Wahai hati,
bila engkau memandang segalanya dari Dia,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menyebabkan sakitnya hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
pasti damailah hatimu kerana merasakan
Dia sengaja mentadbir segalanya
tidak sia-sia.
Bukannya Dia tidak tahu deritanya hidupmu,
pecahnya hatimu,
mungkin itulah yang Dia mahu,
kerana Dia tahu,
hati yang sebegini lebih lunak
dan lebih mudah dekat dengan Nya.