Maraming Salamat Allah.

|

Maafkan saya
maafkan saya kerana tidak mahu berterus terang.
Saya memang punya alasan untuk berahsia.
Soal alasan saya kukuh atau tidak, perkara kedua.
Tapi kedua atau kesebelas jua 
kamu kisahkan apa?

   


Saya mendapat perhatian yang terbaik
dari mereka yang terpilih di sini.
Tidak usahlah dirisau risau kan.
Gembira dan bersyukur.
Semoga saling memaafi.
Usah dibalasi caci dengan maki.
Kelak tiada bezanya pula kamu itu dengan saya.
Kan kan kan...
Betul tak? 
Angguk kepala tanda setuju.




Di hujung perjalanan ini,
pengakhiran yang begini
ibarat pengakhiran
dalam kisah-kisah sastera yang klise.
Cuma ianya tidak dipersembahkan
dalam bentuk novel.
Tidak sekali-kali mahu dibuat skrip
penghias filem mahupun drama picisan.


Saya bukan penulis, apalagi sasterawan.
Saya cuma penulis untuk diri saya sendiri.
Juga untuk orang lain jika bermanfaat.
Surat-surat dalam 'Cerita Kehidupan'.
Hanya kisah seorang watak
yang mahu mencari kebenaran sejarah.
Sejarah hati yang bernyawa.
Tidaklah pula berlawanan sifatnya.
Sentiasa ingat dan ingat kata-kata ini:
"Lebih baik berwajah kurang menawan, daripada punya laku yang buruk."
Ada bezanya kata pepatah,
"Nasi sudah menjadi bubur."
Usah disesalkan lagi,
Bukankah bubur itu masih boleh dimakan?
Asal jangan sampai menjadi basi.
Jangan sampai diiktiraf sebagai sampah.
Itu sungguh tak sihat.



Yang manis terasa kini
apabila kita sama-sama sedar
sama-sama kembali
Saat demi saat terasa amat istimewa 
saat demi saat merasa tenang dan yakin
saat demi saat semakin rasa terisi
bukanlah diisi dengan cinta manusia
kalau ada pun, itu dinamakan anugerah.
Tapi kita telah diajar oleh sejarah
"Jangan dekati hak milik orang,
kelak yang bernilai terbang
bersama kasih sayang yang melayang."



Cukuplah pada DIA jiwa disandar
saat demi saat semakin percaya
bahawa DIA ada di situ
mendengar keluh kesah
jerih perih tanggugan hati.
Yakin dan percaya.
DIA sentiasa dekat walau kita menjauh
DIA sentiasa ingat walau kita melupakan
Hanya DIA tempat mengadu dan meluah.

Maraming salamat Allah.