Ada aku kisah?
Bungaku Bakawali
Kredit: Gambar Mr.Google semata-mata.
Sungguhlah, saya sangat jatuh hati.
Kata orang: [1]
Mengikut cerita tok moyang dahulu kala. Pada suatu hari...jeng jeng jeng...Bakawali ni bunga berpenunggu. Diceritakan lagi bahawa ianya hanya akan berkembang mekar dengan haruman tepat jam 12 malam. Malam Jumaat yang penuh barakah juga pilihannya. Mengikut hikayatnya, semasa bunga tersebut hendak berkembang mekar, peganglah bunga tersebut dan bercakaplah lebih kurang begini 'oh Bakawali, kau jangan berkembang ya.' 'Baiklah, aku menguncup aje.' kata Bakawali. Berani tak? Sesungunya dialog tersebut adalah ciptaan saya semata-mata. Sambung lagi, dekatkan kudup bunga itu ke telinga nanti akan ada bisikan kedengaran. Bisikan tangisan minta dilepaskan. Erk, apakah?Macam misteri pula.
Ada aku kisah?
Ada aku kisah?
Kata saintifik: [2]
Bunga Bakawali juga dikenali sebagai Epiphyllum Anguliger. Selamat juga bukan Angelina Jolie. Juga ada nickname lain seperti kita cipta nama-nama untuk akaun mukabuku tu juga. Ric Rac Castus, wah kategori bunga kegemaran saya. Ada satu lagi nama ni, Moon Cactus. Hurmmmm sangat membeli jiwa. Ada satu lagi yang sangat special edition ni, Queen Of The Night. Alangkah bukan kepalang lagi nama diberi. Oh ya, kata sumber-sumber lagi, pokok Buah Naga juga ahli keturunan Bakawali ni.
Kata Orang Cina: [3]
Bakawali ni 'pokok rezeki' apabila berbunga. Amalan kebiasaan mereka menanamnya di tempat berniaga. Kasi Ongggggg sikit. Ditambah dengan riben merah terikat indah pada setiap dahannya pula. Mengikut kepercayaan mereka lagi, sekiranya Bakawali ini mati atau layu bermakna si pemiliknya akan mendapat musibah. Pantang masyarakat Cina, perempuan yang 'datang bulan' tidak boleh mendekati bunga Bakawali ni. Aduhai. Bunga punya pasal sahaja timbul pelbagai versi cerita. Seni namanya.
Kata Orang Brunei: [4]
Maaf ye Bruneians. Saya terbaca petua. Ditulis bahawa orang Brunei menjadikan bunga Bakawali sebagai ubat selusuh. Apa itu selusuh? Mr. Google ada jawapannya.
Kata Elly Mazlin: [5]
Bakawali diibaratkan sebagai seorang perempuan yang sangat setia dengan cintanya. Wah wah wah kalah sudah carta Dandelion. Dek kerana Bakawali saya terjebak dengan lagu Bunga Bakawali. Dengar sekadar nak tahu kenapa penulis lirik menjadikan bunga ini bunga istimewa.
Rasanya cukuplah lima yang di atas. Semakin dibaca semakin jatuh cinta. Ya, saya mengisytiharkan bahawa saya ingin memiliki Bakawali. Di mana ya nak dapat pokok bunga ni? Saya dengan semangat waja mahu menanamnya. Kalau boleh saya nak yang dah siap ditanam dalam pasu. Mengikut apa yang saya baca, bukan semua 'tangan' serasi menjadi pemiliknya. Complicated juga. Apapun saya optimis yang saya boleh menjaganya. Suka dan cinta. Suka dan sayang. Tapi kan alangkah tak best nya jika ianya perlu ditaman di atas tanah kerana kawasan kediaman saya semuanya bersimen di depan dan di belakang rumah.
Kesimpulannya, bagi saya setiap ciptaan Dia itu unik sifatnya. Sedangkan manusia pun berlainan sifatnya. Setiap kelebihan dan kekurangan, kita sendiri yang kena rajin mencarinya. Saya sangat teruja dengan Bakawali. Banyak yang saya ingin tahu tentangnya. Tambahan pula Bakawali kan cantik.
Anyone? Nak bunga Bakawali. Muktamad.
SERI:
[1]Disebabkan memakan Kimchi- jeruk sayur dalam drama Korea lah tu, saya mengalami alahan. Sakit perut. Tak sesuailah agaknya dengan diri saya. Lagi pun lebih sedap Kerabu Mangga. Terlupa seketika bahawa saya ialah orang Melayu.
[2]Baru 'ada hati' nak menulis, tetapi masih 'tiada hati' dengan mukabuku. Ada sebab saya berdiam kerana saya mahu menyiapkan apa yang patut saya sudahi sebelum dateline. Maaf ya guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Kawan Seri:
SRI, Bunga tuuuu.....
rasa sayu pulak!
Harapnya segala persediaan diatur dengan lancar! :)
Laaa.. Xjumpa lagi?
Apakata tanam buah naga..lepas nikmati harum baunya..bleh nikmati manis hasil buahnya plak.
Alis ada benihnya. Klu mahu pm la ya ^^
Kerabu mangga? Kerabu sotong lg sedap kot...
:P (^_^)
YUS:
Apa khabar Yus? InsyaAllah tinggal beberapa hari (boleh dibilang).
Saya memang nak tanam Bakawali ni. Jom Yus pegi minta anak pokok tersebut daripada Natrah atau Wana.
ALIS:
Buah Nga pun harum 12 malam eh? Ayah saya ada tanam. Tapi tak tahu kejadiannya serupa, rupanya.
CIMON:
Ya. Kerabu memang 'peberet' saya. Tapi kan Cimon, Kimchi dimakan bersama 'megi kari' sedap! Hasil eksperimen tak nak membazir dari saya.
SRI,
23hb ni.. geng 'kampung' ajak jumpa ramai2.. jom!!!
Kimci + megi kari = toilet?
:P
(^_^)
YUS:
23 dan 30 september saya ada test. Jumpa di manakah lokasinya?
CIMON:
Hahaha. Terapi elok untuk sistem pencernaan. Menjaga usus lah katakan.
Dah confirm nnt saya es em es ok! :D
Hope dpt jumpa!
Yus:
Oraittt. InsyaAllah. Dalam kesempitan waktu semoga diberikan ruang.
Amin... Semoga diberi ruang olehNYA.. (cozy)
salam tuan blog..saya ada membela berpasu2 bakawali yang asalnya hanya sepasu dibeli secara tiba2 di nursery kat PD..lepas 2 bulan bela..kelaurlah kudup bakawali hingga ianya kembang..mmg kembang malam bermula jam 10pm hingga kembang penuh jam 12 mlm..wangi jika ada 'ehem' kot..wallahualam tapi ada satu mlm,ia sangat wangi disertai hujan renyai2..anyway bunga ini mmg cantik dan bukan semua tangan boleh membelanya..saya dah biakkan 4 pasu dan alhamdulillah semua hidup dan yg penting ada bunga akan keluar dari pokok2 yg ditanam melalui keratan daun tadi..kalau nk tau dan tgk lebih byk bakawali, silalah add fb saya jaybe_2004@hotmail.com.....;)
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)