Sekali Lagi

|



Kehilangan demi kehilangan
kata orang
'yang patah akan tumbuh
yang hilang berganti-ganti.'
berganti-ganti, aku yang menambah sendiri.
Terima kasih Allah.


Salams.

Yus, selamat hari lahir teman. Semenjak saya bercuti dari Julie Julia, banyak yang saya ketinggalan. Saya sebenarnya ingin berehat dalam erti kata sebenar mahu menghargai peluang bersama Ramadhan kali ini. Mungkin juga ini Ramadhan terakhir bagi saya. Siapa tahu kan? Seeloknya biarlah sekali ini masa kesempatan tersebut dimanfaatkan dengan terisi. Sejujurnya teman, Ramadhan kali ini dilimpahkan Dia dengan kasih sayang dan kesyukuran kepada saya. Biarpun selautan silap dan kekurangan, tetap diberikan peluang sekali lagi. Allah Maha Pemurah dan Pemaaf kan teman. InsyaAllah saya akan kongsikannya. Buat sementara ini, biarlah rahsia dahulu. Bimbang disalah erti takut pula menjadi fitnah.

Oh ya, sebelum saya fly nanti saya akan mengirimkan sesuatu buat kamu. Sekadar sahaja. Harap kamu menerimanya sebelum Syawal ya. Tika itu saya mungkin bercuti panjang, walaupun tidaklah berapa panjang. Memadai untuk berehat dan sebagai 'token' kepada diri sendiri. Penatnya saya selama beberapa bulan ini. Bertungkus lumus mencapai target diri sendiri tanpa mahu meminta-minta kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi dalam situasi kita memerlukan dan diperlukan. Ada perkara yang kita perlu jadikan kos lepas. Semalam saya buka juga Julie Julia tersebut semata-mata bertanyakan kepada kak Izz tentang kamera Panasonic dan Nikon. Saya berniat menggantikan yang hilang. Bukanlah segera, tetapi mungkin juga dalam masa terdekat disebabkan keperluan yang mewajibkan saya memilikinya. Sebelah malamnya saya cek sekejap, ada beberapa mesej di inbox saya tak klik pun. Benar-benar nekad nak berehat. 

Ada yang gagal menjejak saya? Ok klik di sini kalau ketemu. Saya pengabai tegar sebenarnya kepada sesiapa yang nak menambah masuk saya sebagai kawan. Sejujurnya ada ramai yang saya tak terima sebab saya hanya akan menerima yang benar-benar saya kenal. 

Ini facebook kembar saya. Nak add, cari sampai jumpa. Apabila kembali aktif saya tambah masuk anda ya. Tapi awas, saya tidak menerima 'stalker',no longer means what it used to mean--the 
pathological ANONYMOUS follower . 


Berbalik kepada teman saya, Yus. Selamat hari lahir sekali lagi Yus. Setiap tindakan besar selalunya dimulakan dengan tindakan kecil yang penuh makna.  Tidak semua orang mampu menerima setiap tindakan yang kita lakukan. Malah perbuatan baik yang kita lakukan juga belum tentu dapat diterima oleh seorang yang lain. Sama-sama yakin, tidak mustahil seorang yang memandang enteng kepada usaha kita akan tabik dengan komitmen yang kita miliki. Cepat atau lambat, Tuhan pasti membukan ruang.

Selamat Hari Lahir sahabat. Juga Selamat Hari Lahir Adik KitKat dan emak.





SERI:


Sedangkan batu permata memerlukan masa bertahun-tahun lamanya di bawah tekanan yang amat kuat untuk menjadi batu permata yang bagus dan mahal. Begitu juga manusia. Sama-sama belajar dari kesilapan. Past is past.

3 Kawan Seri:

YUS said...

Wa'alaikumussalam wbt,

Saya bertuah! Sangat bertuah kerana saya dihargai.. Seri, jujur saya katakan, saya x punya teman persis kamu! Sejak mula berbalas komen, ber'YM' dan berbalas es em es.. Saya mula cuba untuk kenal diri sendiri. Cuba untuk bersyukur dengan apa yang saya ada.. Saya mula tersedar bahawa setiap kejadian dan ujian itu adalah hanya untuk sedarkan saya dari terus terlena.. Saya dengar dan ikut segala nasihat awak dulu Seri! Dan akhirnya, sikit-sikit mula memberi sinar pada saya!

Ya, sekarang, saya bahagia SERI!! Doakan saya semoga kekal bahagia hingga ke jannah! Dan kalau-kalau ada ujian lagi di kemudian hari, doa kan saya semoga saya cekal dan tabah!

Terima kasih kerana kamu sentiasa buat saya rasa dihargai! Saya sayang kamu!!!

YUS said...

SERI,

"Di dalam kehidupan ini,
jatuh bangun itu biasa.

Maka bila jatuh,
jangan kecewa,
segera berusaha naik semula.

Bila mampu bangun,
jangan diri itu lupa,
yang kita ada kemungkinan untuk jatuh semula.

Memahami perkara ini,
kita akan sentiasa siaga!"


Bukan hasil nukilan saya. Tapi saya salin dan kongsi untuk kamu dari Fb Hilal Asyraf. Cantik. Penuh makna..

Saya doakan, selama percutian itu nanti, kamu dapat segala ganjaran kebaikan dan kebahagian buat kamu! Jauh dimata, tapi kamu dekat dihati.



Nota:

Malam tadi, saya tak dapt komen panjang-panjang. 'Line internet' tak OK! Btw, TERIMA KASIH SERI!!!

cimon said...

Boleyy add ke nie?

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)