Setajam Faham
Melaka: Dia yang begitu teruja nak ambil gambar kincir ni. Seni katanya.
Setajam Faham
Kepada bintang pembisik damai
khazanahnya dari kembara
cepat tersanggah jua ia
teman yang indah rasa
kepada Dia tempat dicurah segala
Panjang dan pantas kaki masa
menjawab dalam diri
dengan fikir matang berbaja
penapis peristiwa seluruh jalurnya
antara hilang dan bersua
bertanya jiwa hingga inti dicari
sampai ke akar digali
resah sejarah seorang manusia
mimpi atau jaga
disedia jalan datang
dijejak jalan pulang
nurani dikemudi
dalam carik yang paling sukar
Keyakinan itu telah ada
meski dibina ia
atas reruntuhan kekhuatiran
dihakis olehnya calar balar
dari keyakinan yang palsu
yang dahulunya bersatu
kembali ke inti diri
bahagia masih bukan ceritera
Rasa ini cuba dikenali seasas hati
dari serabut dan gempar nurani
ada suara diam berkata
'masih terkelip tanda anugerah'
Untuk sekali ini
jika Dia merencanakan kesempatan
tidak perlu huraian panjang sedepa
tidak perlu tergantung kata
hati sendiri, sendiri merasa
Nilai diri dan harga otak
yang dahulu
parasnya cuma di tapak kaki
hujah cuma di lidah,
tidak di hati.
Semoga lebih dihargai.
Seri, 1/8/12-11.50pm
Salams.
Ya Allah, ku yakin setiap apa yang Kau takdirkan ini adalah terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh kesah dan resah gelisah kami menerima ketentuanMu ini Kau permudahkan. Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hambaMu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju Mu di jalan majahadah.
Syukur Ya Allah, Kau kurniakan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai.
Ya Allah, ampunilah dosa dia sepertimana mereka telah redha memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya. Dan Kau suburkanlah hatinya dengan rasa merendah diri, rasa berdosa, rasa jahil, rasa lemah, rasa miskin supaya dia tidak putus berharap kepadaMu.
Seorang ibu berpesan, 'kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apatah lagi menyelesaikan masalah.'. Ya diri, semoga apa yang tertakdir bisa dibina dengan kemanisan dan hiasan baru. Bercinta; getarannya kuat , namun kurang matang kerana terlalu menurut perasaan dan kepentingan diri sendiri. Sekali ini ini usah terlepas daripada kendali sejati iaitu Dia.
SERI:
1]Saya suka ini:
"Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar, namun pelbagai masalah masih menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!"
2]Hati kena selalu kuat. Menangis diam-diam, tak mengapa. Asal jangan sampai putus asa pada ketentuan Dia. Asal jangan sampai insan berputus asa kepada kita untuk kali kedua. Cukuplah dengan kesilapan. Past is past.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Kawan Seri:
Salam SERI..
Indahkan perasaan tu! Yus doakan segala kebaikan utk kamu Seri.
Yus pun selalu nangis.. tak salahkan. Asal kita sedar tangisan itu tidak akan buat kita marah akan ketentuan dariNYA. Sekadar melepas segala tekanan.. menangis kerana terlalu banyak dosa sehingga diri diuji. Malah tangisan tu juga membuktikan betapa terharu, kasihnya DIA sehingga kejutkan kita agar tidak lalai..
Wslm Yus,
Apa khabar? Saya cuti panjang kat FB Julie Julia tu tau. Apape boleh tinggal pesan kat sini ok.
Ya, kadang setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita semua merupakan teguran dari Dia supaya kita tidak terus-terusan hanyut.
Thanks Yus.
Moga kamu tabah menghadapi exam dari Dia. Moga dpt A++ tau. Hik3 (^_^)
p/s: teringat kincir air d Tmn Tamadun Islam, Tganu. (^_~)
Cimon:
Semoga Setajan Faham kan.
Oh ya, saya belum pun habis jelajah Terengganu. Suatu hari nanti ada kelapangan saya nak juga terjah ke sana lagi.
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)