Hidup....
Tak dicari bisik datang, ketika menimba air telaga
Dibaca bicaranya. Syahdu sekali.
Terbisik khabar entah dari mana munculnya.
Di situ nanti keikhlasan dicari.
Lebih dikesan lopak dan tunggul,
lebih dinilai kisah dan rasa
tapi tak lama diri menanti
dalam arus damainya semula
hindari selisih, harus.
Rasa....
Begitu cepat senda dipersenda
sehari malam lelap, dan pagi celiknya seperti berjawab
Usah. Dalam sedar dalam berjaga.
Usah difikir-fikir yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa sekali lagi.
Mustahil. Usah diatur dengan sengaja permainan emosi dalam diri.
Terlalu difikir akan maknanya setia.
Sangsi tak mudah terhenti, memang ia raja.
Hati....
Semakin dirapati pintu hati, dari luar dari dalam
diibuka ia sendiri-sendiri tahu akan rahsia
satu anugerah berkembang antara bahagia dan hemah
lantas apa lagi yang kau bimbangkan?
Temui rasa itu cari jauh ke dasar hati
usah dibiarkan mesra yang resah melingkar
Bukankah anugerah itu wajar dipelihara ikhlas?
Hati, luas kawasan telah disukat
arah dan letak kitalah lah perancang.
Aku....
Dikata seperti mengingat, diingat seperti menghadir.
Biar bersama matang menelusuri gurun hidup yang luas.
Memang cemburu masih berlanjut sukar dibendung
tapi terima hakikat hidup
"pohon rendang berakar kukuh tak terpunggah walau di mana ia."
Bercakap kepada diri, usah merujuk sangsi apalagi merajuk.
Dan telinga ini selalu mendengar, bisiknya sentiasa diterka, teman mengerti katanya.
Kamu....
Berburu kasih sama memburu kisah
yang lepas itu lepaskan sahaja
Fikir..
"Mana mungkin menjadi istimewa
setelah aku sendiri yang memutuskan menjadi biasa-biasa sahaja?"
Kerana aku berhidup dengan prinsip;
"khabar sentiasa ditapis, akar benar diteliti, perancang berkira, gerak berpeta, pintar tersembunyi, sahabat tetap sahabat."
Senyum....
Bersabar itu perlu biarpun terbatas, kita manusia biasa.
Keikhlasan itu azimat bak ubat penyembuh kesakitan.
Usah dibiar keraguan bersembunyi
kelak bimbang pahala sepicing menjadi dosa
Bersedialah yang luar biasa
Kerana hidup kita tidak pernah berhenti dari
mengenal yang lama, mengesan yang baru.
Usah wujudkan keretakan dalam barisan kasih sayang
Bertabahlah.
Seri.
6 Mei 2012
SERI:
Punya sahabat cepat mengerti, tangis dan pilu disembunyikan. Aku lebih suka bersendiri jika kamu terus mengenangi. Daripada timbul pelbagai peristiwa dan masalah, lebih baik berundur dari diri kurang selesa menerimanya. Aku serius.
9 Kawan Seri:
Alhamdullillah.
Nampak spt kisahnya bakal di'ending' dgn baik. Benarlah janji2Nya, setiap kesukaran disertai kemudahan.
(^_^)
p/s: hepi sgat2 sbb smakin paham nukilan Seri (^_~)
p/s/s: kene bwak borang nikah somie ke pej agama sblah bakal isteri rasenye...
p/s lagi: cimon nak baca blog shj... xreti nak tulis2. ;P
Cimon yang best:
Semoga doa kamu makbul . Amin.
-Bahasa kelabu kadang bila guna 'aku' lebih senang nak sampai ke hati kan.
-Aduhai, saya tak tahu tentang tu. Kebetulan ada kelapangan masa, singgah. Calon nya masih berhijrah lagi. Entah siapa gerangan yang nak nikah ni. (toleh kiri kanan dan cepat2 lari)
-Mesti pandai menulis. Cepat buat blog.
Salam...
Maaf jika yang tertulis di atas ini terlahir sesudah sebuah rasa terusik dek seorang saya...
Maaf dengan banyaknya...
Hik3 (^_^)
*rase nak ketawa shj baca komen kamu Seri*
Hi Seri, regret my bahasa out of tune.....so will just say hello and you have a great weekend.
Have fun.
Lee.
Saya:
Wslm.
Manusia tak sempurna. Setiap hari belajar benda baru terus dan terus. Past is past.
Selamay meneruskan kerja. Bersambung nanti k. Senyum sokmo ya dik.
Cimon:
Blog mana blog? hehehe
Uncle Lee:
Its ok uncle. Mari belajar bahasa.
Have a nice day.
Saya sangat suka entry ni. Tapi saya tak tahu nak komen!
kalau saya copy 'sajak' diatas, kamu marah tak SERI?
^_^
Yus dearie:
Ambil sahaja Yus. Di sini saya berkongsi rasa yang saya RASA. Ambilkan sahaja jika ia bermanfaat.
Silakan sahabat.
Terima Kasih.
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)