Sekolah Hidup Di Medan Rasa.

|


Ya Allah Yang Maha Cepat Redha-NYA
Ampunilah orang yang tidak memiliki apa-apapun
kecuali doa

kerana sesungguhnya Engkau melakukan
apa yang Engkau kehendaki

Wahai nama-NYA yang menjadi ubat

dan mengingatinya adalah penyembuhnya

dan ketaatan kepada-NYA adalah kekayaan
kasihanilah orang yang modalnya adalah pengharapan
dan senjatanya adalah tangisan.



----------------------------------




Cuba lihat awan itu...

di atas langit yang sama

awan pun berbeza-beza

ada merapat, ada juga yang berjauhan

ada bersendirian, ada berkumpulan

apatah lagi jika dibandingkan dengan kita

lagi banyak perbezaan



"Rambut sama hitam, hati lain-lain."



mencari titik persamaan

adalah sukar



tetapi itu tidak mustahil

kerana kita semua sama sahaja

berunsur tanah

"tanah tetap tanah jua..."





Susahnya menyentuh hati manusia

kerana hati itu bukan seperti pensil

atau buku

bila perlu boleh dicapai dengan mudah



tapi hati manusia

susah dicapai, susah digapai



kadangkala...

semakin kita mendekat, semakin pula dia menjauh

salah sentuhan kah?







Lalu aku memutuskan sendiri;



"ini medan rasa

ini sekolah hidup

ini perjuangan tanpa batas usia

ini bait-bait pengorbanan

didirikan atas luka dan pengorbanan semalam

lupakan apa sahaja yang berbau tanah

lupakan apa sahaja yang menggebu

kerana

ini dunia tanpa hati

kerana kau mengejar yang pasti."


Noktah.










Katanya....



" Menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku.Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu.”



Lagi....



"Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku

Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku

Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."







***Ada sesiapa yang mengenali kata-kata ini?

Ah, mustahil kamu, kamu, kamu dan kamu tak 'cam' ungkapan siapa yang tersebut kan?



^______^