Kita Belajar Dan Diajar.

|

Tidak usah kami diberi kata,
dipakai kata akan luntur.

Tidak usah kami diberi nasi,
dimakan nasi akan habis.

Berilah kami hati yang suci, muka yang jernih,
baik budi dibawa mati.

~Hamka~


Baca dan renung

 Antara perkara yang membahagiakan hati ialah berkongsi dan memberi.
Sekiranya sudah berkongsi dan memberi,
dan hati belum berasa bahagia,
renung-renungkan;
adakah kita memilih-milih..
orang yang ingin kita kongsi dan beri?


Jawapannya...
Tanya sama hati.

Ya
mungkin juga kita memilih-milih hal yang ingin dikongsikan

Jawapannya..
Tanya sama perasaan.

Ikhlas atau tak ikhlas atau ikhlas bersyarat...
Jawapannya..
hanya selepas kita memberi.



Noktah.



















Saya:

Sangat "like" bait-bait di bawah ini. Ya. Saya tahu ini lagu.

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak