Dijamin Tidak Luntur Kerana Luntur Itu Tidak Dijamin.

|
~Kita semua akan mati. Tiada yang terkecuali. Gapailah bintang setinggi manapun, ingatlah bumi yang akan kita diami perutnya.~


Me like this (^_^)




Terkadang termenung seorang aku,

sambil di fikiran ligat mencari makna tersirat,

mengapa semua ini dilimpahkan untuk aku,

Realiti sebuah kenyataan yang dihadapi

tanpa bisa diberikan sebarang penolakan

harus diri berkata ya ya dan ya

meskipun hati berkata tidak tidak dan tidak.

Wajib bagi aku seorang manusia

yang beriman atas segala ujian untuk ikhlas menerima,

namun aku bermonolog dengan diri sendiri,

inikah yang dinamakan ikhlas?

Sedang pergolakan hati bergemuruh di dalam.

Ikhlaskah aku?

Oh sekali lagi baru aku sedar

Aku ini hanyalah manusia insan

tidak pernah luput dari khilaf.



Tidak diminta pengertian emas kata-kata,

bukan keluhan bertubi biasan menjeruk rasa,

tetapi terkadang hati bertanya tentang keadilan

mungkin juga sebuah permohonan yang sewajarnya sebagai insan.



Lara yang mendalam tidak pernah berhenti menghujani,

sedangkan aku selalu bingung lara ini untuk apa sebenarnya,

sedangkan semua ini bukan kah perancangan Dia?

Semampunya pun telah aku terima,

selama manapun sampai sudah aku tetap mengharunginya,

tetapi mengapa masih berasa lara?

sedangkan semuanya sudah terbiasa.



Kekuatan demi kekuatan mengikat diri dari taufan janji,

membuat kaki semakin kuat berdiri demi sebuah kebahagiaan.

Subhanallah...satu kata-kata keramat

rasa syukur menatangi anugerahNya.

Aku kan kuat.



Tuhan,

tetap teguhkanlah kesedaran atas segalanya

apa yang ada dalam kekurangan pada diri ini,

kerana kekurangan diri ini tidak punya tarikh luput,



"Kau adalah pilihan kiriman Tuhan."

perkataan keramat dari kamu yang menyuntik emosi diri.

Tak putus asa diri menyelami erti dua sisi yang kamu berikan.

Sisi satu mengajar diri untuk yakin dan terus bersabar atas sebuah pilihan.

Sisi dua mengukir kata hikmah sajian pengubat jiwa yang rapuh.

Kadang membuatkan penilaian menjadi teka-teki.

Semoga kesabaran kamu dibalasi dengan takdir yang baik

Kalau bukan di sini, pasti di sana nanti.

Kerana di tangan kita telah punya 1000,


hanya tinggal tunggu 1.

Pada aku 1 itu ialah kamu.

~Abang~







Salams

Sudah duapuluhduaharibulansepuluh rupanya. Entri ini ialah entri yang dikeudarakan secara automatik pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Bermakna entri ini ditulis pada tarikh sebelum ini. Ya, pada sembilanbelasharibulan.

Tiada apa sangat yang penting. Cuma diri merasakan masa semakin pantas berlalu. Umur juga semakin menganjak ke angka pertambahan. Paling ngeri apabila kedutan manis mula membibit di mana-mana daerah wajah. Bisa dibayangkan apabila umur mencecah empatpuluh-an adakah saya berjaya menggapai impian? Atau masihkah saya menghuni fana nyata ini? Atau adakah laku saya selari dengan usia? Mahu hidup bahagia bersama kekasih hati dan setia di sisi melihat anak membesar di depan mata.

~Rancang dengan apa yang ada di tangan, bukan yang kita angan-angankan.~

Ya, ya saya tahu kamu sedang nyanyi. Ini petikan daripada lagu nasyid, saya tahu. Hehe. Dalam banyak perkara kehidupan, kita cuba menjadikan diri kita yang terbaik. Sudah pastilah kan. Namun, menjadi yang terbaik bukanlah mudah, payah juga mahu dikekalkan. Kadang, walaupun kilauan amanah itu sudah dalam dakapan, entah kenapa mesti juga jatuh memakan debu dan menjadi kotor.



Oh, terlebih sudah. Harus tekan noktah.







Saya:



~Seringkali ada lagu kan. Layankan saja.~





Mendoakan 'kesayangan' saya bijak mencatur amanah kehidupan. Mengharapkan dirinya tidak lalai dan tiada sesiapa jua hati insan yang berniat tidak baik kepadanya. Untuk saya, sudah cukup meninggalkan soal material di belakang walaupun hidup kadang merelakan menjadi hamba material. Cukup sekali ini bercita-citalah untuk menghembuskan nafas dengan husnul khatimah.