Salams.
Aneh sungguh rasanya di kelilingi gambar-gambar lama
Gambar yang mengabadikan masa silam
yang jauh berbeza daripada zaman sekarang.
Di dalam album masih cantik kelihatan
pekerjaan menyelongkar memang sah ketemu 'kisah silam'
kalau di rumah sana mungkin lebih banyak.
Ketika aku menulis entri sambil FB ku buka sama
kelihatan 8 orang minta diterima menjadi kenalan
Mungkin kerana kisah Nip barangkali ada kawan-kawan cuba menjejaki
salah seorang daripadanya aku tidak pernah lupa wajah nya itu.
Cinta Monyet zaman sekolah seperti diistilahkan. Aku bukan monyet! haha
Pantas ingatan aku melekat pada hadiahnya dulu
Handycam Sony, handphone Nokia, 2 kotak musik, 2 pasang kurung buatan emaknya dan sikap caringnya.
Demi hati yang harus aku jaga,
Lalu aku abaikan semuanya tak seorang pun aku terima
walaupun isu FB tidak pernah terkeluar daripada diskusi kami
"mencegah lebih baik."
Barangkali tidak mudah mencari nada yang sesuai untuk coretan ini.
Tapi aku yakin yang amat dia tidak membaca blog aku. Pasti.
Lama berdiam. Lama juga sengaja saling melupakan.
Ada dua tempoh waktu dalam perhitungan kita
Rasanya masing-masing sedang berdiri di atas puncak gunung yang berkabus
cuba mengintip antara satu sama lain
Di antara kita terdampar lembah yang mempesonakan
Aku berjaya menyusur melepasinya mengikut jalan yang aku pilih
Menyesal? Sedikit ada. Sejujurnya sangat besar jumlah sedikit ada tu.
Seolah-olah dengan kuasa ajaib
aku berjaya menampan diri aku di antara kamu dan mayapada ini.
Menyerah bukan kalah.
Pergi bukan lari.
Bukan mudah kan bila pengertian tak setaraf korban yang ditagih.
Mari hidup dengan takdir masing-masing
tidak mahu lagi bagaikan hero mencari puteri yang kebingungan dalam filem dongeng penuh aksi.
Setelah dewasa
dirasakan dunia ini tiba-tiba sahaja menjadi sangat kerdil
dan segala-galanya membawa maksud tersendiri.
Sesuatu itu berlaku kerana SEBAB dan dengan izin Dia yang mampu kita galas.
Biarkan sahaja semuanya menjadi wayang bisu
itu wajar.
Ada seperkara dalam hidup yang wajib kita dapatkan;
"sari kebenaran"
Di mana nak mencari?
Di sini ada jawapanya.
Baca, ulang-ulang tidak mengapa.
Dah baca? Dah nampak?
Telah ditulisNya.
'Kita' ada di sini sekarang.
Apabila kata ganti nama 'kita' digunakan,
dua insan diletakkan atau lebih dalam suatu tindakan yang dilakukan bersama
biar langsung bergabung menjadi satu.
'Kita' seolah-olah menyebabkan sesuatu kembali kepada asalnya
menyungkap suatu rentetan peristiwa yang sarat
dengan makna yang menyentuh jauh dasar kehidupan dua insan di muka bumi.
'Kita' ada di sini sekarang.
'Kita' datang ke dunia hanya sekali.
Baca lagi yang ini...
Don't repeat a mistake!
Boleh baca kan?
Kalau kurang nampak besarkan sahaja.
Pintu yang menunjuk jalan keluar dari realiti terbuka luas
Terlalu banyak yang ada di sini tetapi kita terpaksa pergi.
Terlalu banyak yang perlu kita tinggalkan.
Itu perlu.
kerana yang bernama bintang itu berada amat jauh dari kita...
Kita hanya ada dua pilihan.
Itulah syarat kehidupan.
"Kita memilih untuk hidup, kita juga memilih untuk mati."
Tetapi impian untuk menggapai sesuatu yang mustahil
mempunyai namanya yang istimewa.
Namanya 'harapan'. [GO]
Noktah.
SERI:
[1]Yang penting, sikap kita.
[2]Blog saya umum sifatnya. Isi tulisannya berkisar tentang diri saya sendiri. Nak baca, silakan. Nak komen silakan, tapi jangan perasan saya tujukan kepada kamu melainkan ianya benar-benar dedikasi. Kadang-kadang orang tak sentuh pun tentang life kita, tapi kita je yang tersentuh melebih hanya sebab dah 'kenal'. Kenal sangat ke? Atau sekadar kenal dengan cerita sebenar yang ditutup ni? Jangan main taram je.
11 Kawan Seri:
1] "Mari hidup dengan takdir masing-masing." Ya, DIA yang maha perancang dan DIA juga yang maha mengetahui.
2] Ayat ni.. "Kadang-kadang orang tak sentuh pun tentang life kita, tapi kita je yang tersentuh melebih hanya sebab dah 'kenal'. Kenal sangat ke? Atau sekadar kenal dengan cerita sebenar yang ditutup ni? Jangan main taram je.".. Buat saya gelak sorang-sorang. Tak tahu kenapa. Mungkin terkena.
# Tapi terkena bukan kerana hubungan ini, ada sesuatu diluar sana! ^__^
3] Malam tadi (25hb) saya mimpikan seseorang yang buat jantung saya berdebar-debar sehingga sekarang.. #out of topic.
Salam Yus.
[1]Ia. Itu sebaiknya. =)
[2]Alamak, saya tak maksudkan kawan2 saya. Ada sebab kenapa saya tulis ayat no.[2] tersebut. Kadang2 selalu juga jadi kebetulan. Kebetulan yang sama.
[3]Yang out of topic tersebut buat saya excited nak tahu. Saya bersedia kalau nak kongsi. =)
Owh, Sri sahabatku..
Bukan saya maksudkan ayat no[2] tu diantara kita. BUKAN. Seperti yang saya katakan, 'ada sesuatu diluar sana'... ^___^
Mimpi tu, CINTA MONYET! hehe... Allahuakbar!
Yus
Abaikan yang no [2]. Saya tahu selain Yus ada lagi yang akan bercakap tentang no [2] tersebut. Ya seperti yang saya kata, KEBETULAN.
Cinta Monyet dan mimpi? Yus!!!! Bahaya. Hhahaha gelak kuat2 dah ni.
Sri.. Sri.. Sri...
Jantung saya masih kuat 'dup dap dup dap'...
(LOL)
Yus:
Sambung gelak kat sini.
"Jangan Bagi Peluang Terbuka Ruang." Semua tu jerangkap samar.
ak dedikasi lagu ni- Teman Tapi Mesra. Aduh Yus, pengsan dah ni. [gelakguling2mcmemotdlmplurktu]
Ya, saya setuju "Jangan Bagi Peluang Terbuka Ruang." Semua tu jerangkap samar. BAHAYA! Boleh membunuh orang disekeliling juga.
Teman Tapi Mesra? Haha.. Pengsan! Tapi emotdlmplurk tu comel kan! (LOL)
Yus:
Bukan setakat orang sekeliling, BUNUH DIRI SENDIRI juga.
Hahaha. Dengarlah lagu tu Yus, jangan lupa joget sekali. Mesti lepas ni asal dengar lagu tu teringat 'mimpi tu'.
NOTA:
Aduhai dah lama tak jengah Plurk. Ok nanti kita roger. Nak baca tentang kumpulan yang nak ajak bom Malaysia pulak. Macam2 kejadian.
Hah, saya ketinggalan tentang tu. Betul, macam2 kejadian kat Malaysia ni.. Huh..
# Memang tgh dgar lagu tu.. Adeih Sri....
suka kata2 ustaz pahrol tu. dan suka no. 2 jugak...mungkin sebab i selalu buat dan tak pasal2 ada orang lain yang terasa..walhal bukan untuk dia.
da share pics purple tue kat FB cimon, terbaik~~!!
p/s: entry yg sarat dgn nasihat, bgus2 (^_^)
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)