita tetapi atas kehendakNYA juga.
Jujurlah dengan diri sendiri.
Jangan membina harapan kerana orang lain.
Jangan juga menghancurkan harapan orang lain.
Kita punya pilihan untuk menjadi yang baik atau sebaliknya.
Menjadi baik tidaklah menjadi suatu kebetulan mahupun satu kesempatan.
Sebaliknya ia adalah pilihan yang dilakukan.
Mulakan hari dengan harapan.
Harapan baik untuk menjadikan hidup ini lebih baik setiap hari.
Lemparkan senyuman ikhlas buat setiap orang.
Semua.
Tiada yang terkecuali.
Mereka yang kita suka.
Mereka yang kita benci.
Mereka yang sukakan kita.
Mereka yang tidak sukakan kita.
Semua.
Biar semua orang boleh marasai senyuman ikhlas kita itu.
Selagi maut belum tiba, harapan tetap ada.
Tetap ada bagi mereka yang percaya denganNYA.
Every great dream begins with a dreamer. Always remember, you have within you the strenght, the patience and the passion to reach for the stars to change the world.
Noktah.
For someone; thank you for energy of love, friendship and the joyful moments of life!
~Sri~