Kenangan Semuanya Itu.

|




Katanya;

"Waktu  ialah misteri Ilahi. "

Dan waktu jualah yang memisahkan kita menjadi kenangan,



Terkenang dalam diam.

Kenang

Dikenang

Mengenang

Terkenang

Kenangan semuanya itu.



Katanya lagi;

"Dan waktu jua lah telah mempertemukan kita semua dengan kenangan itu."

Hampir melupakan semua yang lalu.

Secara tiba-tiba carik kenangan itu muncul.



Bertamu dalam ingatan.

Ingat

Diingat

Mengingat

Teringat

Kenangan semuanya itu.



Katanya dengan jemari ligat meneroka;

"Lalu dibawa pemilik hati kepada kisah semalam menerkam semula kotak pemikiran."

Aduhai.

Inilah yang dinamakan 'cerita kehidupan'

Mana mungkin mahu dipadam yang lepas.





Melepaskan dengan rela hati.

Lepas

Dilepas

Melepas

Terlepas

Kenangan semuanya itu.





Omputih kata; tak tahulah nama dia siapa. Jangan tanya saya. Sah-sahlah saya akan bagi nama seperti Shania Twain ke. Ahh, dia itu penyanyi. Saya pun tahu, awak, kau, you pun tahu kan kan kan. 




"Trust
the one who can see these 3 things in you: Sorrow behind your Smile, Love
behind your Anger and Reason behind your Silence."
 
~Anon.

Blurr seketika. 

Bilik kawan saya nun di sebelah sana masih kedengaran bunyi jemari orang menekan-nekan keyboard komputer riba. Ya, saya terperasan rumahnya telah aktif semula. Its ok. 'Rumah' dia, hak dia. 'Rumah' saya, hak saya. Bersempadankan sepatah perkataan keramat; aman. Peace No War kata omputih sekali lagi. Tutup cerita bilik sebelah. Tak ada relevan dengan ini cerita.

Tunduk. Lama juga. Berkerut dahi memikir.

*Kenangan.* 

Ya, saya baru ketemu inti cerita asal usul kejadian saya menulis kali ini. Saya memutuskan untuk beransur ke belakang. Seperti biasa, bahasa pilihan saya masih berwarna kelabu. Hitam tidak, putih pun tidak. Tengah-tengah? Pun tidaklah juga. 

Saya sudah jenuh bertarung tenaga bersilat kata kalau gelanggang tarungnya itu bukan saya penganjurnya. TAPI, usah dan tidak perlu dibisikkan ke telinga saya, tak perlu tak payahlah. Saya punya kudrat sendiri saya punya hemah sendiri yang didatangkan oleh Dia yang sentiasa dekat walau kita menjauh. Bukanlah maksudnya kenangan itu perlu memangkah undi. Undian untuk siapa? Tolong. Tolong jangan eksploitasi 'cerita kehidupan dan kenangan' seorang yang lain. 

Awak, kamu, kau, tahu kah?

Bagaimana perasaan yang satu itu. Perasaan apabila kita mahu menyatakan sesuatu , tetapi kita tidak jumpa perkataan yang mahu dijadikan ayat yang serasi untuk dilafazkan. Akhirnya dipendam, diam-diam, lama-lama, jauh-jauh. Simpan sampai mati.

Lalu kenangan itu ditutup. 





Saya:




Jika kamu berharga bagi seseorang, tidak ada alasan untuknya mencari yang lebih baik dari kamu. Adakah saya betul?