Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa.

|




Tidak perlu mengumpul terlalu banyak 'perkara'.
untuk mematikan kehidupan;
kerana yang berulangan itu sudah terlalu banyak.


Terasa terlalu banyak juga cubaan
dan telahan ikhlas untuk membaja pohon jiwa.
Tiada apa lagi harus dipertahankan
setelah kerapkali membaiki luka dan lara;
setelah berlalu jutaan derap di atas kapas putih
yang tidak putih lagi kini.


Jika dahulunya mendamaikan
lembut menyelesakan tapak kaki bertijak;
tiada apa lagi yang tinggal.
Ada alas kaki yang egokah?
Tidak sesuai 'ego' dan 'sombong' itu.
Lalu membacanya sebagai 'tersinggung'.


Dipanjangkan ucapan terima kasih;
bukan hal mengharapkan dihargai, dihormati.
Cukuplah jika yang berakal dan berhati itu 'amanah'.
Cukuplah.
Tidak perlu disanjung,
cukuplah memahami,
dan tidak menuduh seenak rasa.


Ada masa dipujuk hati menjadi tegar;
untuk berkali-kali.
Namun, segalanya telah bermula
bermula untuk menghargai nyawa dan hati yang ada,
tersinggung yang membunuh jiwa.






--------------------------------


~Aku tidak belajar untuk mengasari sesiapapun, namun kali ini terasa amat dikasari setelah sangat cuba untuk berlembut; terima kasih~