Tanjung Karang : Ala-ala cerita Nur Kasih. Cantik tempat ni.
(i)
Kata ajaib
akhir kisah selisih
berjudul maaf.
Sejatinya luka
marah menjadi padam
hidup bahagia.
(ii)
Jalani hidup
kita tidak sendiri
yakin Dia; Allah.
Seorang Seri
22 Mei 2012
Salams.
Haiku. Kata adik, Haiku macam nama minyak wangi jenama Avon. Saya tak pernah tahu aromanya. Barangkali boleh dicuba nanti. Sesungguhnya Haiku yang saya maksudkan tersebut tiadalah kena mengena dengan minyak wangi. (ini bukan laman untuk membeli minyak wangi gred A, AA atau AAA.) Parah. Tahun lepas rasanya saya ada menconteng dinding fb saya bertanyakan apakah beza gred kepada minyak wangi. Ohhh, saya tak pernah tahu. Rupanya yang ada gred itu ialah tiruan. Lalala no komen yang sebenarnya. Terpulanglah nak membeli yang ori atau separa ori gred2 itu ya. Kita tahu aras kemampuan diri kita. Bagi saya, tak kisah sangat. Asal suka bau dan poket berisi lebih setelah keperluan yang lain diselesaikan bolehlah menambah koleksi.
Lupakan cerita wangian.
Haiku.
Saya pernah mengikuti kursus menulis lama dulu. Di situ saya belajar tentang Haiku.
Haiku ialah sajak pendek dengan patrun 5/7/5 yang terdiri daripada 17 sukukata sahaja.
5 sukukata pada baris pertama
7 sukukata pada baris kedua
5 sukukata pada baris ketiga
Haiku ni asalnya daripada kesusateraan Jepun berawal tahun 1662. (Jepun lagi..) Baca kat sini untuk maklumat lanjut. Itupun kalau kamu rajin. Tekan saja di
Hai, Nama saya Haiku. Tak rugi klik untuk mendapat ilmu. Mari rajinkan diri.
"Untuk orang rajin, berjumpa perkataan yang dia tidak faham, menjadi peluang menambah perkataan. Untuk yang 'kurang' rajin aka malas lah bahasa tepatnya, berjumpa perkataan tidak faham, akan membantutkan proses dia membaca. Rajin menambah pandai, malas menambah b*d*h. Pilihan di tangan kita sendiri."
Kembali kepada tajuk.
Dalam fasa kehidupan seorang manusia yang serba kekurangan macam kita ni memang tak pernah terlepas daripada perselisihan faham. Apapun kesudahan cerita dari sebuah perselisihan tersebut pasti akan meninggalkan bekas dalam gelas luka di hati. Pilihan di tangan kita sendiri. Samada mahu dibiarkan luka bernanah dalam hati atau dirawat sahaja kelukaan itu dengan menyuntik vaksin bernama maaf.
Ya. Itulah pilihan saya. Selalu. Sehingga ada yang cuba mengambil kesempatan di atas pilihan saya. Unik kan manusia. Peluang yang pantang dibentang. Tetapi harus diingat manusia itu bersifat terbatas. Sebab itu saya selalu menulis ayat ini pada setiap buku rujukan yang saya guna semasa di sekolah dahulu.
"Bergurau, jangan melampaui batas. "
Luka yang bernama ini pula kalau tidak dirawat memang akan sembuh dengan masa. Sungguhlah penyembuhannya tidak akan sempurna berbanding luka yang dirawat. Hasilnya sungguh ketara pada jaringan parut yang membekas. Mana mungkin dapat dibuang begitu sahaja hatta disapu Bio oil sekalipun, tetap ada. Saya akui, kadang hati kita ni sukar untuk meredhai sebuah kemaafkan. Pujuklah hati, manusia tidak sempurna.
"Jika kita bersedih kerana ramai manusia yang tidak berpuas hati dengan setiap kelemahan kita, fikirlah Allah mengasihi kita tanpa syarat. Berbeza sekali."
Maaf. Ya maaf kan sahaja. Sungguh maaf itu miliki energi yang sangat unik sifatnya dalam merubah situasi kehidupan. Aura serinya mengharumkan. Apapun yang telah terjadi, maafkan diri sendiri dan maafkan orang lain.
Noktah.
SERI:
Cimon dan Yus, jom belajar buat Haiku. Ikut je formula tu. Hehehe
9 Kawan Seri:
Tak tahu kenapa.. setiap bait-bait ayat diatas, memberikan satu perasaan yg sukar diungkap.. 'SERI'nya insyaALLAH, buatkan saya jadi kuat! Terima kasih seri...
Eus:
Kerana kita adalah kawan yang ditemukan tanpa syarat. Betul tak? Sikit masa nanti saya nak cerita tentang 'asam' tu.
Semoga dan semoga sharing ini membawa manfaat bila suatu masa saya dah tak ada nanti. Amin.
Betul tu.
Tanpa syarat. InsyaALLAH, segalanya sgt bermanfaat untuk saya.
Saya nak belajar buat Haiku! :)
Cimon cube jek tau ~~
Doa pada Rabb
Diangkat bagai bintang
Di hening malam
(^_^)
p/s:nanti citer lg tau
Wahhh Cimon.
Bakat terpendam ni. Kenapa tak menulis? Tulislah, buat sebuah blog. Ke dah ada?
Maaf kadang2 mudah, kadang2 sukar dilontar pada yang layak menerima maaf..berbeza mengikut keadaan.
Dan yang paling sukar sekali..tentulah, melupakan.
Mane ade...
>.<
Kak Siti:
Ya. Saya setuju. Terutamanya yang melibatkan maruah.
Cimon:
Diam2 ada blog ye. Tak nak kongsi? Sungguh tak aci.
Mane ade... btul larr.;P
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)