Selimut Hati.
~Mana saya nak cari Ros hijau ni eh?
Salams.
Dingin.
Di sini hujan.
Dengar lagu 'Selimut Hati'. Liriknya macam best. Mungkin kerana ada sedikit tempias dengan tuan empunya diri. Lalu jangan terus cepat melabelkan saya 'jiwang' pula. Ya. Apabila mengasihi sesiapa sahaja, tidak kira sesama manusia mahupun segala makhluk Dia, kita akan cuba melakukan yang terbaik adanya. Tetapi, usah pula yang dikasihi minta kita menjadi seperti kehendaknya. Macam dalam lagu 'Selimut Hati' ni.
Aku akan menjadi malam-malam mu
Kan menjadi mimpi-mimpi mu
Dan selimut hatimu
Yang beku
Aku akan menjadi bintang-bintang mu
Kan selalu menyinarimu
Dan menghapus rasa rindu
Yang pilu
Aku bisa untuk menjadi
Apa yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi aku tak bisa menjadi dirinya
Aku akan menjadi embun pagi mu
Yang menyejukkan jiwamu
Dan membasuh hatimu
Yang layu
Tinggalkan sejenak lalumu
Beri sedikit waktu kepadaku
Untuk meyakinkanmu
Lalalala. Agak canggung menulis. Dah lama tak menulis. Lama.
Barangkali simpulan yang tepat di sini saya mahu sesiapa sahaja menerima saya seadanya saya. Bukan begitu dan bukan jua begini. Tulisan yag terbias di sini juga seadanya saya. Bukan yang terbaik, apalagi sempurna. Sekadar tidak mahu lagi melepaskan kesempatan 'pertama' dulu. Walau ini peluang 'kedua', tetap jua dari satu hati yang sama. Berusaha!