Hanya Suka-suka. Bukan Benar-benar Suka.

|

Siapa tahu tangga ini di mana lokasinya? Teka.



Kawan,
Baca ini. Saya kongsikan dengan kamu. Walaupun hati kamu menafikan, tapi saya tahu kamu fikirkannya. Baca baik-baik ya. 

Diceritakan di Negara China zaman dahulu kala, ada seorang apek yang begitu mengagumi naga. Lukisan, perbualan dan tindakannya dibayangi oleh rasa kagumnya apek itu terhadap naga. Apek itu benar-benar mahu bertemu dengan yang bernama naga. Melihat rupanya yang gagah, kulitnya yang keras dan nafas naga yang kononnya berapi. Entah macam mana, suatu hari apek itu berdiri di tingkap. Tiba-tiba naga yang dipuja-pujanya selama ini muncul. Rupa dan pegerakan naga itu rupanya sungguh dahsyat daripada yang dibayangkan. Melihat semua itu si apek itu terkejut dan jatuh pengsan.



Kenapa kawan?

Setelah sedar, apek itu mengeluh ketakutan dan penuh kekecewaan. Rupanya bertemu sang naga sungguh menggerunkan. Tidak seperti memujanya dari jauh.


Moralnya kawan,

Jangan terlalu memuji dan mengeji seseorang. Jangan tertipu dengan kecantikan, ke'hensem'an dan kemahsyuran. Lihat sahaja selebriti Barat (ah, Malaysia juga serupa pun) yang punya jutaan peminat, kadangkala anak sendiri pun tidak suka mendekat, keluarga sendiri pun menjauh. Manusia hanya suka-suka, bukan benar-benar suka.

Kawan. Masih berkawankah kita ye? Terserah.

Kamu yakin dia itu benar-benar sukakan kamu? Ketika mabuk asmaradana, akal waras ternyata bagai terapung meniti awan gemawan. Pernah baca Ustaz Hasrizal menulis tentang 'Sepinggan Dosa Berulam Pahala?'. Saya bold kan ayat ini untuk kamu selami, untuk saya jadikan panduan.

Tahukah kamu bahawa rumahtangga yang dibina di atas tapak maksiat kelak akan dihukum oleh Allah dengan krisis yang tak kunjung padam? Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran akan dihukum Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu? 

Benarkah dia itu sayangkan kamu? Benarkah kamu benar sayangi dia? Kalau benar sayang, kenapa sanggup 'suci' itu digadai, tergadai? Bukan dengan dia sahaja, tapi juga dia dan dia dan dia lagi seorang. Fikir sedalamnya. Umur bukan semakin muda. Pulang sebelum lebih jauh tersasar. Cukuplah 'suci yang sudah tidak suci itu dijaja bagai tiada nilaian.' Masanya belum terlambat. Sejujurnya kawan, saya sangat-sangat-sangat takut membaca tulisan di atas ini. Bukan untuk kamu sahaja, saya juga. Bukan hanya untuk saya sahaja, untuk lelaki-lelaki juga. 


Permisi.







Saya:




Bila namanya sangkar, walau buatannya emas permata, tetap menyeksakan.