Hanakage.

|

Hanakage.
O Allah, seandainya aku tahu kehilangan dari awal itu adalah rencanaMu, yang aku fikir untuk melemahkan rupanya menguatkan seperti yang aku fikir sekarang. Paling tidak membuatkan hati ini tenang bahawa "kehilangan sekarang atau nanti adalah sama sahaja." Al Fatihah datuk yang amat dikasihi, setelah bertahun kamu meninggalkan aku sebelum sempat melaksanakan janji untuk makan besar bersama.


Salams.


I have to

I have to

STRONGER than before.


Can you see happiness in my eyes. I like that. I like to be happy and chirpy like the birds in the morning. Im happy to meet 'em. Bless indeed for having friends to share my worries and frustration on everyday life. I found a train comfy enough for me to continue my life journey. Its on the lane, a different track. Tho there were times when I wish the old train didn't leave me stranded but I have to give in to FATE.Im still happy with the way it turn out. Im happy to lose thaht sadnes in my eyes.

Sometimes...

Im pushing myself to the limit.

Kadang-kadang, banyak-banyak kali terjadi..

Taip-taip, berhenti. Taip-taip lagi, dipendam dalam draf. 

Dan selalu...

Taip-taip. Langsung dipadam.

Kali ini. Sekali ini biar betul-betul menjadi.


Dulu. Dah tahu kan ini cerita dahulu. Semasa di UTM saya belajar bahasa Jepun. Hanakage. Lagu kenangan. Banyak kenangan yang terpatri indah dalam kotak besi hati saya ni. Siapa sangka secepat itu kenangan berlari pantas meninggalkan kita. Masih teringat seorang belajar yang meninggal akibat terjatuh dari tingkat 3 bangunan tempat kuliah (persediaan ke Jepun-orang-orang yang akan berguru di Jepun.) Al fatihah.

Tiba-tiba.
 Manis kenangan di sini.



Saling merindu. Zaman kampus, terasa macam berada di zaman kegemilangan. Gemilang mungkin disebabkan manusia ni ada pengalaman yaang berbeza-beza. Kau lain, aku lain, awak lain. saya lain. Kelainan ini kalau disatukan akan terciptalah sebuah kisah berkisah. Bukankah itu mahal nilainya? Pengalaman yang membuatkan manusia dan manusia lain menjadi unik.

Kenapa yang berlalu sering kita kenang-kenang ya? Kenapa lah agaknya? Masing-masing ada jawapan. Menipu seandainya seseorang itu kata,"tak guna dikenang yang lepas-lepas, tak bawa makna pun." Oh tidak. Tersangat lah bluehipo kata-kata tersebut kepada saya. Kenapa kita belajar sejarah? Kenapa sejarah menjadi subjek asas yang wajib skor time SPM? Selebihnya saya suka gantungkan ayat saya, kerana saya tahu kamu semua ada jawapannya.

Life is choice. Saya akui. Siapa dan bagaimana kita ketika ini adalah ditentukan oleh hasil pilihan kita pada masa lalu. Manusia bersifat terbatas dan berubah. Tapi, kuasa tertinggi yang saya, awak, kau, aku ada dalam segala keterbatasan adalah memilih dan membuat keputusan. Sebab itu, keputusan diri kita, tidak ada sesiapa pun yang boleh memaksa, walaupun keputusan dalam hubungan."
Begitu juga kisah yang terjadi antara kau dan aku. Kau telah datang dari belahan planet bumi yang jauh. Meskipun tidak sejauh pencarian Adam kepada Hawa yang akhirnya bertemu di padang Arafah. Kisah mereka kisah terulung. Kisah kita, telah lama berlalu. Yang aku yakin dan pasti, perkara yang berlaku bukanlah de ja vu. Ini jawapan aku, "sejarah bukan untuk dikenang tetapi untuk dipelajari dan dijadikan teladan. Orang yang lupa sejarah, tidak belajar daripada sejarah diri dan orang lain dan akan dikutuk apabila mengulangi kesilapan lalu."


Alhamdulillah. Dia berikan masa 'itu' dan sedarkan saya, tentang 'sesuatu'. Sesuatu yang perlu dilepaskan, dan sesuatu yang perlu diterima kembali. 

Terima kasih Allah.

Menghadiahkan bulan Mu Rejab, kerana saya, kita semua, tidak mampu mengelak dosa.







SERI:

1)I am no position to understand everyone so as for now, I shall let it be. 


2)Nak jenguk fb pulak.

5 Kawan Seri:

terokai seni said...

assalamualaikum

sejarah - toleh ke belakang cari pedoman untuk hari depan

lama tak singgah sini moga sihat sokmo

SERI said...

Cemomoi:

Wslm. Alhamdulillah saya baik2. Lama juga menyimpan rindu nak berbelog ni. Bersua kembali.

cimon said...

As Salam.

Biar sahaja pena kamu menari2 mgikut lenggok bahasa kamu Seri... kami suke. ;P

(^_^)

p/s:betul ek cupcake coklat? Feveret tuh.(^_~)

p/s/s:sedeyy nye lagu jepun nie... T_T

Murni Alfathunnisa said...

sejarah itulah yang mematangkan kita. benar katamu seri..mematangkan bagi orang yang mahu belajar dari 'sejarah'.

SERI said...

Cimon:

Ya. Belog kita adalah pilihan kita nak tulis apa pun kan. TAPI bagi saya menulis untuk berkongsi sahaja.

Yup. Betul.



Kak Siti:

Terima kasih kak. TETAPI alangkah sedihnya betapa kesalnya jika ada yang sengaja mengulangi sejarah kerana mahu mencipta sejarah yang tidak patut dibanggakan.

Post a Comment

Salams. Dear U...

Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.




(^_^)