Semoga.
Alhamdulillah. Sembah syukur kepada Dia.
Amatlah besar harapan diri
menjadi perancang segala tragedi kehidupan
diatur indah begini dan begitu untuk terjadi
sehingga rasa-rasa kedengaran jelas oleh kudrat diri
kian sesaat kian sehari kian sebulan
kita selalu lupa bahawa Dia juga merancang
pada apa yang kita rancangkan
pada jalan cerita yang amat luas
pada segala kejadian itu mesti kejadian
kita masih hidup dan masih sanggup tegak
ditunjukkan di hadapannya
jika maksud terhalang di sini
pada fasa lain tidak akan terhalang
bersangka baik kepada Dia
walau diri merasa sangat lelah
pada perancangan yang hanya tinggal rangka
lebih baik merancang daripada tiada
daripada kekalahan didatangkan kemenangan pada jalan lain
kerana apa jua yang berlaku pasti itulah yang terbaik
dalam tidak sedar Dia beri sesuatu yang tidak disangka-sangka
baru kita sedar bahawa doa kita telah termakbul
sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang
"Pengharapan bukanlah lagi batu jatuh ke lubuk." kata buya Hamka
telah mengalir pengharapan yang baru dalam diri
telah cukup menjadi lukisan kata-kata hati
tidak perlu lagi perkataan-perkataan lemak manis
biarkan sahaja 'alam' itu kadang bisu
kadang-kadang berkata-kata
kadang-kadang muram
kadang-kadang berupa gembira
semuanya bergantung kepada teropong hati yang melihatnya
"melihat tanpa merasa."
SEMBILAN PULUH HARI lamanya saya kembali mencari letak duduknya keputusan saya. Bukan mudah dirasa. Saya akui perkara paling sukar ialah perkara jiwa dan hati yang kadangkala menyokong kita, selalu menentang kita. REHAT. Dalam erti kata berdiam diri menghayati kesibukkan waktu yang terisi. Sentiasa. Kata orang, persediaan yang rapi wajar dipenuhi. Tidak kira dalam keadaan apa pun diri. Semuanya belum terlambat. Nasi kalau menjadi bubur sekalipun masih enak dimakan, jangan sampai bubur menjadi basi. Ke tong sampah sahaja selayaknya. Mahu apa sahaja dalam hidup bukan sekadar berkata-kata sahaja. Bukan sekadar bermanis-manis sahaja. Pengalaman mendewasakan, lebih mematangkan prinsip diri. Tidak rugi merasa 'jatuh'. 'Jatuh' adalah permulaan untuk bangun semula kerana dalam hidup terlalu banyak KEBETULAN yang disuratkan. Banyak. Terlalu.
Nan Dicinta semoga menjadi Cinta Hati. Mohon doanya kawan-kawan.
SERI:
[1]Misz: mohon maaf janji belum bisa dikotakan. Kamu maklum kan maksud ayat ini. Semoga kamu berdua baik-baik ya.
[2]Cimon, saya baru baca. Kalau saya singgah nanti saya 'tambahmasukkamu' ok. Terima kasih ya.
[3]Banyak yang belum saya sudahi dengan sempurna. Saya berkejar-kejar dengan masa. Prioriti, menjadi pilihan diri. Email, fb peribadi juga jarang-jarang lagi ku jengah. Sekarang menjadi bermusim. Bila dirasa free (minda yang free) baru 'bersungguh di sana dan di sini.
[4]Oh ya, sesiapa yang terbaca entri ini, jom menyumbang! Saya mengajak ni. Saya akan buat entri khas untuk ini. RM10 pun dikira sumbangan. Saya pernah merasa berada di tempat adik-adik ini. Apabila menerima panggilan telefon, terfikir juga kenapa mereka memilih untuk menelefon saya. Saya tidak teragak-agak meminta wakil yang diamanahkan untuk meng'email'kan kertas cadangan ke email saya. Berminat? emailkan ke ceritakehidupan10@gmail.com. Saya akan berikan details dan no telefon saya. [hanya untuk tujuan yang berkenaan.]
SMART telah wujud semenjak saya menuntut di UTM lagi. Semoga perancangan adik-adik ini dimudahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Kawan Seri:
Amin amin amin.
Perancangan Allah mmg lebeyy baik kan?
(^_^)
p/s: sumbangan apa ya seri? rmh anak yatim ek?
Salam, Sri..
Buat yang penting.. jangan berkejar-kejar sangat. Tersadung nanti jatuh sendiri! :)
Semoga segalanya berjalan lancar..
Post a Comment
Salams. Dear U...
Right is right, even if everyone is against it; and wrong is wrong, even if everyone is for it.
(^_^)