Never Ending Love Story kah?

|
DANDELION~You are so close yet you are so far. If u have nothing, then start finding it. When u have it, start sharing it. Thanks my dear, Arina-Jordan.

"Orang muda 'in love', belum tahu ori atau palsu...tapi kalau orang lama 'in love' biasanya 100% original.."

SITUASI 1: Orang muda 'in love'.

Isteri: "Adik berjanji untuk sehidup semati dengan abang."
Suami: "Abang berjanji untuk hidup selama-lamanya dengan adik."
Isteri: "Tak mati-mati?"
Suami: "Mati sekejap saja, lepas itu kita sambung hidup di syurga pula!"


SITUASI 2: Orang lama 'in love'.

Suami vateran 1: "Hai, cantik dan solehahnya gadis-gadis di pejabat kita ni."
Suami vateran 2: "Habis tu, apa lagi. Angkatlah satu."
Suami vateran 1: "Masalahnya, aku tak ada hati pada diaorang tu lah."
Suami vateran 2: "Ke mana pulak kau campak hati kau?"
Suami vateran 1: "Bini aku dah curi daaaa..."
Suami vateran 2: "Ohhhhh begitu. Habis dalam dada kau dah tak ada hati lah ye? "
Suami vateran 1: "Dah tentu ada. Hati bini aku..."

****
Anak muda: "Pelik betul pakcik ni. Isteri pakci kan dah tua masih nak berloving-loving dengan dia macam orang muda."
Pak cik: (Sambil marah-marah) Engkau ni budak lagi. Belum kahwin, apa kau tahu!"


DAPAT tak apa saya dapat? Kisah ni saya dapat daripada hasil jajahan saya ke PBAKL hari tu. Seperti berkesinambungan pulak dengan satu entri yang saya pernah tulis lama dulu. Alangkah indahnya kalau bercinta sampai 'kerepot'. Saya suka ini. Perempuan dan seni. Saya dapat nya daripada akhbar tempatan. Tidak dapat dipastikan sumber yang jelas. Faktor masa yang agak lama. Hobi saya membaca. Dan setiap artikel yang menarik, cepat-cepat saya guntingkan dan simpankan ke dalam sebuah fail.

*Meh baca.

Perempuan berumur 20-an masih banyak yang belum diketahui tentangnya, laksana Benua Gelap Afrika, lelaki mahu ke sana.

Bila masuk 30-an perempuan menjadi eksotik dan mistik seperti India, lelaki tertarik dengan misterinya.

Masuk sahaja 40-an dia elegan dan ada kelas seperti benua Eropah, lelaki tertawan dengan penampilannya.

Waktu umur 50-an pula perempuan menjadi sofistikated dan moden seperti Amerika, lelaki mengaguminya.

Tetapi apabila masuk umur 60-an perempuan menjadi seperti Siberia, semua orang tahu di mana letaknya Siberia tetapi tiada siapa mahu ke sana.

*Apakah?


TERASA lama tidak menulis lagi. Sangat. Bukan tidak ada yang ditulis, tapi tidak sempat dientrikan di muka ini. Ikutkan rasa, setiap hari mahu menukilkan kisah di sini. Kini, terasa waktu hilang sedikit. Entah ke mana. Saya sendiri pun tidak mengerti dan sukar untuk memahami. Kadangkala terasa terasing jauh sekali. Terasa sangat tidak layak untuk menerbitkan sebuah entri yang berjiwa. Allah. Allah. Allah. Izinkan apa yang saya tulis memberi manfaat kepada orang lain. 

Sudah sangat banyak peristiwa yang berlaku. Pahit dan perit saling berganti. Tetapi lebih banyak manisnya. Terasa sangat lapang. Sangat tenang. Saya teringat es-em-es kawan saya, "Banyak mana masalah awak, ceritalah pada sesiapapun, tiada sesiapa mampu membantu awak seratus peratus. Jangan melatah dan bersedih. Berusaha dan panjatkan doa kepada Tuhan yang satu. Hanya dia mampu menolong kita susah dan senang." Lalu saya, bersabar dan menunggu waktu yang sesuai untuk kembali berimpian seperti dahulu. Menulis. Membiarkan waktu berlalu seiring dengan pengalaman. Moga ini mematangkan. Mengharap.

*Tutup cerita*


Cerita buku berpesta....
MENYEMPAT juga ke PBAKL kali ini. Sengaja pergi pada saat penghabisan pesta. Dari rumah sudah di'program' awal-awal mahu ke booth mana dahulu. Yes saya pilih booth Karangkraf( (beli buku + dapat resit lepas itu tukar kepada gift percuma.) Paling tak boleh pergi, saya beli buku Resepi Sushi. Nah. Amik. Selepas itu, saya kira mahu ke booth PTS terlebih dahulu tetapi saya terpandang, (terjumpa lah tu)  booth ITBM dulu. Wah, buah hati pengarang jantung pisang saya. Lalu, bersinggah berlama-lama saya di situ. Belek-belek buku itu, ini, sehinggalah daku 'ter'beli sebuah buku terjemahan yang diberi tajuk The Wife. Happy yang sungguh lah diri. 'Se'sambil itu saya sempat menjengah-jengah melihat ada acara yang melibatkan Prof. Abdullah Hasan dan beberapa orang terkenal. Orang seni lah, begitu. Baru nak berlalu, saya disapa oleh seseorang. Seniman lah kiranya beliau yang dimaksudkan. "Assalammualaikum, kalau tak silap ini Seri kan?, Beliau." bla bla bla....sembang itu ini..lalu saya minta diri. Sempat saya sampaikan salam kepada seseorang yang pernah saya kenal juga di kalangan mereka ini. Hurmmm, cerita lepas. 

*Sayang saya tidak bawa kamera. Apakah di sebalik fiikiran?

Lepas itu saya singgah, (wajib singgah) ke booth PTS. Wow, penuh sesak berasak-asak dengan manusia. Tahniah. Time saya bersinggah, ada Prof Muhaya dan Ustaz Hazrizal dijemput untuk sesi bertemu dengan 'peminat' mereka. Menyaksikan gelagat. Saya membeli buku spesis kebiasaannya saya beli. Buku 'Ciken Sup versi Melayu', dan beberapa buah lagi 'kawan-kawan' yang lain. Alhamdulillah. Kali ini saya tidak membeli novel pun. Kerana saya sudah ada lambakan novel dah sedia beratur, berebut-berut untuk dihadam.

Cukup lah kali ini. Esok berkisah lagi.  Biar saya geledah isi yang belum sempat dientrikan, tulisan nya ada. Semoga Dia beri kekuatan. Chaiiiiyokkkk.

**Tiba-tiba entri dinoktahkan. 





SERI:

Terkadang fitnah itu tidak tersangka oleh sang kita. Harap bahagia yang dikelek seusia ini tidak dinodai derita katanya yang melingkari sahabat. 


9 Kawan Seri:

Lee said...

Hi Seri, Holy Smoke! Where have you been? Banyak ayer da masuk laut dari sungei since last had you dropped by my pondok.
Yes, I do remember you, and I am very thrilled you still remember me. Terima kaseh.

This very interesting blog, but as you tau la my bahasa da out of tune, if I reply in bahasa takut silap, get mistaken nak mintak tangan kawain, itu la lecheh sikit, kan? Ha ha ha, just joke joke, ya.

Incidentally, your pic of dandelions, I posted some pics about dandelions 3 postings back, titled, 'One lucky lady'. The dandelions pics taken from where I live.
You have a nice day, and love your profile pic.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

SERI said...

Hi again n again uncle Lee,

Was too busy with 'work' life....the observations.

Now, am quite busy with my business(just small).Haha. Need to start looking for extra money! I nak beli BMW. Fuyoohh.Pray for me, okay?

So, here I am.

I am going to attack your 'pondok' for sure. Jaga-jaga. Hehe just joke.

Oh ya, about my DANDELION, What do you think? Gambar itu hadiah daripada seorang adik yang belajar di Jordon. I really love it.


And, I nak minta your permission untuk guna your dandelions. Sangat cantik. Ok, tak apa silap sikit-sikit in 'bahasa'. Mari berbahasa Melayu.

Thanks uncle.

Murni Alfathunnisa said...

Salam sis..

itulah..where have u been..lama sangat menyepi nya. ingatkan dah tak nak menulis lagi..rajuk apa kah?

i totally agree with your fren saying...sebanyak mana pun yang kita luahkan di alam maya ni...hanya doa yang kita panjatkan pada Dia saja yang boleh membantu..insyaallah.

SERI said...

Wslm sis,

BUKAN merajuk kak. Banyak sangat urusan hidup perlu difokus. Disebabkan 'minat' saya ada di sini semula.


psttt, boleh belajar masak nanti ye sis.

cimon said...

Kembali seriess menulis...tabah kembali membina impian...like2.

Hehehe (^v^)

p/s: never ending love story usually associated with happily ever after right? (^_~)v

SERI said...

Salams Cimon.

Awak dah tukar tempat kerja ke?

InsyaAllah, ada masa lapang, stress2, menconteng je lah kerja.

jumpa lagi

YUS said...

sampai sekarang.. saya suka baca 'tulisan' seri......

SERI said...

Yus:

Mekasih. =)

cimon said...

Waalaikumsalam.

Sy msh mencari keje baharu... yg boleyy beri kelapangan utk hati.

Takpe... msh bersabar lg.

Hik3 (^_^)

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)