Lembaran Yang Bertuliskan Senyuman.
~Decoupage. Suka~ Saya nak lagi Labu Sayong ni dari size besarrrrr sampai size kecilllll. Nak 'decoupage' lagi ramai-ramai, susun atas rak. I loike!
Pada akhirnya
sebuah nilai itu adalah
dalam melakukan yang terbaik...
tidak peduli di mana tempatnya
dan bagaimana keadaannya.
Ingat.
Jika bukan kerana kesalahan yang dilakukan
maka tentulah kebenaran takkan diagungkan.
Jika bukan kerana airmata yang dibazirkan
sudah tentu masih bersisa kebencian di dalam hati.
Barangkali tidak dapat dibersihkan.
Betapapun duka dan 'kemalangan'
Adalah pelajaran tentang 'kasih sayang'
dan 'PERSAMAAN'.
Ingat lagi.
Yang terjadi itu adalah 'tragedi'
Sebenarnya, perbezaan dunia nyata dan dunia maya jauh sekali.
Itupun jika diperhatikan dengan cermat.
Kadang orang menjadikan dunia maya
sebagai pelarian dari dunia nyata.
Yang dianggap 'enteng' sahaja
rupanya sudah terjebak dengan masalah baru.
sebab...
semua pelakunya adalah
manusia yang punya HATI
Setelah lama diam dan memerhati
'aku punya konklusi sendiri'
sudah menjadi hukum alam
kejujuran tidak pernah merugikan.
Ibarat 'pasu Sayong' pemberian seseorang.
Dahulunya kurang menyerlah
hitam pekat warnanya
Kemudian,
dicantikkan oleh 'tangan' yang seni.
Tiba-tiba,
pecah secara tidak sengaja.
Terlanggar barangkali.
Lalu cuba dicantumkan semula retaknya.
Diwarnakan menjadi putih, di'deko'kan.,
Cantik!
Tapi, pada peluang kedua
silalah akur apabila namanya
'retak menanti belah'
aturan Tuhan kadang memang tidak selari dengan perancangan kita.
Nah!
Akhirnya
ke 'tong sampah' juga dirimu dicampakkan.
Ada faham? Oh hati kamu faham.
jangan nafikan.
Saya:
Selama kebencian masih menyelimuti diri, kau tidak akan sembuh dari luka masa lalu. Beban berat yang melukai itu, sesungguhnya berasal dari dirimu sendiri. Memang tidak mudah, tapi kita dilahirkan di dunia ini untuk belajar dari setiap luka mahupun suka yang ada.