Apapun terjadi, harapnya 'barang' yang hilang fungsi itu bukanlah untuk dibuang dicampak-campak sahaja, tetapi untuk diperbaiki supaya menjadi lebih baik lagi.
"Ya Allah, ampunilah aku tentang apa yang Engkau ketahui pada diriku. Ya Allah, kalau aku kembali melakukan kesalahan, maka kumohon kembali jugalah kepadaku dengan pengampunan.
Salams.
HAMPIR sepurnama. Blog ini saya biarkan sahaja. Komen-komen banyak yang saya tak publish. Maafkan saya. Tempias keberkatan 15 Syaaban sehingga masuk Ramadhan kali ini, terlalu banyak dan besar rahmatnya kepada diri saya. Sehinggakan rasa kesyukuran itu tidak terungkap dengan kata-kata. Pernah kamu rasa tak keadaan bila apa yang kamu doakan, didoakan sama oleh seorang ibu selama bertahun lamanya dimakbulkan dengan penuh rasa keinsafan? Hanya Dia tahu dan hanya Dia dapat membalas kebaikkan mereka semua. Betapa diri terasa diterima pada saat-saat diri merasa 'takut' disisih. Betul lah pesan seorang sahabat, kadang kita tidak perlu takut pada perkara yang kita jangkakan sehinggakan kita merasa takut pada bayang-bayang sendiri. Kenapa harus memberi persepsi yang negatif kepada sesuatu yang tidak pasti? Adakah positif itu salah letak duduknya? Mungkin jawapannya YA.
MAKSU, moksu cara sebutannya. Setiap kali dipanggil oleh mereka, setiap kali juga rasa sebak mengakar dalam diri. Sehingga pada saat berbuka bersama, mengalir airmata diam-diam dalam kereta. Sepanjang tempoh itu, banyak yang tak terluahkan dengan kata-kata. Penerimaan dia yang di sana itu masih buat saya rasa keliru. Harapnya dilembutkan juga hatinya. TETAPI apa jua keputusan dia selepas ini, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi. Apa yang sudah pun terjadi hanya saya dan dia yang tahu. Dan saya sudah cukup besar untuk membuat keputusan dan tidak mahu menjeruk rasa lagi. Tuhan Maha Mendengar. Sepanjang pertemuan sekali ini, terlalu banyak yang saya belajar walau hanya sedikit. Apa yang dikatakan selama ini yang ditadah oleh telinga ini sungguh berbeza. Ahhhh, manusia lah namanya begitu. Saya juga pernah melakukan kesilapan yang sama hanya untuk mendapatkan hak yang sepatutnya terpaksa didiamkan. Sakit tahu, bila seorang perempuan terpaksa berada dalam situasi begini. Akhirnya Dia bukakan jalan.
Kronologi. Saya tidak mampu dan tidak mahu mencoretkan secara opppss terlebih suda di sini kerana ada banyak hati yang saya wajib menjaganya. Terutamanya mereka nun di seberang sana. (eh, bukan Indonesia lah..kamu ni pun). Maafkan saya.
Salam Kemaafan
Bahasa terkadang tidak mampu meleraikan
kerap juga gerak dan tingkah laku mentafsirkan
namun iman selalunya mampu mendamaikan
dua hati yang digores perselisihan
carik-carik helaian kasih tak akan tersisih
jika di sudut hati masih tersemai niat yang bersih
bibit percintaan pasti akan tumbuh
tidak selamanya bermusuh
dicincang air takkan putus
sungai cinta ini dari mata air yang tulus
walau di hilir ada kekeruhan
pasti di muaranya ada kejernihan
dan aku tetap menunggu
di kuala cintamu
Terima kasih Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Pada setiap koma dan noktah, saya belajar menjadi dewasa dengannya. Pada setiap tanda soal, saya temui jawapan yang sangat meyakinkan melaluinya. Semuanya telah tersurat. Saya akui,'kita hidup dengan apa yang kita terima, tetapi kita membina hidup dengan apa yang kita berikan.' Jika ditakdirkan waktu yang tinggal itu hanya beberapa hari sahaja lagi, saya tidak pernah memaksa untuk meneruskan atau berhenti setakat itu. Untuk sekali ini, kata-kata mereka yang selama ini dilupakan akan saya jadikan panduan. Terima kasih, hidup.
SERI:
1)Yus, saya kirimkan sebelum saya fly nanti ya.
2)Tulis saya kepada dia; 'Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami maksud Allah di sebalik takdir itu.'
7 Kawan Seri:
suka para kedua..beautiful words!
Alhamdulillah.
Gembira bila entry blog ini semakin ber"blingX2". Moga kamu sihat2 sahaja Seri. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.
p/s:ada kawan Cimon berpeluang menunaikan umrah di akhir Ramadhan nanti, alangkah bertuahnya mendapat jemputan Tuhan. (^v^)
Kak Siti:
Thanks kak dan selamat berpuasa
Cimon:
Sejujurnya saya malas nak expose blog macam dulu2. Dulu sampai tak memang tangan nak membalas komen2 entah dari mana jua.
Alhamdulillah berkat Ramadhan. Kerana kita hanya merancang dan Dia lah perancang yang terbaik walau kadang diri enggan menerimanya. Kita kan manusia biasa.
TAHNIAH kepada sahabat awak tu Cimon. Ke awak yang nak ke sana?
Selamat meneruskan ibadah puasa ya kawan.
Alahamdulillah..
Saya tertunggu-tunggu kamu Sri.
Bukan saya tunggu kiriman tersebut. Tapi saya tunggu kamu muncul.. hee..
*rindu*
Perubahan yang boleh buat setiap orang tersenyum!
YUS:
Alhamdulillah. Tapi kan Yus, ada orang salah sangka juga dengan entry ni...dia ingat saya tujukan kepada dia. Alamak, mungkin cerita yang dia faham tu lain lah kot.
Kawan Cimon yg dpt pegi sana dulu... Cimon nk pegi... tp byak hal yg blum selesai lg kat sini... anyway, Selamat Berpuasa ek Seri. (^_^)
Salah faham? bahaya ni! heee..
Tapi harapnya tidak menimbulkan sebarang persoalan yg boleh menimbulkan 'soalan' yang berat! ^___^
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)