Setapak Menapak

|
.
Setapak lagi aku menapak
Change itu perubahan
dalam bahasa Perancis lain maknanya
'pohon anggur yang meliuk menghadap ke arah sinar matahari.'
Sinonim bukan?
Begitu juga kita dan perubahan,
kita manusia biasa yang punya fitrah yang sama
'manusia berubah sifatnya'
kita tidak perlu menentangnya
malah mengikuti selagi ia satu arah
tidak bertentangan dengan nilai spiritual

Setapak lagi aku menapak
Perubahan memang menyakitkan
kurang menyenangkan kepada sebahagian orang.
Ku hadam bersungguh 'satu kata-kata' ini
'Tua adalah pasti, hari demi hari
tetapi menjadi dewasa itu SATU PILIHAN.'
Ya. Aku yakin kata-kata ini bukan retorik semata
Kata ini membawa maksud
HARAPAN mempengaruhi tingkah laku
Kita ciptakan imej pada perkara yang terjadi
seterusnya yakin ia boleh terjadi
maka ianya akan menjadi kenyataan.
Di sini aku belajar;
'sikap dan kesungguhan menentukan anugerah.'

Setapak lagi aku menapak
dalam hidup ini
kawan boleh diibaratkan seperti tiang beranda rumah kita
kadangkala sokongan mereka padu
kadangkala hanya cukuplah kita tahu dia ada
tetapi
selalunya mereka hanya bersandar kepada kita.
Saat memerlukan sahaja, jarang saat kita berduka.
Ketika semuanya berlaku
hati nurani tidak akan pernah duduk diam
ia sentiada 'mengetuk' mengatakan ada perkara yang dilakukan salah.
Hati manusia tidak pernah berhenti menyuarakan kebenaran
walau sejahat mana pun ia
tetapi kita sendiri yang memadamnya
dengan membenarkan nilai-nilai yang salah
Seandainya saja...

setapak lagi aku menapak 
sebelum terlambat
ada baiknya aku kembali kepada 'warna asli'
memang sukar untuk bertahan dengan 'warna asli'
tetapi Allah itu tidak pernah menutup pintu hati
Sembah sujud ya Allah
masih aku dikurniakan nikmat Mu yang pelbagai
dalam selaut ujian yang Engkau limpahkan
yang datang hasil tingkah ku sendiri
aku menerima segalanya sebagai peluang
untuk aku mengubah diri


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Setapak,
Seri-3/7/12 4.33 pm



Dr. Seuss menulis dalam bukunya Oh, the Place You'll Go 'Kamu memiliki otak di dalam kepalamu. Kamu memiliki kaki tersarung indah di dalam kasutmu. Kamu dapat membawa dirimu sendiri, ke mana pun yang kamu pilih. Ke mana jua kita melangkah, walau apa sahaja peristiwa putih, kelabu dan hitam kita yang tentukan kerana hidup ini bukan bagaimana kita memulakan, tetapi bagaimana kita mengakhirinya.







SERI:


[1]Kegigihan memerlukan teladan. I am possible.


[2]Terima kasih buat yang masih menyayangi.

6 Kawan Seri:

Murni Alfathunnisa said...

Pergi buat HIV test....? jeng jeng jeng...requirement pejabat agama tu...

cimon said...

Moga coretan2 hidup kamu akan lebeyy gembira pasnie...dan ikatan persaudaraan kamu dgn para sahabat akan maintain ikhlas demi Dia...kerna tiada ikatan yg lebeyy kuat selain dgn Dia kan?

(^_^)

p/s: tetiba teringat cerekarama malam tue (T_T)

p/s/s: harapan itu hidup... biarpun berubah sikit...asalkan jalan itu adalah kiblat Nya ...hati akan kembali tenang kan?(^_^)

SERI said...

Kak Siti:

Minta doanya kak.



Cimon:

InsyaAllah kawan. Saya, kalau sesuatu yang dirasakan 'agak keterlaluan' memang akan berterus terang walau tidak diberi peluang bertemu empat mata.

NOTA:
Semoga kamu baik2 sahaja.

YUS said...

SERI,

Perjalanan hidup iini indah sebenarnya kan! Tak semestinya yang pahit tu kita tidak boleh telan. Seperti kata 'Cimon', semoga lepas ni, kamu lebih gembira ya SERI! Dari jauh, saya doakan kamu!

Tentang enrty sebelumnya tu, takpa la.. saya faham!


# Syahdu lagu tu! Tetapi hati ni rasa pilu. Allahuakbar!

SERI said...

Yus:

Ya. Didatangkan Dia ketenangan dan kasih sayang selepas diberikanNya ujian. Semuanya kerana Dia sayangkan kita.

Persahabatan kita juga anugerah. InsyaAllah sama-sama saling mendoakan.

Amin.

Lee said...

Hi Seri, terbakar kampong kelihatan asap. Terbakar hati siapakah tahu.
Have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)