Single But Not Available.

|
(Sekali lagi, gambar tersebut bukan gambar tangan kamu, Cinderellas pun bukan.)



You Said: 
A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences.




Bila dirasa cinta itu suci,
salahkah ia mencari cinta insani,
lumrah manusia memang tidak boleh lari,
kerana kita dijadikan perempuan dan juga lelaki.

Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.

Dikala pencarian, ditemui suatu hikmah.
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
dibezakan dan diberi rahmah,
kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah.

Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
yang diharap dapatlah ia terus berada pada jalan yang diamanah.



Terima kasih, kawan.







Salams.

Single but not available. Huishhh. Bukan main lagi tajuknya. Dah tentu ada yang tersalah anggap kan kan kan. Saya membaca buku Why Men Can Do One Thing At a Time And Women Never Stop Talking hasil tulisan penulis Allan dan Barbara Pease. Dalam buku ini tertulis; "mata lelaki 10 kali ganda cerewet daripada perempuan dalam soal penampilan diri. Oleh itu perempuan yang sentiasa mengabaikan soal penampilan dan kebersihan diri, jangan hairan jika seorang suami mula berubah hati." Kamu setuju atau tidak? Bagi saya secara frankly speaking nya lah, bukan wanita sahaja yang harus menjaga penampilan dan kebersihan, lelaki juga sama. Siapa sanggup tinggal dengan seorang lelaki yang pengotor? Ini sekadar contoh. 

Diulangi, sekadar contoh yang sangat mudah yang sering kali kita terlepas pandang. Sebenarnya saya mahu kongsikan yang  di bawah ini. Baca ya. Membaca bukankah menambah ilmu?

(1)
Sebuah perkahwinan yang hebat bukanlah apabila pasangan yang sempurna bertemu bersama. Ia adalah apabila pasangan yang tidak sempurna belajar menikmati perbezaan mereka. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai hanya satu atau dua persamaan yang mendalam.

(2)
Dilihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna dan menyempurnakan bukan dijadikan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami. Mencari bersama keserasian dalam perbezaan yang wujud, diharapkan kesetiaan dan kejujuran melimpahi sepanjang cerita kehidupan.

(3)
Allah menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita. Apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan untuk saling melengkapi dan menyempurnakan. Ibarat kata, "aku tidak sempurna, tetapi kehadiran kamu telah menyempurnakan aku."


Ok. Dah habis.