Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati.
Gambar semasa menuju ke Morib yang berpantai, Banting.
"Big people monopolize the listening, small people monopolize the talking."
Baca ini.
Salah satu sifat orang bertaqwa adalah memaafkan.
Erti sebenarnya adalah memaafkan sebuah KESALAHAN bagi yang melakukannya,
yang biasanya TIDAK layak menerima kemaafan.
Itulah kekuatan orang bertaqwa,
iman dan hati mereka mampu songsang arus nafsu
lalu memaafkan...
walau AKAL kelihatan tidak mengizinkan.
**Semoga 'aku' termasuk dalam golongan ini. Tiada dendam jauh sekali hasad.
Terima kasih.
Silalah klik 'hijau' di bawah ini untuk 'makanan' masa lapar dan kenyang.
Saya:
Suka ini. Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita. Mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki. Mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya hingga keliru antara indah hakiki dan palsu.
Bersambung kata-kata kuning berbahasa Inggeris tersebut di atas itu dengan ini..."berkata-kata yang baik atau diam. Itu lebih baik. Syhhhhhh! Diamlah.