Bismillah. Pembuka Bicara.

|


~Apabila kucing dan tikus sudah pandai bermain catur.





Pertama kali.

Entri pertama yang ditintakan dirasakan sangat berharga.

Seringkali hidup mendambakan menjadi yang pertama. Kadangkala memburu pertama juga mudah buat diri terlupa. Menjadi pertama, tanpa mahu melepaskan lagi sebuah kesempatan. Tidak rela membiarkan peluang berlalu bersama waktu dengan sia-sia. Cukuplah sudah.

Seringkali juga kita mendambakan yang pertama itu berulang kali melingkari hidup kita. Sehingga kita juga lupa, tidak semua manusia diberikan kesempatan kali kedua setelah yang pertama tidak dipegang dengan sungguh hati. Menghargai dan dihargai. Berbeza, dan harus sedar bahawa tiada satupun yang 'pertama' akan berlaku dua kali. Setelah pertama melabuh tirai, tidak lagi kembali bertamu dalam hidup kita. Kerana, perkara 'pertama' yang diulangi itu adalah perkara 'kedua'.

Benar kata seorang sahabat;

Semakin kita sibuk, semakin pula kita terdesak membahagikan masa sebaiknya.




Salam pembuka lembar kehidupan dari jiwa Sri yang mula belajar berpucuk tumbuh.