Katalah apa sahaja...
Aku tidak akan kembali
walau aku telah memaafkan.
Maaf dipinta,
maka maaf yang aku berikan.
Tapi, kalau tak minta maaf pun
tetap aku maafkan.
Walau apapun,
kamu tetap pernah buat baik
pada aku, pada saya.
Terima kasih.
Katalah apa sahaja
Aku tetap mendiam
dari melukakan lagi.
Katalah apa sahaja
cerita kita...
cerita kamu...
cerita dia...
cerita mereka semua...
cukuplah menjadi sempadan
yang tidak mungkin akan dilalui sekali lagi.
Katalah apa sahaja
dunia saya kini sangat indah
memaafkan maka dimaafkan
mengasihi maka dikasihi
jika berupaya untuk mengubah
aku akan ubah semalam
tanpa adanya kamu
hari ini yang saya lalui
saya bahagia...
NOKTAH.