Saat.

|
Cantik kan? Perempuan cantik hidung mancung. Daun.
[gambarpinjamWorldwideCollection]

Saat
ada beberapa bulan lagi
ruang untuk aku bernafas
memikirkan kembali
keputusan yang dipilih
nekad?
Aku harap jawapannya YA.


Saat
baru beberapa minit yang lepas
aku tekan ' Aku Di Sini'
Automatik, hati jadi 'tak tahu nak cakap apa.'
terimbau kembali
ahhh, siapa aku untuk menghukum manusia
katanya dia telah berkahwin.
Mungkinlah benar.
AB: Ahmad Bakhtiar namanya diberi
atau Ahmad Albab juga tiada ku kisah.
Janji, kalau betul dah berkahwin
buatlah cara macam dah kahwin.
Tak perlu mencari 'suami orang lagi'.
Nonsense!
Tak cukup rindu pada suami sendiri?
Kau tahu?
jika ditakdirkan selepas ini
seorang suami 'aku' TIDAK mengizinkan
aku ber'blog', aku akan HENTI.
Tapi aku percaya,
'beliau' sangat sporting.
[ahh, entri ni sure lah 'beliau' tak sporting.]
'Beliau' tahu aku minat menulis.


Saat
baru penghujung malam
aku baca status Arina
"Jangan berubah, hati."
Lalu aku tinggalkan jejak ku
"Hati, jangan berubah."
Hati aku ni, hati manusia. Tahu?
Bukan hati lelaki sahaja nak kena dibaja
salah tu.
Hati perempuan kah, hati lelaki kah
dua-dua kena baja dan siram.
Baja dengan tutur kata yang 'saling menjaga'
kalau dah sengaja tak nak jaga, menjauhlah maknanya.
Siram dengan air ketenangan.
Kaktus, tak boleh siram setiap hari. Ok tak ada kaitan.
Lelaki, kalau dah rasa diri tu kaya [bab tu selalu perempuan pandang, siapa tak setuju?]
bernikahlah dua, tiga.
Seronok? sekejap je kan. Macam atas angin terawang-awang.
Lepas tu, bil rumah sana, bil rumah sini, anak sana anak sini, abang sana, abang sini
Lama-lama jadi botak diusia 50-an. Dah tak hensem
Dapat isteri muda dah mula cari lain
sebab apa? sebab kasih sayang BERSEBAB.
Sebab abang dah kurang wang, kasih pun melayang.
Sebab adik manis dah hilang manis, senyum manja pun jadi sinis.
Sebab kereta BMW dah tukar Kancil, semua benda nampak kecil.
Sebab sukakan sifat lemahlembut, bila kasar sikit mulalah mengungkit di mulut.
Eh, kau suka dia sebab apa ni? [soalan umum]

Saat
aku berbelah bahagi sebenarnya
nak menulis 'Saat' ni atau sesuatu untuk 'sahabat'
Aku tangguh next entri.
Penat seharian ke Shah Alam destinasi.
Last sekali singgah UM. Dating! Meeting ok meeting
Meeting-berjumpa dengan orang
[ni ayat bergurau saja, nanti u baca secara marathon ya]
UM ada buat pertandingan debat alam sekitar sehingga 3 July.
Alangkah jeles.
Ada orang kata dulu debat tu tak bagus
Oh no, siapa kata tak bagus?

TAPI aku nak ingatkan
Jangan suka-suka guna anta anti akhi untuk kepentingan nafsu
aku dah pun menulis tentang ni.
Nanti matlamat tak halal kan cara
Nak buat baik, dalam masa sama jangan pesong niat.
Berubahlah.
Berubah ni mengajak, tak nak terpulanglah.
Dan berubah juga bukan sekadar menulis dan memberi komen
macam nampak baik
tujuan untuk apa?
nak dapatkan 'peminat maya' yang ramai?
Tak apa
sendiri punya badan, sendiri juga punya hati
sendiri juga yang tahu, sendiri juga yang menanggung
PAST IS PAST betul tak?
Jangan ulang lagi
Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Saat
alangkah.
esok ada misi penting lagi.
Penting sokmo deh.
Jangan kecik hati kalau kau baca ni.
"Aku tak marah, tapi nasihat." P.Ramlee kata.

Pinjam kembar punya. Mekasih. Sama-sama katanya.


SERI:

[1]Suka kata-kata Hilal, "Kadangkala dari kepayahan itu terbitnya kekuatan."

[2]Memohon maaf secara terbuka kepada yang pernah disakiti secara sengaja atau tidak sengaja. Hidup dengan takdir masing-masing. Tenang kan sekarang? Aku sangat bersyukur. Daripada 'peristiwa-peristiwa' aku memperbaiki banyak peristiwa baru dalam diri aku. Tidak perlu ramai yang setia, cukuplah seorang, dan memadai bersandar kesetiaan kini hanya Allah perantaranya. Walau pelbagai peristiwa 'kelabu', tetap Dia kurniakan banyak perkara untuk aku. Terima kasih Pencipta dan Pencinta. Kesilapan itu tidak sekali-kali aku ulang lagi. Terima kasih hadirkan 'Pesona' untuk aku. 

[3]Penat yang berbaloi berulang ke Bangi. Bangi oh Bangi, ada beberapa bulan untuk pergi. Chaiiiyokkkk.