Sejarah Usah Diulang, Teladanilah.

|
~Empangan Batu, Selayang menjelang senja.~

"Simpan sahaja cerita tentang sesiapa..sesiapa dan sesiapa...aku tidak pernah membanding dan bertanding." Masihkah kau ingatinya?  Simpankan sahaja, padamkan sahaja. Delete dan masuk ke dalam tong sampah ok.








Sejarah bukan untuk dikenang

tetapi untuk dipelajari

dan dijadikan teladan

dalam menghadapi masa depan

menjalani 'Cerita Kehidupan"



"Orang yang lupa sejarah, tidak belajar daripada sejarah, akan dikutuk apabila mengulangi kesilapan lalu."



kerana

pada kebarangkalian itu

"sejarah mungkin akan berulang."

Walau lembar tahun akan bertukar.



Semua ilmu dipanjangkan dari sejarah dan tamadun

pengetahuan rupanya asas

ditinggalkan orang berkurun.

Sebab itu di universiti dulu kita pelajari TITAS 1 dan 11.



Tarikh atau tawarikh menjadi pengukur bangun dan jatuh

bahasa dan tulisan punya keanehan mengekal budaya bangsa.



Sejarah adalah pokok yang berbenih,

punya batang,

punya dahan,

punya ranting,

punya daun,

punya bunga,

punya buah.

Terus membenih zaman.



Paling penting,



Sejarah adalah pandang belakang menilai iman, amalan dan ihsan

menggapai taqwa;

hamba yang patut sentiasa mendampingi Tuhan.







"Salam lembar 'Cerita Kehidupan' pada bilah angka yang baharu ye kawan-kawan." Yang dah berlaku biarkan terus berlalu. Mari mulakan kehidupan yang memberi erti pada diri dan orang lain. Bercadang inilah entri terakhir untuk tahun ini. Mohon maaf selama wujudnya 'SERI' ada mengguris naluri halus sesiapa jua. Selamat ye semua.


Sekali lagi, terima kasih kawan.











Saya:

Sejarah mengajar saya dua perkara ini:

(1) Jangan buka aib orang lain. Kelak aib kita akan terbuka lebih banyak dari yang disangka. Bukankah kata tertulis; barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Kadang kita yang sering terlepas pandang, hidup di dunia hanya sementara. DIA dah bayar secara cash pun tapi kesedaran dalam hati seperti 'suam-suam kuku' sahaja.

(2) Doa orang teraniaya itu didengari DIA. Baca iniBerhati-hatilah terhadap doa orang yang teraniaya. Diantara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Sumpah, cacian dan kata-katanya adalah doa yang didengar Allah. Allah berfirman dalam hadits qudsi: "Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat." Dan maknai ini dalam diriRasulullah berpesan: "Tolonglah saudaramu yang menganiaya dan saudaramu yang teraniaya." Menolong orang yang menganiaya iaitu dengan mencegahnya dari berbuat aniaya.