Julie Julia.

|


~Tajuk entry tiada kena mengena dengan formula matematik tambahan ;p~





"It takes some silence to make sound
It takes a loss before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain."







Sudah lama mahu menulis tentang movie ini. Sudah lama juga saya cuba men'download' movie ini secara online semata-mata mahu berjimat atau dengan ayat mudah 'malas hendak ke kedai CD'. Tapi ternyata usaha itu failed!. Namun, nasib saya selalu baik. Tak sangka ada seorang kawan yang sangat prihatin dengan 'kegagalan' saya yang satu ini. Hehehe. Saya dapat VCD Julie & Julia secara 'hadiah' daripada kawan ni. Thanks n Thanks 



Movie ini memang tidak menghampakan saya. Tak rugi saya canang kepada dunia (iskhh apakah?) betapa 'mengidam'nya saya mahu tengok cerita ni. Sampaikan ada orang perli dengan ayat ini mentang-mentanglah 'Julie itu Julia' (hahahaha).



Al-kisahnya, cerita ini sangat manis sekali untuk pasangan yang sangat tidak 'terror' bab memasak sebelum berkahwin...(dah kawen pun sama..... ^___^). Siapa tu? Saya? Saya nak cari pasangan yang pandai memasak supaya setiap masa boleh mengukur betapa besarnya saiz badan pasangan saya sebab dia sering ke dapur sambil memasak resepi 'air tangan' dia yang tak akan sama macam resepi yang terhangat di pasaran. Bukan juga resepi yang mengandungi bahan rahsia macam masakan Kari Kepala Ikan Mak Zah dalam cerita Siong tu. Tak memasal pula jadi keturunan King Wakarima. Agagagaga.

Sebenarnya cerita ini tentang seorang isteri muda bernama Julie yang sangat bosan dengan pekerjaan sehariannya. Bosan ya bosan. Lalu ter'inspirasi'lah seorang Julie ini oleh seorang tukang masak lagenda bernama Julia. Lalu Julie memberikan cabaran kepada dirinya sendiri untuk memasak 524 resepi milik Julia dalam masa 365 hari. Apa yang lebih menarik, Julie menulis satu blog khas untuk itu. Apa kaitan pula dengan Juliya nih? Hah, selepas ini nampaknya ada blog masak memasak pula saya. Mana mungkin lah, akan datang tak tahu lagi. Kawan-kawan harus tonton cerita ini. Bagi saya jalan ceritanya unik. Masuk ini dah kali ke 6 saya menghadam cerita ini. Selepas ini saya akan usahakan untuk dapatkan novel nya pula.



Dengan tiba-tiba entry ini ditamatkan segera. Babai.




.


***Alis, nanti saya email awak k. Maaf agak busy.