Aku, Nip dan Aiskrim.

|
 [1]Strawberry segar dari Cameron. Entah berapa kali ke sana. Kali ni buah tangan daripada adik. Di satukan bersama aiskrim, letak kekacang. Walaaa.
 [2]Banana Split. Kurang gemar pisang. Makan yang di tengah-tengah sahaja. Jangan tak tahu, masa belajar subjek major Psikologi Kognitif dahulu ada disebut tentang penyakit 'Banana Split'. Nanti kita cerita ya, nak kena cari balik ilmu penuh tentang tu. OK? Pisang Jugets pulak apakah? 
 [3]Siapa TIDAK suka?
[ 4]Aiskrim potong. Si kuning tu perisa durian. Wah, I dah berjaya makan durian. Fezi, ko tentu kurang percaya dan nak siasat tentang durian tu kan. Iklan tak komersial.
[5]Air Kantong aka Aiskrim Malaysia. Gambar pinjam. Google. Kenangan aku dan Nip. 

Salams

2.15 am /21 Jun 2012

Masuk hari ke lima sudah. Mata asyik tak boleh tidur awal seperti kebiasaannya. Akibat akur kepada arahan doktor dan tidak mampu bertahan dengan rasa sakit aku gagahkan juga tekak ku menelan dua biji dadah yang dipanggil Tridin-P dan Betamethasone. Akibatnya selepas Mahgrib sahaja aku terus collapse. Enam jam tidur dengan nyenyak. Hanya ditemani kipas berpusing angka satu. Tetap dinginnya seolah-olah menggigit kulit sehingga ke tulang terdalam. Kalau dulu boleh lah nak bermanja time kurang sihat ni. Sekarang, jangan berangan lah. Semuanya kena sendiri. Tension dirasa. Turun ke tingkat bawah, buka peti ais  sambil mata buat-buat tidak nampak akan susunan botol ubat yang WAJIB aku telan selain dari dua dadah yang aku sebutkan tadi. Kuasa magik. Magik lah sangat kau. Aku tukarkan ubat-ubat tadi dengan makan aiskrim sehingga aku rasa muak. Kawan-kawan, I suka makan aiskrim u know. Tidak kira ianya datang daripada darjat yang berbeza. Tapi aku kurang menggemari Baskin Robbins. Manis yang terlampau. Lidah aku lah, lidah anda pula mungkin sungguh sedap sehingga minta ditambah lagi dua skop (betul ke ejaan ni cikgu?) aiskrim design lain pulak. Nak tahu hasil kajian aku yang diberi tajuk "Aiskrim, Sakit dan Emosi. Relevankah dengan memakai topeng ketika cuaca berjerebu.". Ada ke tajuk ni? Testimonial nya, " setelah beberapa hari mengamalkan petua yang dicetuskan oleh prof. S, telah terbukti dengan memakan aiskrim pada waktu kurang sihat boleh memulihkan emosi tetapi sila jangan amalkan kerana sangat mudarat kepada tekak anda." Jangan tiru aksi ini di rumah ya. 

Boleh tahan juga aktiviti pagi esok. 

Sedar tak sedar sudah duapuluhsatuharibuanenam. Aku baru menerima es-em-es yang membuatkan aku terdiam. Lama. Betul kah? Benar kah? "Kak, kawan baik mu kak Nip meninggal dunia pukul 3.00 petang tadi." Baru seminggu lepas kami ber-chitchat . Dan baru 2 hari lepas aku try menghubungi Nip. Tak berjawab. Try lagi, sunyi dan sepi. Seingat aku pertemuan last kami 2 tahun yang lepas setelah sahabat baik aku ini ditugaskan sebagai ustazah di Sarawak. Orang Sarawak, berbakti di Sarawak juga. Gara-gara terlalu lama memendam rindu dan saling bertukar-tukar cerita sedih dan gembira, aku jadi susah hendak berhenti bersembang dengannya walaupun hanya di maya. Seingat aku, Nip ada memberi hint tentang kesihatannya sejak kebelakangan ini. Aku kira hanya demam biasa sambil memberikan kata semangat kepadanya. (Sedangkan aku juga sama kurang sihat sepertinya ketika dia bercerita. Aku putuskan untuk diamkan sahaja keadaan diri aku.) Tidak mahu menambah beban fikirannya, putus ku.

Banyak yang kami ceritakan sehinggalah bab makan aiskrim. Ya, kami serasi. Makan aiskrim setiap kali pulang dari sekolah, turun sesi kokurikulum atau menghadiri kelas tarian. (Aku minat menari, dulu. Masih boleh menari lagi sekarang. Tarian jemari di papan kekunci) Nip suka aiskrim perisa milo. "Saya mahu yang beku sekali makcik." Ayat Nip yang sangat biasa aku dengar. Aku pula suka aiskrim asam boi. Macam dalam gambar last sekali tu. Kalau di tempat kami ianya dipanggil Air Kantong. Mungkin juga letaknya dalam kantung lalu diberi nama Air Kantong. Harganya 10 sen sebatang. Murah kan? Waktu rehat juga aku dan Nip selalu menghabiskan nasi lemak pakcik Leman 2 bungkus seorang dilengkapi dengan Air Kantong kegemaran kami.

Aduhh. Hilang fokus aku. Hilang juga fokus nak update kerja yang wajib aku selesaikan siangnya nanti. Kamu semua tentu memahami apa aku rasa kan sekarang?

Sahabat baik aku terlantar di hospital selama 4 hari. Menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang 20 Jun 2012. Sedangkan aku sebagai sahabatnya lena ketika Nip memerlukan huluran 'hadiah' daripada aku. Nip meninggal akibat barah payudara. Sel kanser telah mengjangkiti paru-paru Nip. "Nip, seorang lagi kesayangan aku dibawa pergi. Aku tahu sangat bermakna sekali kata-kata kau yang last hari tu kan? Aku je tak sedar. Aku rasa kau tengah chitchat dengan aku je sekarang Nip. Aku on akaun chitchat aku sekarang. Mana kau, Nip? Dulu kau orang pertama selalu jengah setiap entri aku kan Nip semenjak SeorangSeri diwujudkan. Apakah?

Nip, baru aku tahu kenapa muka kau kelihatan pucat time kita chitchat. Paling aku sedih sekali Nip, kau selalu mengusik aku. " Wah, gramatis sungguh ayat-ayat yang aku tulis. Bila nak jadi penulis ni?" Walhal ayat yang aku tulis  cuma ayat picisan. Kau buat aku jatuh jantung. Aku dengan rendah diri mengakui aku belum layak atau tidak layak menjadi penulis. 

Sekali lagi pada jalan seperti ini, aku pujuk hati aku untuk melepaskan kau dengan redha walaupun aku rasa kehilangan. Kita menjadi rapat semula semenjak bulan April tahun ini. Hanya boleh dikira dengan jari kan masa indah tu. Tautan hati yang menguatkan aku saat aku perlukan telinga untuk aku meluah rasa. Kau tahu betapa besar beban yang aku pikul. Besar kisah yang aku galas. Seorang diri dengan Dia. Damailah Nip. Bahagian mu di sini dah pun selesai. Kau mendahului aku yang kempunan hendak bertemu Nip dan kawan-kawan sekolah kita pada 25 Ogos nanti dalam program reunion. Beria-ia kau memujuk aku sehinggakan penginapan aku ditaja oleh kau. Aku mungkin menarik diri dari menyertainya. Aku tak mampu. Biarlah aku pujuk dulu hati aku. Hati aku suam-suam sekarang. Kelak bimbang Haziman perasan aku menangis. Tidak rela yang lama bertaut kembali, risau ada yang merana pula.

Nip,
Terima kasih atas doa mu Nip. InsyaAllah Nip, dia adalah pilihan aku. Aku harap peluang sekali ini adalah penamat kisah yang bertahun aku harungi. Dia masih jauh dari sini. Menghabiskan 'ilmu' yang ditekuni nya. Semoga dia berjaya. Benar kata mu Nip, isi entri aku bergantung kepada persepsi orang yang membacanya. Jika ianya dibaca dengan nada perasan, dah tentu si pembaca akan merasa aku menulis yang berkaitan dengan dirinya. Sedangkan sekelumit pun tidak. Sebalinya jika ianya dibaca dengan nada sinis dan marah, lalu semestinya aku dikatakan sedang bermain dengan emosi. Biarlah Nip. Aku sedikitpun tak kisah. Yang datang nak membaca, bacalah. Yang datang sekadar membaca melalui 'PembacaGoogle' juga baca saja. Tak usah sembunyi-sembunyi.

Aku noktahkan di sini Nip. Aku mahu 'hadiah' kan sesuatu untuk kau. Selamat berehat sahabat. Aku tidak akan pernah melupakan kau. Aku semat kukuh-kukuh ayat kau tulis pada buku biografi aku dulu

Sahabat sejati tidak akan pernah berubah, sekalipun keadaan berubah-ubah.

Selamat tinggal sahabat yang aku cintai. Kau tinggalkan aku dengan kenangan "Aku, Nip dan Aiskrim." InsyaAllah Nip, akan ku jadikan ia sebuah cerpen. Cerpen tentang persahabatan.  Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Al-Fatihah.





SERI:

1) Al Fatihah lagi dan lagi

6 Kawan Seri:

Lee said...

Hi Seri, ini la sedap best......saya suka banana split....but with goreng pisang. Or ice cream durian......
Nice pictures.
kita sekarang da musim panas, ice cram betul laku with murid2.
You have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

SERI said...

Hi uncle.

Saya suka bila uncle mula ber'bahasa'.Uncle, bukan goreng pisang tapi pisang goreng. Aah, di Malaysia juga musim panas berjerebu. Batuk selsema sakit tekak semua menjadi satu.

Thanks.

Ya. Saya sedang simpan satu lagu dalam hati saya.

=)

cimon said...

Moga sahabat kamu ditempatkan d sana dikalangan orang2 yg beriman. Allah sayang dan rindu dia lebeyy sbb tue dia pegi dulu dr kita. (^_^)baca yasin mlm nie ~~

Moga kamu juga segera sembuh.

p/s: jgn lupe makan obat

p/s/s: sedap eskrim tuh(^_~)

SERI said...

Cimon:

Amin. Tidak terkata rasanya saya. Terima kasih Cimon atas ingatan. Dek kerana merasakan aiskrim tersebut mampu dijadikan 'ubat' lah saya makan ia senyap-senyap. Saya menulisna di sini kerana tak seorang pun isi rumah tahu akan blog ni. [atau hanya saya perasan mereka tak tahu kot.]hehe

Murni Alfathunnisa said...

Al-fatihah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Aiskrim malaysia yang last sekali tu memang banyak nostalgia nya. Semua nya I suka..peng'aiskrim' tegar jugak..*hehe..memandai je I merosakkan bahasa..hmm..

And u..take care too..

YUS said...

Al-Fatihah.


Semoga dia tenang disana. Banyak kata-kata yang hndak saya tulis disini. Namun saya tak mampu. Tabah ye sahabat.


T___T

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)