Mimpi Gigi

|
Status FB kembar saya hari ini. Hai Julie Julia, pinjam eh. Ok, pinjamlah katanya.


Salam Jumaat semua.

Puas saya godek-godek tentang mimpi. Sejak sekian lama saya terfikirkan akan persoalan mimpi yang satu ni.  Betul kah? Benarkah? Ataupun hanya satu kebetulan? Sudahnya saya konklusikan sendirinya. Tiada suatu pun yang datang dari Dia itu sia-sia sifatnya. Terfikir tak? Saya yang terfikir sendiri.

Mimpi. Kebiasaannya orang akan kata

[1]
"Kau ni kuat sangat bermimpi. Mimpi itu, mimpi ini bla bla bla...tu ler taknak basuh kaki sebelum tido, main redah je bawa kekotoran kat kaki tu lena..."

[2]
"Mimpi tu hanya mainan tido jelah cik Kiah (ni situasi Kiah yang mimpi..). Permainan ciptaan syaitan secara kasarnya. Ni mesti kau terlalu memikirkan benda tu..."

[3]
"Kalau selalu mimpi ular, dah nak sampai lah tu jejaka masuk meminang. " Alahai ni zaman sekolah dahulu kala selalu lah mimpi. Multiwarna, multisaiz lagi si ular tu. Kalau warna hitam tu biasalah dengar. Kalau ular warna pink? Mesti kah warna pink juga muka calon tersebut? Kelakar lah. Mimpi time SPM  nak berjodoh apanya sekolah lagi. Datang meminang pun sure bapak korang sambut dengan bukulima sekali sedas kan. Paling tak setuju dengan " Ku pinang mu dengan Bismillah sahaja....mana mas kawen nya bang? Oh tidak.

[4]
"Kalau mimpi buruk hampir setiap malam, haruslah cek diri kita. Takut-takut ada gangguan sihir. Ini semua kerja jin yang bersekongkol dengan manusia bertindak mengikut nafsu." Yang ni saya akui. Mungkinlah kerana pengalaman beberapa orang terdekat dan pergi berubat di sana sini. (Kalau ada kesempatan, saya akan tulis tentang ini.)

Rasanya cukuplah empat contoh tu. Saya percaya tentu ada banyak lagi kisah mimpi ni. Semua orang alami. Tapi secara seriusnya, saya seorang yang jarang mendapat mimpi dalam lena saya. Tapi saya selalu mencipta impian dalam jaga saya. Nak itu yang begini, nak ini yang begitu. Manusia, biasalah kan. 

Berbalik kepada mimpi gigi tersebut saya tertarik dengan info yang saya google ni. Mungkin orang ni juga memikirkan apa yang saya fikir kot.

Pinjam eh. Ni saya dah crop sendiri.

Dah baca? Dah kaji jugak tak? Dahulu semasa saya kuliah di IPT yang berada tak jauh dari Bangi nun, saya pernah mengajukan soalan tentang mimpi gigi ni kepada seorang pensysrah saya yang kami panggil ustaz. Saya bersetuju dengan jawapannya yang saya simpulkan, "ya beginilah, betullah.".

Mimpi tu ciptaan Allah. Dihadirkan mimpi dalam lena kita, baik dan buruk. Kita tak akan mimpi kalau Dia tidak izinkan kita bermimpi. Tiada satu hal pun yang dia ciptakan termasuk mimpi itu sia-sia. Mimpi, untuk kita memikirkan kenapa harus 'aku' yang dapat mimpi tersebut? Kenapa bukan 'kau'? Pernah terfikir tak, berapa ramai dalam masa yang sama orang lain mimpi seperti kita mimpi? Mimpi bukan hanya mainan tidur. Mimpi untuk kita muhasabah kembali diri kita. Bukankah tiada yang sia-sia? Mimpi buruk, untuk peringatan. Mimpi baik, untuk mempertingkatkan iman dan usaha. Jangan mimpi di siang hari, sudah ya.

Itu ayat penyudah ustaz saya. Eh, kenapa pulak apa pepatah ni, "jangan mimpi di siang hari.". Siapa boleh jawab ya? Selalu dengar ayat tersebut dalam bahasa sinis berunsur sindiran kepada yang sangat suka berangan-angan. Contoh, mimpi nak menjadi Cinderella yang bernasib malang, tak punya apa-apa dapat kahwin dengan anak raja. Wahhhh, itu cuma kisah dongeng tu. Tanpa ilmu zaman sekarang, jangan harap orang nak pandang dah. Kuasa ilmu kamu dapat harta yang lebih dengan syarat gunakan yang bernama bijak dan rajin. Harta, tak semestinya duit sahaja, kawan juga harta kan? Tinggal nak cari yang berkualiti sahaja.

Rajin.

Ya. Kena rajin untuk mendapat sesuatu.  Saya rasa ini entri yang saya terus taip dan publish je. Sekadar nak berkongsi apa yang saya fikirkan sejak dahulu. Mimpi dan tafsirnya. Kebanyakkan nya, memang terjadi sungguh. Ikhlas, saya pernah mimpi bertemu Rasulullah. Pada masa tersebut, saya sedang menjalani Latihan Industri di sebuah pusat perlindungan wanita teraniaya. (tak perlu tulislah ya apa nama tempat tu..).Saya resah  sendirian memikirkan apa yang saya mimpikan. Tiga hari berlalu, saya beranikan untuk berjumpa seorang tokoh yang ternama. (peluang terbentang di depan mata untuk jumpa dengan orang-orang hebat semasa saya praktikal di situ..saya sempat kendalikan slot yang ditayangkan di Astro, dulu.) Oh rupanya...ohh saya akui. Menitis airmata saya. Bersungguh-sungguh saya menangis. Tak dipaksa pun. Betul-betul terasa dipilih. 

Alhamdulillah. Hari ini, saya menjadi saya. Inilah jalan yang ditakdirkan untuk saya. Kita dengan orang lain, tak sama. Kita berjaya dalam bidang begitu, dia berjaya dalam bidang begini. Kelainan untuk saling melengkapi.

Ok lah. Dah melingkar ke tempat lain pula cerita mimpi saya ni. Mohon maaf ya, kalau isu ni nampak macam 'takde faedah dibaca'. Tak mengapa. Saya tulis, saya sendiri baca. Di sini bukankah 'cerita kehidupan'? 


Babai.



SERI:

1)Semoga bapa dan pak ngah cepat sembuh. Mereka dilanggar sebenarnya. Urusan claim insurans semua diuruskan oleh kawan bapa, seorang polis yang dihormati. Semoga dipermudahkan segala. Hari ni buat kenduri doa selamat. Walau bapa ku berkeadaan sakit, beliau tetap menceriakan orang lain dengan gurauannya. Kami optimis yang bapa cepat sembuh. Doktor kata, dalam 2 minggu dia dah boleh pulih dah, asalkan rajin buat terapi selepas tu.

2)Psttt, kalau mimpi kena patuk ular cemana nih? Hehehehe siapa mimpi tu?

3)Tak habis-habis nak typo's' si aku ni. Pejam mata sahaja ya.


10 Kawan Seri:

YUS said...

#1. Kamu terpilih untuk bermimpikan Rasulullah SAW.. Saya selalu berdoa agar saya dapat mimpi itu.

#2. Kamu kendalikan slot yang ditayangkan di Astro? Slot apakah?

#3. Mimpi = Muhasabah diri! Terima kasih. Semoga antara kita tidak terlalu taksub bila mendapat sesuatu mimpi.


###nk juga rasa 'mimpi' jumpa kamu. Harap-harap, ia bukan mimpi disiang hari. (cozy)

SERI said...

Eus;

[1]Alhamdulillah yang tidak akan pernah dilupakan seumur hidup. TAPI, sangat benar yang di'tafsir'kan oleh sang cerdik pandai.

[2]Slot ni dah lama, dulu. Famili Penyayang nama rancangan tu. Hos nya Mr Fahrin Ahmad. Pssttt saya pernah makan dengan nya siap goreng popia sama2lagi. Hehehe

[3]Mimpi juga untuk menegur kurangnya amal. Ini benar.


NOTA:
Boleh bah selagi jadual tak sepadat macam sekarang, sure tak mimpi.

cimon said...

Mimpi orang2 terpilih. Tahniah. Cimon rase terpilih sbb dpt baca blog Seri. Moga rezki berjumpa Kekasih "nampak sikit pon jadilah" berlimpah2 pada pembaca2 blog nie.

p/s: mimpi itu bukan sia2. bley cari ahli sufi utk meminta pandangan.

p/s/s: nak mimpi jodoh ek? nanti kamu segan nak pandangnya... hik3 (^_^)

SERI said...

Cimon:

Malam ni malam esok saya nak mimpi apakah URL blog kamu ni. Hehe. Misteri sungguh.

-Tentang mimpi istimewa tersebut saya berfikir banyak kali nak tulis atau tak kerana takut disalah erti pula. Tapi tak pe lah, sharing is... Walaupun saya dah lama mimpikan 'kisah' tersebut, tapi saya rasa kesal juga kerana baru hampir 2 bulan ni saya akui realitina. Alhamdulillah, belum terlambat sebelum saya kembali ke negeri asal yang abadi di sana.

-Mimpi jodoh? oh saya surrender bab ni.

cimon said...

Cimon xde blog arr...tp dlm mimpi mungkin kamu dpt baca blog cimon. ;P

Hik3. (^_^)

p/s:jgn lupe jemput cimon kalo ketemu jodohnya,email kad ke gmail cimon k. (^_~)

Lee said...

Hi Seri, how you doin'?
Thats an unusual mimpi. Not a hero on a white horse carrying you off into the sunset.
Some people kalau dapat mimpi ni da chari nombor beli empak ekor, ha ha.

You have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Kalau senang drop by my pondok.
Lee.

Murni Alfathunnisa said...

Ungkapan "mimpi tu sekadar mainan tidur" biasanya ditujukan kepada yang bermimpi bertujuan menyedapkan hati dan supaya tak berfikir yang bukan-bukan..sehingga boleh menjejaskan rutin.

tapi...kalau kita sebagai orang yang bermimpi eloklah jadikan mimpi tu sebagai petanda, baik untuk motivate diri sendiri...

p/s: last few nights had a bad dreams. Percaya ianya..mainan syaitan. Setelah dirujuk, dinasihatkan elok amalkan surah-surah tertentu...dan ayat-ayat Manzil.

.: S.A.Y.A :. said...

salam...
dulu, ustazah di sekolah agama mis dulu kata mimpi dipatuk ular itu maknanya sihir sudah meresap ke dalam tubuh... tapi itu kata oranglah... kata DIA kita tak tahu... wallahu'alam.. =)

SERI said...

Cimon:

Ok, ada cadangan ni. Paling ikhlas. Ok, BUAT BLOG.


Uncle Lee:

Im fine uncle. BUT, sleepless night coz my heart and prayers are with my bapa always. I may not be there with him but my love for him stays strong. It hurts every now and then. ...

Sweet word~"pondok".


Kak Siti:

Ya. Begitulah kak. Segalanya diatur indah dan cantik. Tinggal kita je nak guna dengan baik anugerah Dia. Tq kak

Miz:

Wslm. Benar. Dan ianya dah pun terjadi. Tak semuanya sia-sia kan? Thanks Miz

Anonymous said...

sy mule jatuh hati dgn blogger seorang seri..kerana saya seri kejora:-)

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)