Belajar Tundukan Kepala Walaupun Kamu Tinggi.
~Tulang ikan di atas selipar. Selipar siapakah?~
Hey Kamu.
Sesuatu yang harus kita perhalusi adalah,
tanpa berpijak di atas bumi,
kita tidak akan tahu setinggi mana langit itu.
tanpa ada orang miskin,
kita tidak tahu akan adanya orang kaya.
dan tanpa adanya semut,
kita tidak akan dapat menilai betapa besarnya seekor gajah.
kenapa begitu ya?
Kerana kita belajar dari bawah
supaya kita dapat menikmati ketinggian
tanpa mendongakkan kepala.
Melihat apa yang ada di bawah,
akan mengingatkan kita,
bahawa siapapun kita 'di sini',
kita tetap seorang hamba di sisi Nya.
Tak usah suburkan sifat riak...
mari tundukkan kepala.
Saya:
1) Bagaimana perasaan korang semua ye, apabila setiap kali kalau melalui tempat-tempat yang mempunyai security guard, mereka akan bangun memberi hormat dengan mengangkat tangan dan menundukkan wajah tanda menghormati korang. Sedangkan korang sedar korang itu bukan siapa-siapa untuk dihormati sedemikian rupa. (Hormat dan takut? Hormat dan sayang?) Malaysia~nak pilihan dan raya. Timbul pelbagai isu yang kadang tak masuk akal.
***Sambung baca Mingguan Wanita...