Curi Hati Jadilah, Itu Tak Apa.

|

Memberi sebuah makna kepada hari-hari yang masih berbaki. Aku rindu.


Janganlah menjadi sahabat ibarat gunting
meskipun jalannya lurus
namun tetap memisahkan apa yang telah menyatu.
Jadilah sahabat ibarat jarum dan benang
meskipun menusuk dan menyakitkan
tapi menyatukan yang telah terpisah.

Jadilah sehebat manapun kamu boleh jadi
yang penting hati mesti baik

Jadilah se'popular' mana pun yang kamu inginkan
yang penting hati mesti baik

Jadilah sekaya manapun yang diinginkan
yang penting hati mesti kaya

KERANA
 hati adalah raja dalam kerajaan diri
baik hati, baiklah seluruh tubuh
jahat hati, jahatlah seluruh tubuh.


ANDAI
perlu diri ibarat benang dan gunting
demi penyatuan
rela sentiasa dipupuk.

DIRI INGATLAH

Hati kita walaupun milik kita, 
Allah yang pegang.


SANGAT BENAR

lumrah manusia apabila berkehendakkan sesuatu
yang dinamakan menunggu itu adalah kepastian
panjang pendeknya masa bukan ukuran setia
harap diri sentiasa redha dengan sebuah KETETAPAN

Aku tahu janjiNya itu pasti
maka dengan janjiNya itu
aku bersabar






SERI:

Bukanlah perlu menjadi seorang kaya untuk mendapatkan sesuatu, jika sudah sampai izinNya dan selayaknya kita...segalanya pasti kita rasa, pasti kita miliki...pasti.


2 Kawan Seri:

cimon said...

InsyaAllah. (^_^)

p/s: jika masanya telah tiba, ianya milik kita jua akhirnya.

YUS said...

Izinkan yus 'salin' sedikit dari bait2 diatas, boleh?

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)