Saya suka membaca.
Saya juga suka mencatat 'nota penting' hasil daripada pembacaan saya.
Saya catat 'kata orang' yang sangat unik ini di sini.
Perempuan berumur 20-an masih banyak yang belum diketahui tentangnya, laksana Benua Gelap Afrika, lelaki mahu ke sana.
Bila masuk 30-an perempuan menjadi eksotik dan mistik seperti India, lelaki tertarik dengan misterinya.
Masuk sahaja 40-an dia elegan dan ada kelas seperti benua Eropah, lelaki tertawan dengan penampilannya.
Waktu umur 50-an pula perempuan menjadi sofistikated dan moden seperti Amerika, lelaki mengaguminya.
Tetapi apabila masuk umur 60-an perempuan menjadi seperti Siberia, semua orang tahu di mana letaknya Siberia tetapi tiada siapa mahu ke sana.
Persoalannya;
Bagaimana pula jika perempuan itu kita tukar jadi lelaki?