Belajar.

|




Belajar adalah seperti sebuah perahu kecil yang menentang arus,
kalau tidak maju, bererti mundur.

( Xue Ru Ni Shui Xing Zhou, Bu Jin Ze Tui )

~ Ungkapan pemikir dan falsafah besar China –Konfusius.




~Perahu: Mengubah keterbatasan menjadi kekuatan.~




Salams.


Konfusius sepanjang hayatnya lebih dari 2,500 tahun lalu, menekan akan pentingnya sikap belajar bagi setiap manusia. Belajar sangat penting kerana dari hari ke hari, perubahan selalu terjadi. Belajar memang sebuah proses yang bisa menjadi ‘batu yang sangat berat’ bagi yang kurang menyedari atau disedarkan tentang kekuatan dirinya sendiri.

Tidak dapat dinafikan semalam yang belum pun sampai seratus jam berlalu itu sangat-sangat memberi pengajaran hidup kepada saya. Pelbagai warna yang dicorakkan dalam cerita kehidupan saya. Seikhlasnya terlalu banyak yang ‘duka’. Mujur ada tangan dia untuk menarik saya. Saya banyak belajar dari dia. Belajar dikiritik terutamanya.

Bak kata dia, manusia jika ditanya akan ciri-ciri pasangan yang diidamkan selalu akan menjawab, “saya sukakan pasangan yang berterus-terang dalam erti kata jujur.” Tetapi, apabila mendapat pasangan yang berterus-terang pula sangatlah sakit perasaan menerima setiap penjelasannya.

Jadi apa mahu nya?


Inilah dinamakan proses belajar. Sakit memang sakit.