Hari Ini Kita Bertemu, Hari Esok Belum Tentu.

|
~Ya Allah, curahkanlah yang bermanfaat. ~





And it hurts...

You say you're confused, you do or you don't. And it hurts.
You say it may change, it will or it won't. And it hurts.
You say we'll be fine, we shall or we shan't. And it hurts.
You say you're worth trust, I can or I can't. And it hurts.



Cause it hurts...
They tell me to change, I don't and I fall. Cause it hurts.
They tell me to work, I won't and I fall. Cause it hurts.
They tell me to trust, I shan't and I fall. Cause it hurts.
They tell me to smile, I can't and I fall. Cause it hurts.



But it hurts...
You tell me to smile, I try and I do. But it hurts.
You tell me to trust, I try and I will. But it hurts.
You tell me to work, I try and I shall. But it hurts.
You tell me to change, I try and I can. But it hurts.






Salams.

Sudah lama saya ingin menulis tentang apa yang dinamakan kesakitan-kelukaan-kekecewaan dan sewaktu dengannya. Sesiapa sahaja bisa mengungkapkan seribu satu ceritera. Yang manis-manis. Yang indah-indah. Terasa serinya untuk dikongsikan bersama sesiapa jua. Tetapi jarang yang amat jika diri dilanda musibah kesedihan. Kadang, yang mengaku sahabat pada saat-saat sebeginilah kelihatan dia itu rupanya seorang musuh yang memakai baju kawan.

Bilang saya kepada dia;
"Sekali lagi aku limpahkan rasa kesyukuran kerana adanya kau. Entah ke manalah hendak aku muntahkan gelodak rasa aku yang tidak terbendung ni. Kau tahu, kali ini aku juga merasa aku telah dicabar tanpa lawan. Dan aku juga berfikir tanpa henti jika aku yang menang piala apakah yang aku akan letak dalam almari award aku? Hahhh..very the popular sekali ala-ala diva gitu bunyinya. Atau perlukah aku hanya berdiam dan terus berdiam? Sebenarnya aku sangat tulas untuk melayan segala yang melencong tanpa tujuan itu. Buang masa sahaja. 

Sambung saya lagi kepada dia..
Tidak ada yang lebih membahagiakan aku melainkan daripada menconteng kau. Maaflah, habis muka kau yang cantik aku cemarkan dengan dakwat hitam kadang kembang-kembang dek titisan hujan dari hujung mata. Tapi tak lah selalu. Kadang-kadang pun tak juga. Terima kasihlah sebab setia. Walau manusia punya hati macam aku pun tak boleh tandingi kesetiaan kau.  Banyak sudah yang kita kongsikan bersama. Satu. Dua....tiga...ohh tidak terhitung banyaknya. Bukan sedikit 'cerita kehidupan' aku kau semadikan diam-diam. lama-lama, dalam-dalam perut kau sebagai sejarah lapuk. Ada juga yang kau pahat indah pada dinding kenangan. Ahhh, kadang yang indah itu sangat menyakitkan sebenarnya. Bencinya bila mata bergenang dengan  air. I mencik laaa tau...

Tiada gunanya. Semua itu hanya saya yang memahami. Bahasa kelabu ni kadang buat orang silap tafsir. Kadang buat orang perasan pun ada. Tak pasal-pasal saya mendapat saham 'sakit hati'.

Apabila menyebut tentang 'HURT' ini, hati saya meronta-ronta mahu suarakan. Kenapa wujudnya kepincangan dalam sebuah institusi kekeluargaan? Di mana silapnya seorang bapa? Di mana pincangnya seorang emak? Atau mungkinkan seorang anak yang gagal menggerakkan jentera iman selaku anak yang solehah? Agaknya kita telah jauh melupakan Dia kah? Ya. bukan kecil ruang yang Dia berikan. Saya mengalah.

Benar kata kau itu;
"Kita mula berfikir, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diluruskan dan mungkin terlepas pandang pada permintaan kita yang tidak kunjung jelma. Dia sentiasa melakukan perkara dengan betul. Cara Dia sentiasanya cara terbaik walau kelihatan semuanya salah pada pandangan kita. Yang lain dipinta, yang lain datang. Tapi kau harus sedar....Apa yang kita pinta tak semestinya apa yang kita perlukan.

Terima kasih. Semakin lah besar mata saya ini akibat tak mahu tidur. Dengar lagu itu, ini, semuanya tak jalan.