Tiba-tiba.
Pertandingan menjadi aneh.
Beberapa pemain-pemain catur yang kuat,
kalah secara mudah.
Abu (nama Melayu rekaan aku) misalan
seorang pe'matematik' terkenal
dikalahkan secara menyedihkan oleh
Ali (juga nama Melayu rekaan aku) si juruayatberbungamekar.
Kenapa ya?
ala-ala pembunuh berdarah dingin.
semacam jua terjumpa 'cinta di dalam gelas.'
I suka. Sangat. Sungguh.
Memang tidak pernah ada bukti
bahawa pada masa junjungan Nabi Muhammad
sudah ada permainan catur
kerana catur kononnya ditemukan orang India atau Arab,
pada abad ke-14.
Nama aslinya .chaturanga.
Daripada nama itu,
India lah yang paling mungkin asalnya.
Pernah ada orang bilang
catur asalnya dari Arab.
Rasanya namanya akan menjadi .caturrahmat.
Dari mana pun asalnya,
jika catur sebuah metafora pertempuran.
Junjungan telah memberi contoh yang terang soal kelakuan
yang perlu ditunjukkan kepada si pencatur.
Semua kita sedang bermain catur.
Mencaturi kehidupan.
Sendiri. sendiri.
Semacam code of conducts tentera.
TAPI
seganas manapun per'caturan' itu
perempuan dan anak-anak perlu dikecualikan.
Pampasan pencatur ala kadarnya.
Perlu diingat...
(i)
Sebelum last sekali
Ada satu soalan
Ya. Aku suka sangat bermain catur. Catur yang real lah.
Soalan catur aku;
"Apa khabar mu, kawan?"
tanya aku lagi.
"Secepat apa kamu berlari, kawan?"
(ii)
Ok. Last sekali.
Ku baca yang ini, lalu aku 'cinta'
ku tengok di tv
kebenaran di bumi tempat aku bermain catur mahal sekali
para pencatur negara juga pintar bermain sembunyi-sembunyi
padahal nyata nyata mereka telah 'mencuri'
kawan, di kampung kami
kebenaran harganya boleh diukur dengan ringgit sahaja
betul lah seperti yang ditulis itu
Dewasa ini kopi sudah banyak diselewengkan
seperti kopi zaman moden yang ada di kota
dibuat dari mesin, campurr dengan zat tertentu, berbusa-busa
lalu dikormersialkan namanya persis bintang filem.
Ada yang kata kopi mereka datang dari luar negeri.
Seperti melanggar hak asasi peminum kopi pula.
Akhirnya aku faham. Lalu aku simpulkan
"Kopi, berdasarkan cara memegang gelas."
Terima kasih Andrea Hirata kerana akhirnya aku temui
lelaki, catur dan kopi bersama cinta nya di dalam gelas itu.
Terima kasih untuk pelajaran hari ini.