Smile Yang Sukar Dipeta.

|
Salams.

ANGIN sangat kuat pagi ini. Hujan tak henti-henti turun. Walaupun tidak lebat, tetapi lama. Pada mulanya terilham untuk menulis 'puisi' panjang tentang ini. Tetapi hati di dalam sana sungguh-sungguh membantah keras hasrat diri. Kenangan. Memang semuanya kenangan. Segala yang sudah berlaku itu berlalu dalam imbasan hidup, segala penderitaan, dan kemudiannya diiringi segala kebahagiaan. Aturan Dia. Segalanya tidak datang tanpa suatu makna dalam kehidupan seseorang. Diri aku, terutamanya.

Selalu aku sematkan, gam kukuh-kukuh dalam prinsip diri sendiri.

Usah memulakan cerita yang boleh membuka aib seseorang. Diam lah. Dan simpan cerita untuk diri sendiri sahaja. Jika diperlukan untuk bersuara, bersuaralah bersungguh-sunguh. Antara bersuara yang mengundang calar balar dan diam yang selesa, lebih baik diam.
SEGALANYA gelisah dalam nafas penuh gusar. Bahagia yang diharap masih bukan ceritera. Kemelut di singgahsana rasa. Rasa berdosa. Rasa takut kebaikan hanya sia-sia. Allah. Allah. Allah. Aku tahu Dia ada, dalam jerih perih yang aku lalui. Meski angin tajam menyerbu dari penjuru rahsia. Tetap jua diputuskan sebagai kisah yang jauh tak terhidu. Sendiri menyimpan. Sendiri juga merasa. Berkongsi dengan Dia. Aku sedar, tangan yang menari di atas papan kekunci ini dimiliki oleh sekeping hati . Hati insan yang tak terselam jati diri. Ahhhh, kembara ini. Alhamdulillah. Syukur akhirnya aku kembali lagi meniti pelangi indah. Paling aku rindukan, yang telah sempat aku hadir setelah sekian lamanya ku tnggalkan; usrah. Katanya, "Seri, tidak ada resah penentu, langit dan mentari sedia membantu." Aku akui itu tanpa wasangka.

Di sini aku paksa rasa itu mengakar lagi. Di mana tercari semua makna, pilih yang berfaedah dan sia-sia? Bagaimana beban rasa dihurai dan dinilai dalam syahdu diri? Tempat bertaya siapa yang unggul, dan apakah jawapan yang betul, di mana cinta harus diikat sebagai pelabuhan? Dalam soal ini, kekalahan dan kemenangan tak berpiala. Aku sudah menemukan sauh yang kukuh. Setelah ditimbang disukat, ditakar, diambil, dibuang, didiamkan, dipisahkan, akhirnya aku memilih untuk dipilih. Aku sudah punya pilihan. Pasti.


**Smile**Bersenyumlah kata seorang kawan.


Si Manis ini. Dan sebenarnya adalah bersempena. Terima kasih kak Izz.

Dia setelah peristiwa itu, setiap kali berjumpa buat aku jadi benar-benar ingin kembali. Semoga apa yang dicintai malam yang mesra, dan yang didengar semua bisikan ke jalan yang benar, dan semoga di atas kebenaran ia mematangkan.

Allah.

Allah.

Allah... tuntuni hati aku.






SERI:

1)Hidup kita, hak kita. Facebook juga hak dan pilihan kita. Nak letak gambar ke, nak berkawan dengan sesiapa jua hak kita. Bekalan akal yang diberikan sudah cukup untuk kita mengawasi gerak geri kita sendiri. ASALKAN terbatas dan membataskan diri. Bukan kerana aku gf mu sesuka hati lah nak suruh itu, ini. Oh tidak. Dewasalah. (Ini adalah ayat bersifat umum)

(Alhamdulillah, sangat dirasa ketenangan kerana aku tidak pernah merasa kehilangan pun. Aku highlight kan, itulah pengajaran.)

2)Yang diharapkan panas sampailah ke petang, rupanya hujan di tengahari. Yang diharapkan kasih yang berlandaskan syariat, rupanya...lu fikir lah sendiri. Tidak rugi melepaskan. Kita ini bukanlah kanak-kanak ribena lagi nak disogok dengah helah-helah palsu konon nya 'nak bunuh diri lah', 'nak jadi teruk lah', 'tak ada mood nak solat lah'. Bila difikir kembali, alangkah ruginya pertemuan. Budak umur 18 tahun boleh lah, itupun tak ramai yang ada perilaku begini. Semua tu merepek dan buang masa. Berperibadilah.


5 Kawan Seri:

YUS said...

.. cozy ..

Murni Alfathunnisa said...

sangat dalam maksud entry ni...2 para terakhir dapat difahami..

SERI said...

Yus:

~smile~



Kak Siti:

~Bersenyum lagi.~

cimon said...

Ye ke... Bagus lah.

Smile cupcake tu nampak mcm sedap jek... warna mcm perisa vanilla, tp intinya coklat kah? *berminat dan ingin tahu*

(^_^)

p/s: hidup ini milikNya kan? (^_~)

SERI said...

Cimon:

Smile cupcake tu nampak mcm sedap jek... warna mcm perisa vanilla, tp intinya coklat kah? *berminat dan ingin tahu*

Eh, soalan awak ni dah doterima tepat sebagai jawapan. Cemana awak tahu eh?

*berminat ingin tahu*.

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)