Perempuan: Usah Jadi Lalang Dan Tujuh Biru Itu

|
~Lalang, tumbuhnya melata. Tidak jauh dari tepi laut berhampiran rumah my nanny ma.~



Some people will always remember God only when they are afflicted with pain, suffering and misfortune. But God be forgotten when we get the pleasure of life. But, if only because of testing, hardship and misfortune, we returned to the remembrance of God, be thankful because God still loves us.

Thanks buat seorang kawan.







Salams.







(1)

Kamu kata,

"Belum pernah ada lelaki yang sayang aku sebaik dia."

Lelaki yang bijak bermain kata-kata

tentulah boleh menjadi super duper baik.

Dia melakukan semua perkara dengan teratur

supaya kamu tidak mengesyakinya.

Jadi kamu harus katakan pada diri kamu itu,

kebaikan yang dilakukan bukanlah untuk kamu

tetapi untuk kepentingan diri dia semata.

Pegang pada prinsip:

"Aku layak untuk disayangi. Pasti ada lelaki lain yang sayang aku lebih dari dia."



(2)

Kamu kata,

"Dia pasti boleh berubah menjadi lebih baik."

Jangan pernah bermimpi kamu itu boleh mengubah seseorang.

Apatah lagi jelas nyata dia itu seorang playboy.

Setiap orang harus berubah kerana diri sendiri

bukan sebab orang lain.

Memang bohong jika dia itu kata hanya kamu yang mampu mengubahnya.

Try lah lihat, kesannya kekal atau tidak.

Pegang pada prinsip:

"Aku tidak akan betah membuang waktu hanya untuk menunggu dia itu berubah. Waktu aku terlalu berharga untuk menunggunya."



(3)

Kamu kata,

"Aku masih bahagia sekarang."

Dia masih baik mungkin saat ini sahaja.

Pernah kamu kira perasaan orang yang sebelumnya?

Pernah kamu cuba letakkan kamu di tempat si dia itu?

Pernah kamu bayangkan?

Pegang pada prinsip:

"Suatu masa nanti dia pasti akan menyakiti aku, mem'dua'kan aku, curang pada aku, memilih yang lebih muda dari aku sepertimana yang dia lakukan kepada orang sebelum ini."




(4)

Kamu kata,

"Di masa akan datang kamu pasti tidak akan menemui lelaki sesempurna dia."

Kamu rasa dia punya segala-galanya.

Punya 'rupa', duit yang banyak, kerja yang baik.

Namun pernahkah kamu selidiki, perhalusi, fikir

di sebalik semua itu ada hutang yang bertimbun?

Siapa tahu?

Walau apa pun yang sudah berlaku

kamu juga cukup sempurna

untuk miliki seorang lelaki sempurna.

Pegang pada prinsip:

"Aku yakin akan mendapat lelaki yang lebih baik dari dia itu."




(5)

Kata kamu,

"Semua orang perlu diberi peluang kali kedua."

Betul!. Namun kamu harus fikirkan dan sayangi diri kamu.

Mengapa harus mengorban dan menjerat diri?

Bercinta bukan penjara.

Mungkin boleh beri peluang kedua

cuma sebagai kawan bukan menjalin hubungan istimewa.

Atau sebaiknya lenyapkan sahaja dia itu bersama bayang.

Pegang pada prinsip:

"Dia boleh mendapat peluang kedua tetapi bukan dengan aku."



(6)

Kamu kata,

"Semua orang punya kekurangan begitu juga dengan dia."

Kalimat ini sering memerangkap kamu.

Tidak perlu menerima kekurangan dia itu jika ianya merugikan kamu.

Pokok pangkalnya jangan menyusahkan diri sendiri.

Pegang pada prinsip:

"Kalau kekurangan itu hanya menyakitkan aku, lebih baik berpisah sahaja."



(7)

Kamu kata,

"Kami telah berkongsi banyak hal bersama-sama, sayang andainya hubungan ini berakhir begitu sahaja."

Anggap sahaja setiap apa yang dikongsikan

adalah hadiah buat dia.

Hadiah seharusnya diberikan dengan ikhlas.

Jangan takut merasa rugi jika putus dengan dia

kerana kerugian itu biasa memudaratkan diri kamu sendiri.

Pegang pada prinsip:

"Pengorbanan aku untuk dia cukuplah sampai di sini. Tambah pula, aku masih muda. Hidup aku lebih indah untuk aku jalani."











Saya:

Membaca 'tujuh' tersebut BUKAN ditujukan kepada sesiapa pun. Hanya untuk dikongsikan, bersama fikirkan. Intipatinya lebih menjurus kepada pasangan yang bercinta. Tidak kira anak dara bercinta dengan lelaki bujang kah, lelaki bujang bercinta dengan bakal janda berhias kah, anak dara bercinta dengan suami orang kah, isteri orang bercinta dengan suami orang kah, atau yang sewaktu dengannya. TETAPI, seandainya punya tempias dengan kehidupan semasa kamu, maafkan saya kerana ianya hanya satu KEBETULAN. Diulangi, KEBETULAN.