Biar Salah, Jangan Salah.

|
Ini gambar Mr.Google. Thanks

Biar salah memaafkan, jangan salah menghukum.

Terima kasih Tuhan
kerana memberikan kesempatan
dalam ruang waktu yang termahal
manis dan akrab dirasa
mungkin tibalah masanya
ketemu jalan penyelesaian
di sepanjang pencarian yang melelahkan
di batas penantian yang panjang

Ya
'Tuhan Maha Adil kepada kita yang adil kepada diri sendiri.'

Sungguh aku benar-benar menginsafi
kemanisan di sebalik keperihan
terjawab rintihan halus dalam tautan doa
kini aku mengerti
segala yang tertulis
sangat mampu untuk diri menggalas
asal jangan putus kendali sejati

pada aku, tegakkan tiang belayar
pada kamu, bak kembang ditiup angin

aku;
terus-terusan memohon tanpa ragu
Dia sentiasa bersama
bukankah telah dibentangkan hikmah
buat kamu berfikir dan bersyukur?

kamu;
terima kasih kerana sentiasa mendoakan aku
hanya Dia perantara 'rasa'
bukankah kasih sayang itu bersusah bersenang bersama?

semoga
Dia berikan aku ekstra kekuatan
dalam senyum tawa sembunyikanlah rasa gundah
tidak mahu insan lain merasa resah
yang aku harapkan
'mohon doanya...'
selalu
setiap masa.

Bersenyumlah diri.





SERI:

1] Aku seadanya. Menyayangi mereka bukan kerana penerimaan mereka, bukan kerana baiknya mereka, bukan kerana budi mereka, TETAPI aku menyayangi mereka kerana diri mereka sendiri. Begitu juga kepada kamu.

2]Subhanallah. Lain sungguh rona langit pagi ini.

3 Kawan Seri:

YUS said...

Seronok baca ni!


^___^

SERI said...

Selamat hari lahir, Yus.

cimon said...

Pagi slps malam yg penuh barakah. Moga kamu bahagia dunia akhirat ek Sri.

(^_^)

p/s: tiada yg berlaku itu sia2 kan3?

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)